Siapa Saya? [Travelog Jihad Terakhir Siri 9]
السلام عليكم
peace be upon you
Status mukabuku dari busuk, selalunya berakhir dengan membuatkan sel saraf otak ku ligat memikirkan pelbagai hal. Setidak-tidaknya, renungan buat diri ku. Terpampang jelas..Status yang agak baru..
(^^,)
*********************
You tak boleh eja C_NTA tanpa I !
You tak boleh eja R_NDU tanpa I !
You tak boleh eja H_DUP tanpa I !
kalau you boleh eja semuanya, tapi you tak boleh memiliki I,
You memang tak pandai menghargai I.. ya! memang !!
Siapa lah I kalau you sendiri tak mampu nak jaga I.
You sanggup bazirkan rezeki-Nya yang you dapat; tapi untuk I, you kedekut !! you kejam !!
Sampai disini sahaja coretan dari ku..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan(himpunkan) zuriat keturunannya dengan mereka(di dalam syurga); dan Kami(dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. "
Surah at-Tur : 21
Yang Benar,
ilmu & amal kebaikan mu...
********
" ah..siap akhirnya.erk..merepek jadinya..huhu..takpe..ada masa, boleh diperbaiki. "
ngomel hati ku. Nampaknya rasa letih, mengatasi kudratku pada saat ini. elok juga rehat sebentar.. Moga dalam tempoh 1 jam lagi, kembali bertenaga. Ameen..
Berfikir.. Aku ingin memiliki keimanan yang asli. Yang bukan dibuat-buat yang aku kira adalah bersamaan dengan nilai keimanan seorang munafik.
Dan aku pernah berangan-angan ingin memiliki kebahagian yang sebenar.. Tapi aku sedar.. Tanpa ilmu dan amal, mana mungkin aku menggapai sesuatu yang lebih bernilai dari apa yang aku ada kini..
Oh..sandaran-Nya berada di mana-mana.. Sekurang-kurangnya status busuk tadi memberi kesedaran kepadaku..ah..mengantuk la pula..
4.04 pm... OFF
.
3 comments
-checked-
nice...!
ilmu & amal kebajikan..
salam...
'Aku ingin memiliki keimanan yang asli. Yang bukan dibuat-buat yang aku kira adalah bersamaan dengan nilai keimanan seorang munafik.
Dan aku pernah berangan-angan ingin memiliki kebahagian yang sebenar.. Tapi aku sedar.. Tanpa ilmu dan amal, mana mungkin aku menggapai sesuatu yang lebih bernilai dari apa yang aku ada kini..'
like!!! :)
ameen..mudh2 mudhan sntiasa dlm redha Illahi..