Post

Nikah Itu Janji

 السلام عليكم
 peace be upon you




Alhamdulillah.. 
Syukur ke hadrat-Nya, kita masih mampu menukilkan kata-kata atau apa saja yg ingin kita sampaikan kepada audiens dalam blog.

Pagi ni, ada satu perkara yang menarik untuk saya kongsikan hasil dari pertukaran maklumat ketika sesi usrah awal pagi tadi. Isu nya, perihal nikah. baitulmuslim. Lebih-lebih lagi buat beberapa orang sahabat saya yang bakal membinanya dalam tahun ini. in sya Allah..

konteks nikah itu pun cukup luas;cukup sekadar saya merumuskan apa itu nikah. Cinta dalam nikah itu lagaknya seperti bahasa memberi yang berkata-kata. Ya. seperti lembut tutur gaya bahasa seorang ibu kepada anaknya. si anak yang mengharapkan rasa kasih, membalas perbuatan yang sama. 


bukan ke jika kita ingin dikasihi, kita juga perlu memberikan rasa kasih??


contoh terbaik; solat dan mengamalan sunnah Nabi. Dalam sujud dan doa , kita meminta-minta Allah untuk memberikan kita pasangan yang ideal. tapi apa yang kita lakukan untuk menjadi pasangan ideal pagi 'bakal' pasangan kita? 

Kan? kita berusaha meminta kepada-Nya. Lalu kita berusaha menepatinya. Kerana inginkan pernikahan yang diredhai-Nya. Sama-sama saling mengisi. Bukan sekadar menerima tapi tidak memperbaiki kekurangan yang tidak terisi itu. Apa yang lebih, jadikan motivasi.

Kita belajar untuk menyintai kerana bahagianya saat dilayani, berusaha memahami agar tidak tersalah tafsir lalu disakiti. kerana itu, nikah itu bukan perkara main-main. Inilah salah satu amanah dari Allah!

 
Nikah itu adalah janji. janji yang memperbaiki diri sebenarnya disisi-Nya...


 Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.

(Hadith Riyawat Ibnu Majah)


p/s 1: usrah di MSI  UTM kebiasaannya berakhir dgn isu baitulmuslim.. 0.O

p/s 2 : semoga kamu-kamu bahagia hingga ke syurga-Nya. yakini Dia ;)

 


Post

Hantu Dalam Gambar Di UTM Skudai

 السلام عليكم
 peace be upon you


Entri segarkankan mata lewat pagi ni.
pada mereka2 yang berada dalam kawasan UTM skudai, jangan lupa singgah pokok jambu kat kawasan bukit bersebelahan bangunan baru fkab, berdekatan dengan tangga yg menuju ke bus stand yg kat atas bukit tu. Buah jambu sedang masak ranum. alhamdulillah. pergh sedap! 

Tapi pagi ni tak tau la ada lagi ke tak. cuba lah intai2 dulu naa. tapi jangan dah petang-petang. lagi-lagi nak dekat maghrib. Pasai pa? intai2 gambar bawah ni.


zoom kan eh. gambar pertama dan kedua, kat tengah-tengah antara dua gambar yg bercantum. diambil sekitar jam 6.20 pm - 6.45 pm.


saya tak rasa ianya kebetulan. kerana ketika sedang sibuk membedal buah jambu yang masak ranum bawah pokok secara berseorangan, saya sedar saya seperti diperhatikan seseorang disebelah saya. cuma tak nampak siapa.huhu. ya.ya. saya faham. ia cuma makkluk Allah. Mungkin ia bengang saya makan buah dengan cukup banyak sehingga yang tak termakan tu, saya campak, biarkan saya sisa-sisa itu bergelimpangan di bawah pokok. cukup kurang ajar mungkin bagi ia. ops. rosak bahasa

=_=

dibandingkan dengan gambar mode panorama yang lain, semuanya normal seperti dibawah.

  


oh ya. utm skudai memang 'banyak juga'. tapi ta perlu khuatir. kita ada Dia. mintalah perlindungan dari-Nya yg berHak. tapi..

p/s: rasa tak seronok ketika melepas hajat dlm kolej _____ ketika tengah malam. ini cukup kurang ajar..
-_-"