Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Umar r.a berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa merendahkan diri kepada Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya. Mereka ini sentiasa melihat dirinya kecil tetapi pada pandangan orang lain dia adalah besar. Barangsiapa berlagak sombong Allah SWT akan menjatuhkannya dan hilang rasa hormat orang terhadapnya. Mereka ini merasa dirinya besar, tetapi orang lain mengira dia lebih buruk daripada anjing atau babi. (HR Baihaqi)
Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action. Wallahua'lam..
Menyimpan Cinta dalam Redha-Nya
Syukur pada-Nya. Diberi kekuatan untuk menulis kembali. Lama tak update blog ini atas kekangan aktiviti seharian. Berbekalkan kekuatan mempunyai kudrat yang dipinjamkan-Nya, terlanjur jari ini ingin menaip. Sambil menunggu pasangan, untuk menukilkan kembali apa yang pernah menjadi niche saya selama ini;
Motivasi, quotes, positive vibes.
😄
Kalau dulu, blogging menggunakan telefon mudah alih cukup mencabar. Tiada telefon mufah alih yang mempunyai saiz resolusi skrin yang besar. Tidak seperti sekarang, akhir zaman. Alhamdulillah. Sekarang semakin canggih.
Dah. Tamat mukadimah!
Kita sebagai hamba-Nya yang mempunyai rasa cinta (pinjam je. Bukan kita punya pun!) seharusnya meletakkan rasa cinta ni betul pada tempatnya.
Ikut rasa, binasa?
Ikut hati, mati?
Tak!
Ia terletak kepada bagaimana hati kita memandu ilmu yang dipinjamkan-Nya juga.
Kita tak boleh membiarkan diri kita dipandu ilmu semata. Kita perlukan akal dan hati di atasnya. Kalau dah mampu menyimpan ilmu untuk meneruskan hidup, jangan pula lupa menyimpan cinta dalam hati.
Kenapa?
Cinta lah yang mendorong kita untuk melakukan hal-hal kesukaan kita. Bukan sekadar mencintai pasangan, hobi dan sebagainya, malah hal-hal lain juga yang kita suka untuk melakukannya juga adalah sebahagian dari pengaruh cinta.
Simpanlah cinta kita pada tempat yang diredhai-Nya. Nescaya Dia jaga hak kita ke atas apa yang kita suka, sebagaimana kita menjaga hak-Nya.
Eh. Jangan lupa. Pasangan kita tu pun Dia yang jaga ya!
P/s: sayang abiy baca tak? 🤭
Kenapa Perlu Elak Terlebih Fikir?
Salam.
Selamat sejahtera.
Tuhan tak sediakan penyakit gila dengan sengaja. Ianya bersebab. Manusia diberikan akal untuk berfikir. Tapi pernahkan kita fikir sejauh mana Tuhan memberikan kita keupayaan berfikir?
Disitu datangnya agama. Sebagai pengimbang kepada aktiviti minda dalam sedar manusia. Peranan gila pula? Sebagai penanda aras had maksima ketentuan-Nya.
Pernah berfikir kenapa ada AIDS?
Sudah tentu dalam konteks sosialogi manusia.
Selamat berfikir 🙂
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank