Post

Menyimpan Cinta dalam Redha-Nya

 السلام عليكم
 peace be upon you
Alhamdulillah.


Syukur pada-Nya. Diberi kekuatan untuk menulis kembali. Lama tak update blog ini atas kekangan aktiviti seharian. Berbekalkan kekuatan mempunyai kudrat yang dipinjamkan-Nya, terlanjur jari ini ingin menaip. Sambil menunggu pasangan, untuk menukilkan kembali apa yang pernah menjadi niche saya selama ini;


Motivasi, quotes, positive vibes.

😄

Kalau dulu, blogging menggunakan telefon mudah alih cukup mencabar. Tiada telefon mufah alih yang mempunyai saiz resolusi skrin yang besar. Tidak seperti sekarang, akhir zaman. Alhamdulillah. Sekarang semakin canggih.


Dah. Tamat mukadimah!
Kita sebagai hamba-Nya yang mempunyai rasa cinta (pinjam je. Bukan kita punya pun!) seharusnya meletakkan rasa cinta ni betul pada tempatnya.

Ikut rasa, binasa?
Ikut hati, mati?

Tak!
Ia terletak kepada bagaimana hati kita memandu ilmu yang dipinjamkan-Nya juga.
Kita tak boleh membiarkan diri kita dipandu ilmu semata. Kita perlukan akal dan hati di atasnya. Kalau dah mampu menyimpan ilmu untuk meneruskan hidup, jangan pula lupa menyimpan cinta dalam hati. 

Kenapa?

Cinta lah yang mendorong kita untuk melakukan hal-hal kesukaan kita. Bukan sekadar mencintai pasangan, hobi dan sebagainya, malah hal-hal lain juga yang kita suka untuk melakukannya juga adalah sebahagian dari pengaruh cinta.

Simpanlah cinta kita pada tempat yang diredhai-Nya. Nescaya Dia jaga hak kita ke atas apa yang kita suka, sebagaimana kita menjaga hak-Nya. 

Eh. Jangan lupa. Pasangan kita tu pun Dia yang jaga ya! 


P/s: sayang abiy baca tak? 🤭