Tutorial Aquascape Budget (Kurang dari RM 150)
السلام عليكم
peace be upon you
Maaf. lama menunggu ^__^"
Seperti yang dijanjikan. bagi yang baru terbaca, tutorial ni cuma asas jika benar nak kembangkan minat memang menyeronokkan. tapi serius. amaran dari pakcik :
hobi ini hanya bersesuaian buat mereka yang ada minat, sanggup keluarkan sedikit duit setiap bulan serta sanggup korbankan paling kurang 2 jam sehari untuk meneliti & menjaga flora & fauna dalam air. dan teramat penting, kasih sayang kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )
************
Langkah 1 :
internal filter dan power head with filter ni kelebihannya, ia bersaiz kompak dan murah, mampu memberikan oksigen yang menyeluruh dalam tangki. tapi antara kekurangannya, kamu tak boleh masukkan filter media yang mencukupi, dan ia kelihatan cukup hodoh apabila diletakkan ke dalam tangki. kecuali bagi power head & fillter. Berbanding dengan kedua diatas,hang on back filter lebih baik. sebab kedudukannya yang tergantung di luar dinding akuarium. pemilihan seharusnya bergantung kepada saiz akuarium. berapa liter padu air yang mampu ditapis. boleh rujuk pada penjual.
khas buat pokok. Seperti kita, pokok juga memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan tenaga untuk terus membesar dan hidup. proses yang terhasil ini dikenali sebagai proses fotosintesis. Tanpa karbon dioksida yang banyak dalam akuarium, pokok akuatik masih boleh hidup (bergantung kepada spesis apa yang kamu pilih), tapi kebarangkalian untuk ia mempunyai rintangan terhadap penyakit adalah sangat rendah kerana tidak aktif melakukan proses fotosintesis. Dengan memasukkan (inject) elemen co2, kita menggalakkan pokok akuatik untuk kekal aktif.(perlu terkawal. jika tidak,akuarium kamu akan diserang oleh pelbagai jenis alga.akan pakcik kupas dalam entri yang akan datang). Malah, mempercepatkanj proses tumbesarannya! (jika kamu seimbangkan nutrien ini dengan betul).
tutorial berkenaan co2, akan pakcik buat pada entri akan datang.
tunggu~
apa yang saya kongsikan dalam entri ini, lebih menjurus kepada yang baru mula nak minat. dan pada masa yang sama, nak berjimat dahulu (faktor kewangan). hobi ini, jika benar-benar serius, memerlukan modal yang cukup besar.
************
Langkah 1 :
sebelum mula membeli, fikir dan rancang dulu nak akuarium besar aman (para penggemar seperti pakcik, memanggilnya sebagai 'tank' ). tak perlu terlalu besar. cuma kena ingat. Semakin besar akuarium, semakin besar nilai $$$ yang perlu kamu keluarkan bagi setiap bulan. kemudian, mula mencari tema.kalau imaginasi kamu cukup, alhamdulillah..
Ada beberapa tema yang popular. Iwagumi dan driftwod atau gabungan kedua-duanya sekali. pakcik akan terangkan tema ini dalam entri yang akan datang. ok. boleh mulakan mencari barang-barangnya.. yang pakcik cadangkan sebagai permulaan :
Untuk fungsi penapis air :
1) Internal filter / power head with filter / hang on back filter (waterfall filter)
2) Filter media (bergantung kepada saiz akuarium. rujuk kepada penjual) :
2a) activated carbon chips
2b) ammonia chips (pilih yang ada ammonia dan activated carbon chips serentak.sekitar rm 5.50 sekotak)
2c) bio ceramic ring.
2d) ADA bacter ball (sekitar rm 6 sebiji. optional je)
untuk aksesori dekorasi dalam akuarium :
1) Driftwood :
driftwood (kayu bakau) yang dijual di lfs (local fish store) agak mahal. paling murah pun, rm 8. tapi itupun bentuknya cukup biasa. Pemilihan driftwood yang cantik, akan menghidupkan lagi sifat semulajadinya. tak mahu beli, boleh dapatkan di mana-mana yang berdekatan dengan paya. sekitar selangor, pakcik cadangkan kamu pergi dekat kuala selangor (belakang kampung api-api kalau tak silap) dan sabak bernam (sekitar kawasan bakau sebelum masuk ke laluan utama politeknik sabak bernam).
untuk penyediaannya ni, pakcik akan terangkan dalam entri akan datang. Tapi pakcik cadangka kamu beli dulu. sebab kamu mungkin masih belum faham & punya cukup masa untuk menyediakan driftwood yang betul-betul berkualiti.
2) Batu :
Pilih batuan yang tidak menaikkan nilai ph air secara mendadak. ni sangat penting jika kamu memilih untuk memasukan hidupan akuatik. dan perlu diingat. tak semua pokok akuatik, mampu hidup dalam konsisi ph air yang sama. ada yang memerlukan nilai ph. paling kurang 6.0 (berasid) dan yang perlu lebih dari 7.0 (beralkali).sila rujuk penjual bila nak memilih batu & pokok.. bagi batu, pakcik cadangkan pilih dari jenis aveolite dan lava rock (batuan gunung berapi). kedua jenis ini bagus dari segi rupa luarannya. terutamanya lava rock yang mengandungi kandungan mineral tambahan buat pokok akuatik yang bakal kamu masukkan nanti.
sistem pencahayaan :
agak rumit untuk diterangkan kepada orang yang baru berjinak-jinak dalam hobi ni. buat kamu yang masih kurang arif mengenai lampu, cukup sekadar ambil lampu meja berkuasa sekitar 15 - 20 watt (bergantung kepada saiz akuarium) tidak digalakkan selain lampu berwarna putih. fotosintesis pokok lebih aktif pada spektrum berwarna biru pada lampu meja biasa. lampu berwarna kuning, lebih kepada merah. dan, antara jenis lampu yang kamu dilarang dari menggunakannya pada permulaan ini, lampu sinar ultraviolet (UV lamp).
Fungsi co2 :
khas buat pokok. Seperti kita, pokok juga memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan tenaga untuk terus membesar dan hidup. proses yang terhasil ini dikenali sebagai proses fotosintesis. Tanpa karbon dioksida yang banyak dalam akuarium, pokok akuatik masih boleh hidup (bergantung kepada spesis apa yang kamu pilih), tapi kebarangkalian untuk ia mempunyai rintangan terhadap penyakit adalah sangat rendah kerana tidak aktif melakukan proses fotosintesis. Dengan memasukkan (inject) elemen co2, kita menggalakkan pokok akuatik untuk kekal aktif.(perlu terkawal. jika tidak,akuarium kamu akan diserang oleh pelbagai jenis alga.akan pakcik kupas dalam entri yang akan datang). Malah, mempercepatkanj proses tumbesarannya! (jika kamu seimbangkan nutrien ini dengan betul).
tutorial berkenaan co2, akan pakcik buat pada entri akan datang.
tunggu~
Langkah 2 :
p/s: buat tak nampak je tanah yang berwarna cokelat kehitaman tu =.= |
ambil driftwood, dan susun mengikut imaginasi kamu. pemilihan & kriterai seharusnya mengetengahkan driftwood itu untuk lebih menonjol. macam yang pakcik buat seperti diatas. pakcik gantung seperti ia 'terkeluar' dari satu sudut perspektif. simple je. oh ya. dalam kes pakcik, oleh kerana ianya pasti tak mencecah dasar, pakcik ikat pada pangkalnya dengan menggunakan tali pancing halus, diikat pada suction cup bagi memudahkan kerja2 menyusun kelak.
Langkah 3 :
Hidupan akuatik, bergantung kepada tahap kualiti dalam air. menapis, belum mampu menjamin tahap kesihatan mereka. Bakteria berguna sangat diperlukan. maka, kita perlu wujudkan koloni bakteria ini dengan menggunakan ADA 5 elemen. sebanyak mana yang kamu perlukan, bergantung kepada saiz akuarium.. ADA 5 elemen ni dboleh diletakkan sebelum atau selepas kamu masukkan tanah (tanah natural khas untuk hidupan akuati). gaulkan kesemua 5 elemen ini dan tabur serta ratakan dengan nisbah 1 : 1. kesemua 5 elemen ini hanya boleh didapati di kedai ikan & haiwan peliharaan yang menjual produk ADA (boleh juga didapati di aqua east, midvalley). ketika meminta pendapat penjual, sila minta mereka menjualnya dalam bentuk scoop( sesudu ). bukan 1 botol kecil tu. huhu...
Langkah 4 :
Masukkan tanah khas untuk hidupan akuatik. pakcik cadangkan kamu pilih produk ADA (made in japan). sangat bagus. 1 beg bersaiz 3 liter berharga rm 40 ++ atau kamu boleh pilih jenama H.E.L.P.. harganya lebih murah sedikit. dalam rm 35 ++ kenapa murah? dan kenapa produk ADA ni mahal? pasl masa kamu masukkan air nanti, kamu dapat lihat perbezaannya. mana yang mudah keruh, dan mana yang tidak berubah warna airnya.. bagi entri ini, pakcik gunakan produk ADA, nama tanaH ni, New Amazonia..ADA ada tanah yang lain seperti ini, tapi dari segi nutrien, new amazonia punya kandungan nutrien yang tinggi. oh! seperkara lagi. tanah new amazonia ini ada 2 jenis .kasar dan halus. kedua-duanya ada impak yang besar dalam akuarium kamu. pakcik cadangkan kamu pilih yang kasar sebagai permulaan hobi ni.
Langakah 5:
Oleh kerana kita perlu bermain dengan perspektif, buat susunan dari meninggi ke rendah mengikut citarasa kamu. penggunaan pasir kosmetik mampu memnghidupkan tema kamu. pilih dari jenis yang tidak membahayakan. aragonite, antara yang selamat.atau nak lebih canggih, kamu pergi ke sungai, kutip pasir yang berada di dasarnya(perlu dibersihkan sebaik mungkin dan dikeringkan selama sehari).
pakcik tak cadangkan kamu memilih tanah 'play sand' (tanah yang kat taman tu. tempat budak2 kecik main pasir halus) kerana tanah jenis ini menaikkan nilai ph secara mendadak buta. tak merbahaya sangat untuk pokok, tapi pada ikan, ya. ketika menabut pasir, seeloknya buat batas diantara tanah bernutrien (new amazonia) dan juga pasir kosmetik seperti diatas (pada bahagian yang kosong tu) selepas selesai meratakan pasir, tekan pada permukaannya agar ia padat (untuk buang udara terkumpul dalam tanah. ini boleh menyebab pembentukan bakteria berbahaya dalam tanah).
pakcik tak cadangkan kamu memilih tanah 'play sand' (tanah yang kat taman tu. tempat budak2 kecik main pasir halus) kerana tanah jenis ini menaikkan nilai ph secara mendadak buta. tak merbahaya sangat untuk pokok, tapi pada ikan, ya. ketika menabut pasir, seeloknya buat batas diantara tanah bernutrien (new amazonia) dan juga pasir kosmetik seperti diatas (pada bahagian yang kosong tu) selepas selesai meratakan pasir, tekan pada permukaannya agar ia padat (untuk buang udara terkumpul dalam tanah. ini boleh menyebab pembentukan bakteria berbahaya dalam tanah).
Langkah 6 :
yeah ! saat menterjemahkan kretiviti kamu bermula ! pada langkah ini, kamu dah boleh memasukkan dekorasi yang kamu inginkan.
untuk driftwood, bergantung kepada saiz, ketika kamu dah masukkan air, ia mungkin terapung kerana masih terdapat kandungan udara didalamnya. sediakan satu bekas air panas yang bukan baru mendidih, rendam driftwood kamu dalam tu bagi mempercepatkan proses nyah oksigen.
sebaiknya jika ada dekorasi yang palsu(pakcik teka lah, kamu mungkin nak masukkan sauh kapal, pokok bonsai, kereta karam dsb. huhuhu) , letakkan ia pada bahagian yang kurang tersorok tapi tidak menonjol ke depan. sebab kita nak mengetengahkan perspekstif semulajadi driftwood itu sendiri.. oleh kerana pacik menggantungkan driftwood ini, pakcik boleh mengubah perspektif nya samada menaik atau menurun, atau ke kanan dan ke kiri. ada pro dan kon bila bila seperti ini ;)
Langkah 7 :
kamu dah boleh masukkan air. Untuk mengelakkan air menjadi terlalu berkocak lalu keruh (produk ADA, tidak mudah keurh), tadah tangan kamu, tuangkan air ke dalam nya, biar air jatuh pada tanah seperti direnjis. sudah cukup banyak, boleh letakkan piring atau mangkuk bagi menggantikan tangan kamu tu. isi sehinggan kesemua permukaan tanah, digenangi air.
air yang kamu masukkan pada waktu ini, tak perlu dibancuh bersama ubat anti klorin (jika menggunakna air paip rumah tanpa penapis) kamu hanya perlu campurkan apabila ikan, dimasukkan kelak. biarkan proses in selama 4 minggu (bertujuan untuk memastikan akar pokok sudah mampu berkembang dengan baik dalam tanah). pada saat ini, kamu dah boleh meletakkan pokok yang kamu beli.
susunan penapis mengikut keutamaan untuk filter :
1) penapis kasar berada di lapisan paling atas (pada saluran air mula-mula masuk)
2) penapis halus (wool)
3) activated carbon & ammonia chips
4) penapis halus (wool)
5) bio ceramic ring (ADA bacter ball dimasukkan disini )
Langkah 8 :
Pokok yang kamu beli tu, pasti didatangkan dengan pemberat / mangkuk kecil. Buka ikatannya, dan ikat akar pokok itu pada batu. selesai mengikat, benamkan akarnya kedalam tanah untuk Pakcik tak cadangkan kamu beli sebarang jenis pokok yang diikat pada driftwood. kerana pokok ini, adalah berjenis stem **. penjagaan dan penerangan rapi diperlukan (entri akan datang)
** Akar pokok ini tidak tersebar dalam tanah kerana faktor diikat pada driftwood yang mana ini menghalang ia dari menyerap nutrien dalam tanah. pokok jenis ini menyerap nutrien dari air.
langkah 9 :
Siap ! ringkas.. dan kelihatan buruk (sebab budget) =.="
biarkan akuarium ini selama 4 minggu ( jika tanpa ADA bacter ball) sebelum kamu mula memasukkan ikan ke dalamnya. apa yang kamu perlu lakukan dalam tempoh 4 minggu dan setelah 4 minggu tersebut, pakcik akan terangkan. ini memang berkait rapat tentang dunia alga.
p/s : sudah pakcik beritahu kan? power head / internal filter memang memburukkan pemandangan...walau letak kat belakang sekalipun =.=
p/s 2 : nak rujuk kat penjual, cari penjual yang diiktiraf. maksudnya memang berkemahiran. bukan kedai ikan cekai2 tu tau.. huhuhu
p/s 3 : jika ada kesilapan, beritahu ya. tak semuanya sempurna ;)
P/S 4 : Ada sebarang persoalan, boleh tanya kat entri ni. insya'Allah pakcik cuba sedaya upaya balas secepat mungkin...
*****************************
HANCUR ! sepanjang pakcik kembali merantau, abang pakcik sibuk pula kadang2. maka..inilah jadinya sepangjang pakcik tiada. ditambah sana sini, tapi tak jaga sangat..
ha..ha..ha... =.= redha sudah..
dan bermula dari malam hari jumaat yang lepas, setelah sekian lama meninggalkan akuarium kat ahli keluarga pakcik untuk menjaganya, pakcik amik inisiatif ubah semula mana yang cacat. dan jadilah seperti kat bawah. mana yang pokok yang cantik tu, pakcik ambil dari akuarium pakcik yang lain...sebagai backup.sebelum akuarium ni bertukar menjadi...
6__9"
terbaru. pagi semalam |
terbaru. pagi tadi |
terbaru. malam tadi. huhu.. |
kita tunggu lagi sebulan paling minumum.. tu pun kalau dapat balik bulan depan. pakcik kena balik.. huhuhu.. moga ikan2 yang pakcik masukkan juga selamat hendaknya.. ameen...
>__<
nak tengok tank pakcik yang lain?
nanti-nantilah pakcik post. gambar sedia ada pun dah cukup berat =.="
6 comments
gambar lama, cerita lama dalam entri baru :)
-checked-
panjangnya.. minat lak.tq
ngee
ikan kaloi tggl lagi sekor..dua ekor mkcik dya dh amik.. cantik lah akurium pakcik..
kat national geographic lu ada cakap, boleh letak rumpai laut. rumpai laut jenis apa? repld ea
nisha_tie89@ymail.com
cepat2 la update yg terbaru pnyer..
nk tgok..huhuhuhu..
sy pn baru mnceburi bdang aquascaping ni..dgan budge yg rndah je..
substrate saya guna walstad method..
nice tank. will the root spread out too quickly?