Post

Tapai Di Fatwakan Haram?? Argh!! Hilang Satu Nikmat..

 السلام عليكم
 peace be upon you

Ops!
Pakcik belum beri hujah lagi. baca dulu kenapa, mengapa, dan bagaimana. Tak elok masuk rumah orang tanpa salam, terus makan dan tinggalkan sisa~




1st impression? No komen. Setiap perkara, ada pro dan kon. Seperti kenderaan. ada minyak, baru boleh bergerak. Zaman tok nenek moyang kita pun tahu.

Isunya, dari >>SINI<<  terima kasih enche John merangkap pengusaha logo&koko Sdn. Bhd. atas keprihatinan anda dengan isu tapai ni.

Terlebih dulu pakcik nak bagitau, definisi arak yang sebenar ialah, sesuatu bahan yang mengandungi alkohol yang memabukkan.


Daripada Ibn Umar mafhumnya :
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" semua yang memabukkan adalah arak dan semua yang memabukkan adalah haram. "

Hadith Riwayat Muslim


Semua arak mengandungi ethyl alkohol@etanol yang bercampur bahan seperti air, glukosa, vitamin, dsb. Tiada arak yang hanya berunsurkan satu bahan. seperti air sirap; Minum pati pekat sirap tanpa unsur air. kompem tamau minum kan?? rasa pekat yang menyengat kat kerongkong.hehe~

kadar peratusan dan kategori arak :

1) Bir yang mengandungi 6% alkohol etanol
2) Wain yang mengadungi 10-20% alkohol etanol
3) Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol
 
Apa yang diharamkan dalam Islam, bila sebatian yang membentuk/ pernah membentuk komponen/komposisi arak(najis) itu terdiri daripada air, vitamin, glukosa, bahan mineral lain; dan etanol( sejenis alkohol).
 
 
Dalam Islam, apa saja bahan yang dihukumkan sebagai najis, bila ia adalah sebatian dengan bahan yang telah dikelaskan sebagai najis walaupun pada asalnya bahan yang belum bersebati dengan najis itu, contohnya unsur air(halal), ia tetap najis.

Walaupun air atau bahan lain telah diasingkan dari najis tersebut dengan menggunakan apa saja cara / teknologi, ia tetap haram kerana asalnya ber-zatkan dari bahan najis tersebut.
 
Ambil contoh gula-gula. Terjatuh ke atas permukaan tahi khinzir. Anda mahu hisap gula-gula itu lagi? rancangan Fear Factor?? tiada halangan~
 
 
Etanol yang diperolehi selain daripada sebatian ber-zatkan arak, ia adalah bukan najis. Contohnya kebanyakkan alkohol di makmal tidak diperolehi dari zat arak.

Ok, tamat mukadimah. masuk isi..


Berbanding arak, fahamkan dulu cara tapai dihasilkan.ia dimulakan dengan cara memasak pulut atau ubi sehingga masak dan disejukkan kepada suhu bilik selepas selesai memasak. Ragi/yis yang ditumbuk halus akan dicampurkan sebelum tapai tersebut dibungkus(tanpa dedahan kepada udara) dan dibiarkan selama 2 atau 3 hari.

Proses membuat tapai ini dinamakan proses penapaian di mana yis atau ragi bertindak sebagai agen yang menukarkan karbohidrat dalam pulut/ubi menjadi glukosa dan sebahagian unsur sampingan seperti vitamin, air, karbon dioksida, dsb. proses penukaran karbohidrat ini tidak terhenti setakat itu kerana yis akan terus menukarkan glukosa yang terbentuk, menjadi etanol.


Rumusan :


Walaupun proses ini berbeza dari arak, dan hasil kandungannya menyamai minuman bir,  tapai yang berusia sekitar 2 ke 3 hari adalah halal kerana ia bukan sesuatu yang memabukkan walaupun ia diambil dalam kuantiti yang banyak. Dalam tempoh 2-3 hari, hanya  sedikit kandungan alkohol etanol yang terhasil.


Dan ini jawapan pakcik :


Berbalik kepada soalan enche John, Ia menjadi haram bila ia dibiarkan ke beberapa hari lagi kerana selepas tempoh 6 hari, lebih banyak kandungan kanji ditukarkan ke glukosa dan etanol yang melebihi dari nilai 6-7% yang juga menyamai kandungan etanol di dalam bir.


Tapai yang dalam usia 2-3 hari (sebelum tempoh 6 hari) adalah harus hukumnya dalam Islam untuk dimakan kerana tak memabukkan.


Tapi, tapai yang siap dan segera disejukbekukan hingga tempoh seminggu lama, masih halal kerana aktiviti yis /proses penapaian berlaku dengan sangat perlahan dalam keadaan sejuk.



Sarkasis :


Dari setitik bertukar menjadi seteguk, lalu akal ditebuk, nafsu diperah. iman yang berjaya ditapis, dibuang..Begitu ler syaitan mengajar manusia untuk mendekati arak.. mabuk..  


p/s : mana fatwa pengharamannya??  Tiada. kerana permulaan proses penyediaannya bukan ber-zatkan najis. dan secara keseluruhan, ia punya tempoh sebelum ia bertukar ke kandungan yang memabukkan. Tapai adalah halal dalam tempoh tersebut. Rujukan pakcik, bersumberkan hadith dan kajian sains pemakanan serta dari Majlis Fatwa Kebangsaan di Ipoh, pada 11-14 April tahun 1984, Fatwa No. 4, alkohol).



Senyum Kambing Pakcik..

Rokok?? alim ulama' mengharamkan. orang ramai, menghalalkan. bukti? kedai milik orang Islam masih menjual rokok.  >_<

12 comments

Mon Jun 20, 04:13:00 pm GMT+8

Fuhhh.. Lega.. Tapi selalu kalo mak buat hari ni,, esok dah habis dorang makan.. Sy tak.. Ermmm, sekarang dah faham.. Tapai jatuh haram kalo lebih 6 hari.. Hehehe..

Mon Jun 20, 04:18:00 pm GMT+8

salam hati,fakta lengkap....thanks sharing ya :)

Mon Jun 20, 04:39:00 pm GMT+8

okey huraian yg lengkap dan bernas...

dah lama dah belajar pasal ni, dan fatwa yang mengatakan tapai itu halal sudah lama diketahui...

tetapi : Tapai dibuat bukan dari zat arak... adalah sama dengan keadaan beer, wain dan wiski, khamar (arak dari kurma) semua arak ini asalnya adalah dari zat yg bukan arak.

Beer Halal yang dikatekan haram kondisi dia sama dengan tapai... kandungan alkohol dalam beer 'halal' itu tidak significant utk menjadi arak. sama keadaannya dengan tapai.

tapai yang disejukkan melebihi masa seminggu masih lagi mempunyai kandungan ethanol melebihi 1-2 % (kajian makmal masa sensory evaluation semasa study)

konklusion : tapai tidak boleh dihujah melalui 'dibuat berasaskan zat bukan arak'

memadai ia dihujah, ia boleh dimakan selagi ia tidak mempunyai kandungan alkohol yang memabukkan.

Mon Jun 20, 05:19:00 pm GMT+8

hope jelas segala persoalan itu..thanx fadzli, camnilah baru betul, ada hujah2 n fakta tuk dijawab..

Mon Jun 20, 05:36:00 pm GMT+8

nice! :)

betul2..rokok tu yg haram kemain lagi ramai dok hembus2..

Mon Jun 20, 06:54:00 pm GMT+8

nice sharing pak cikk :D bole tmbh pngetahuan , dala anis suke tapai . hihi :D

Mon Jun 20, 07:04:00 pm GMT+8

hehe..jelas2..makaseh la pakcik..

Mon Jun 20, 07:07:00 pm GMT+8

pasal tajuk tu dah bincang dah..

Mon Jun 20, 07:11:00 pm GMT+8

Tak payah minum babrican, lagi selamat...


Kereta masa hadapan

Mon Jun 20, 07:13:00 pm GMT+8

hehehe cik suha tak makan tapai (^_^)
tekak xleh nak time

Tue Jun 21, 12:22:00 pm GMT+8

salam kenal..nasib baik leh makan lagi..kalau x, pupus la 1 jenis mkanan popular ni.

tapai ubi goreng sedap, tapai ubi makan ngan susu cair mmg best...

Tue Jun 21, 02:06:00 pm GMT+8

Oooo... kesian bir Barbican yang kandungan alkoholnya yang wujud secara semulajadi yang cuma sekitar 0.5% pon diharamkan.

Tapi kan... ini isu mabuk yang disebabkan oleh alkohol. Bagaimana pulak ngan isu winyak wangi umpamanya, yang mengandungi alkohol? Orang bukannya minum minyak wangi tuh ye tak? Sembur jer kat kulit. Tak memabukkan pon. Camner tuh?

:-p

Korang yang baca entri nih klik la link Enche John tuh. Kih kih kih...

Klik sini pon boleh:

Entri terbaru: Gambar Dulu-Dulu...

Tak malu betol! }:]

Post a Comment