Post

-masa itu "sekolah"-

'Masa' itu 'sekolah'~ suatu konsep yang melihat 'belajar' sebagai proses yang berlaku di mana-mana, dan pada bila-bila masa.


konsep ini dikemukakan kerana enam sebab utama :

  1. Dalil-dalil Agama Islam yang mengutamakan Ilmu.
  2. Tahap dan prestasi pelajaran dan pendidikan kita yang masih rendah
  3. secara fitrah, manusia belajar dari kecil, di mana-mana, dan setiap masa.
  4. pendidikan 'luar sekolah' lebih genting, terutama semasa masih kecil.
  5. Masa yang tidak dimanfaatkan  akan memebuat kita mudah bosan, dan kebosanan adalah pencetus banyak keburukan.
  6. Teknologi alaf baru akan menukar cara belajar dan mengajar di mana kejayaan bergantung kepada  usaha atau inisiatif sendiri, serta cara kita menggunakan masa.

Dalil-dalil Agama Islam :

kita termaktub sebagai manusia yang mempunyai budaya yang perlu menghargai dan memanfaatkan masa. Surah Al-'Asr 103: 1-3 menetapkan panduan berikut: " Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakna amal soleh dan nasihat supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran. " Kita juga telah diperingatkan oleh Imam Ghazali yang menyatakan bahawa : " Setiap detik sedarnya manusia adalah untuk beribadah, menuntut ilmu dan berkebajikan. " Hadis juga memerlukan manusia dididik sepanjang hayat " dari buaian hingga ke liang lahad ".


Tahap & prestasi pelajaran kita masih rendah :

Sebagai kaum manusia yang perlu mempunyai martabat yang tinggi dan mulia, masyarakat  Melayu/Islam masih mempunyai tahap dan prestasi pendidikan yang amat rendah. Wallahu'alam..boleh diperhatikan dari segi perilaku sosial seseorang dalam aktiviti seharian yang tidak berfaedah seperti berpeleseran, rempekk (rempit) mengganggu ketenteraman awam, dan sebagainya.. Ini bererti kita perlu mencari kaedah dan membina budaya yang menggunakan apa saja sumber yang boleh dijana bagi memperbaiki keadaan kita. 'Masa' adalah diantara sumber yang terpenting. Kita perlu memanfaatkan masa, tidak kira di amna, untuk mendekati dan mempelajari ilmu, akhlak, teladan , pengalaman dan pengamatan yang menjayakan.


Secara fitrah, manusia belajar dari usia  kecil, di mana-mana & setiap masa :

Sebenarnya, manusia sebagai makhluk yang perlu hidup, selamat dan menunaikan kebajikan, mesti mempelajari ilmu, kemahiran dan pengalaman, smabil memebina Amalan mulia dan Mal yang bernilai dari usia kecil lagi, dan seterusnya sepanjang hayat. ini bererti, setiap detik kehidupan kita, kita sentiasa berada di dalam keadaan 'belajar'~ belajar merangkak, belajar berjalan, belajar mana yang bahaya, dan mana yang selamat, belajra menyeberang jalan raya, belajar berenang, belajar berdoa, zikir dan sebagainya.. yang baru kena menghidapi penyakit angin ahmar juga perlu belajar berjalan, bercakap, menulis..

Sejak institusi 'sekolah' dijadikan tempat untuk mendapatkan pendidikan formal, institusi 'sekolah'  telah diagung-agungkan sehingga kita mengikut bentuk kehidupan di mana proses belajar lebih banyak berlaku dalam situasi di sekolah. situasi-situasi lain ( seperti rumah,  kawasan kejiranan, dll ) tidak mendapat tempat agung atau dihargai sebagai 'tempat dan masa belajar'.. Wallahu'alam.. 
Rumah menjadi 'universiti' pertama. ibubapa, pendidik utama dan pertama. alam hidup, makmal untuk mengenal nama-nama benda, ilmu kejadian manusia, pokok dan segala makhluk Allah. Yang penting adalah hakikat bahwa ''saya boleh belajar di mana-mana sahaja, bila-bila masa, dan setiap masa."


wallahu'alam..