Post

Kerap Melayari Internet Boleh Menyebabkan Penyakit Arthritis.

 السلام عليكم
 peace be upon you

image credit : respective owner
Trend pelayar web sekarang, Sebut je blog dan yang berkaitan dengan internet, dah boleh bayangkan.

Sedar tak sedar, bagi yang belum tahu, ada keburukan dari segi penyakit bila terlebih obses terhadap internet menerusi penggunaan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) iaitu penyakit Arthritis Rheumatoid.

image credit : respective owner

Apa tu Arthritis ?

Penyakit yang berkaitan dengan keradangan atau kemusnahan rawan para permukaan sendi tulang yang boleh menyebabkan kegagalan anggota badan untuk digerakkan dengan sempurna.


Bagaimana ia Boleh Menyebabkan  Arthritis Rheumatoid?

Melalui cara penggunaan kekunci dan tetikus yang pelbagai bentuk dan saiz. Penggunaan yang lama menyebabkan pembengkakan dibahagian sendi akibat regangan (tarikan) dari otot-otot yang diregangkan bagi tempoh masa dan kedudukan yang sama serta lama.


Tanda-Tanda dan Gejala 

1)Rasa sakit dan pembengkakan dibahagian sendi termasuk pada jari jemari. 

2)Pergerakan yang terhad diiringi rasa sakit pada bahagian yang terlibat.
3)Berwarna kemerahan dan rasa panas pada bahagian sendi.
4)Otot menjadi kaku atau kebas pada satu tempoh masa yang tertentu.
5)Rasa sakit yang bolerh berubah tempat disekitar bahagian bersendi yang terlibat.


Rawatan

Rawatan bergantung kepada jenis, tahap kesakitan, lokasi sendi yang terlibat. dan berbeza mengikut kategori arthritis. Kemusnahan Sendi yang teruk, memerlukan pembedahan.


p/s :Tak salah pun berblogging; melayari internet. cuma, setiap kali  menggunakan kekunci dan tetikus, pastikan ia diselang selikan dengan senaman ringan untuk jari ( bukan berunsur regangan) bagi tempoh masa tertentu.supaya sendi-sendi tidak 'stress'.


"ada dua kenikmatan yang membuatkan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang"  -Hadith Riwayat Bukhari-


Senyum kambing : 

Bila muda-muda dah dapat osteoarthritis, bila dah tua tambah pula osteoporosis. Terbaring atas katil la jawabnya..


sumber : arthritistoday.org, U.S News, Medicinenet.com, emedicinehealth.com,

.

26 comments

Thu Jun 02, 06:37:00 am GMT+8

stop skrg...

jangan main tenet lagi!!!

hehe..pakcik..wish me luck !xam dah dekat yaw

Thu Jun 02, 08:14:00 am GMT+8

stop tenet hahaa

Thu Jun 02, 08:22:00 am GMT+8

tersengih2 terbanyang kambing senyum.. =p

adeii..

kene off komp skrg.. T__T

Thu Jun 02, 09:01:00 am GMT+8

lagi info tentang artritis di SIHAT SELALU - Artritis Memakan Sendi

Thu Jun 02, 03:03:00 pm GMT+8

huhu..kene kawal la penggunaan internet ni kan...
OREO TSHIRT CARD
COMEL KE?

Thu Jun 02, 09:53:00 pm GMT+8

melampau nih!!hahaha

Thu Jun 02, 10:11:00 pm GMT+8

serius tgn makcik kdg2 jd kebas..dahla time keje pun x benti dok klik2 mouse..sbb tu dla update jrg2 dh skang ni..kesian kat tgn ni.nak pakai lama lg ni..wuhuhuhu..

Fri Jun 03, 04:05:00 am GMT+8

esok nak potong internet. hahahaa

Fri Jun 03, 11:07:00 am GMT+8

mOon datang ziarah... ^___^


nasib baik saya buta IT... xpandai main tenet...huhuhuhu

Fri Jun 03, 11:44:00 am GMT+8

erkk menakutkan.. yang kaki gaming pun sama.. nasib baik aku bukan hardcore sangat berinternet dan gaming..

Fri Jun 03, 11:57:00 am GMT+8

wah.. nasib baik tak slalu sgat dok dpan laptop. thanks for the info :)

Fri Jun 03, 12:42:00 pm GMT+8

wow! aku rasa aku dah ada simptom nih sikit laaa.
mati laa aku.
huahhh!

aku kena kurang kan lah sikit perangai nih. adoi.

Fri Jun 03, 01:43:00 pm GMT+8

arghhhhhhhhhhhh seram..kene kurgkan berbloggingla cmne.

Fri Jun 03, 01:43:00 pm GMT+8

arghhhhhhhhhhhh seram..kene kurgkan berbloggingla cmne.

Fri Jun 03, 03:11:00 pm GMT+8

kita yang memilih.. so urus waktu bila nak guna internet..tak perlu la sepanjang masa.. ye dak?

Sat Jun 04, 09:34:00 am GMT+8

eh ? really ??
biar betul ! ish , nelly selalu duduk depan pc ni ~
=='

Mon Jun 06, 02:25:00 pm GMT+8

uhuhu..nakutkn nye~

Mon Jun 06, 05:37:00 pm GMT+8

alamak..mcm mane nie..dah kemaruk nak on9 jew nie..hehe...takut2...bdw thanks 4 the info...lepas nie akan cube kurangkan on9... :P

Anonymous
Tue Jun 07, 07:28:00 pm GMT+8

tak nak off komputer jugak...lalalalala~..kekeke

Tue Jun 07, 08:32:00 pm GMT+8

errkk.. takut la pulak..
jari cik pulau pun ada bengkak gak ni..
tapi sebab selalu sngt menulis,.
*perasan... pastu terus pengsaannnn..hahah..*

Sat Jul 09, 08:53:00 pm GMT+8

lagi info tentang artritis di SIHAT SELALU - Artritis Memakan Sendi

Tue Jul 12, 01:08:00 pm GMT+8

mari hempuk keyboard secara berjemaah~~~

Tue Jul 12, 02:08:00 pm GMT+8

wah ! sampai macam tu sekali penangannya ??

Tue Jul 12, 03:18:00 pm GMT+8

huarghhh!!!
takot!!!
okay! update sekali sehari jer..huhuhuh

Wed Jul 13, 09:26:00 am GMT+8

eh... seram weh!! cp mcm ader tande2 tuh jer pacik..==' nauzubillah..mintak djauhkan la yer..

Fri Feb 03, 11:00:00 am GMT+8

terima kasih pak cik..nice info.nur bru tahu..
tp nur jrg pegang mouse.. mata je larh kene lebih berjga2..tkt terlbeh chaya plak...

Post a Comment