Dari ‘Ubadah bin Somit r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Berjihadlah di jalan Allah SWT kerana dia adalah merupakan satu pintu dari pintu-pintu syurga, dengannya Allah SWT menjauhkan rasa kerisauan dan kesedihan. Di dalam satu riwayat lain ada penambahan, pergilah berjihad, jauh atau dekat dan dirikanlah batasan-batasan pada orang-orang yang hampir dan pada orang-orang yang jauh. Dan berkenaan Allah SWT jangan terkesan dari cercaan sesiapa pun. (HR Mustadrak Hakim)
Post

Mencari Pahala Yang Hilang Di Bulan Syawal

 السلام عليكم
 peace be upon you



Bismillahirrahmanirrahim..

Bulan syawal semakin merangkak pergi meninggalkan kita.
Entah berapa banyak pahala yg telah kita gugurkan semata-mata nak meraikan kedatangan syawal. isu bersalaman, pembaziran rezeki, dsb... leka mungkin..


asalnya nak menundukkan nafsu. alih-alih ditunggang syaitan. 
Begitulah manusia. Sesudah berlalunya Ramadhan. Tetapi itu bukan bermaksud kita tak layak untuk diampun Allah. Sebaliknya berbalik kepada diri kita. Apa yg kita lakukan bagi mengembalikan redha-Nya ke atas kita?


Mencari Dia?
Bagaimana? adakah keadaan ini sama seperti kita ingin memohon maaf berkali-kali kepada seseorang? pasti ada yg merasa bosan apabila acap kali kita ulangi kemaafan ini berkali-kali. apakan daya.. inilah manusia.. TAPI!

Tak perlu kamu meragui bahawa Allah mudah memaafkan salah silap kita berbanding seorang manusia yg hatinya tidak tetap.. dari sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar-besar dosa!
mari, renungkan janji Allah.. 


Daripada Abu Sa'id al-khudri bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :


 "Iblis berkata kepada Tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan Keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada di jasad mereka.' Allah swt menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan Keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."

(HR Ahmad)



JANJi ALLAH ITU BENAR ;)