Post

Panduan Asas Sebelum Menyediakan Aquarium Air Masin

 السلام عليكم
 peace be upon you


Alhamdulillah...
Seperti yang dijanjikan. Tapi perlu diingat. asas kepada kesemua perkara dibawah, memerlukan sifat sabar. jika kamu tak mampu bersabar, dengan dukacita saya ingin beritahu...

Pilihlah hobi lain.

Ok, tanpa melengahkan masa, 
sebelum memulakan hobi ini, kamu mesti ada perancangan terlebih dahulu. betul! tanpa rancangan yg betul, daripada budget kurang dari RM 500 boleh mencecah ribuan ringgit sebagai permulaan. Penting!  Jangan sekali-kali kamu membeli sebarang jenis hidupan laut sebelum kamu menyediakan keperluan asasnya. 

Tak seperti akuarium air tawar yang penyediaannya boleh dilengkapkan dalam tempoh beberapa jam, persediaan akuarium laut (kualiti air) memerlukan sekurang-kurangnya satu bulan! (bermula dari tarikh kamu mula mencampurkan air dan garam laut buatan). Usah dengar ulasan dari penjual (elakkan kedai seperti east aqua di midvalley KL bagi mendapatkan maklumat terperinci) yang mengatakan kamu boleh memulakan hobi ini dalam tempoh yang singkat. seperti seminggu.

Jika kamu berkeras, rasakan penangan kerugian yang berlipat kali ganda! ehem! ok. sebab apa saya berkata begitu?

ok. asas kepada penyumbang kebolehupayaan hidupan laut untuk menyesuaikan diri dalam akuarium yang bakal kamu bina kelak, bergantung juga kepada sistem penapisan biologi. Tanpa sistem ini, apa yang boleh saya ringkaskan disini, masa dan wang kamu akan terbazir begitu sahaja.

saya ulang sekali lagi.
rancang dahulu apa yang kamu mahu. saya akan senaraikan apa yang kamu perlu mengikut budget kamu, secara berperingkat dalam entri akan datang. Jika kamu sebahagian dari komuniti aquarist, saya boleh terus jelaskan apa yang perlu. jika bukan,

Maaf. kamu perlu bermula dari bawah. zero. ya. ya. tiada jalan singkat!

TIPS:

Ambillah masa memerhatikan peralatan yang digunakan termasuk saiz tangki akuarium serta hidupannya di dalam mana2 kedai aquarium laut.. Kumpul maklumat yang diperlukan. Penjagaan hidupan laut, bukanlah untuk tempoh yang singkat. tapi sepanjang hayat; selagi kamu punya minat dan kesabaran untuk menjaganya..

ada faham?
ok. Fasa seterusnya..

Pemilihan tangki akuarium. 

Sediakan saiz yang dicadangkan sekurang-kurangnya 3 kaki panjang. 2 kaki masih boleh dipertimbangkan. Tapi elakkan kurang dari 2 kaki. saiz yang kurang dari 2 kaki adalah 'permainan' aquarist yang berpengalaman. Ringkasnya, bagi newbie yang baru memulakan hobi ini, mengawal kualiti air dalam akuarium yang kecil, amatlah sukar. Tidak seperti akuarium air tawar, kualiti air masin melibatkan keseimbangan elemen kalsium dan magnesium, pH, serta mengawal kadar kemasinan air, alkalinity, ammonia, nitrite, nitrate dan phosphate. 

Pemilihan akuarium yang kurang tepat, contohnya seperti kadar kedalaman tangki yang tak seimbang yang berlawanan dengan saiz lebar & panjangnya, akan menyukarkan kadar keterlarutan oksigen. kenapa? kandungan oksigen yang tidak mencukupi, akan menyebabkan  hidupan laut kamu mati! 

apa? guna pam oksigen? tidak efektif langsung. malah boleh menjadi merbahaya! sebab? ok. kamu pernah pergi ke tepi pantai bukan? pernah terlihat buih-buih air di persisiran pantai setelah ombak menghempas pantai? haa.. Fungsi buih-buih ini adalah untuk menguraikan bahan-bahan terlarut yang tidak diperlukan dalam air,kembali ke atas permukaan laut, yakni secara semulajadinya, ke pesisir pantai. Berbalik kepada akuarium laut, jika ini berlaku, kadar oksigen terlarut akan terhalang kerana sebatian bahan-bahan terlarut ini akan membentuk seakan-akan filem diatas permukaan air. Menghalang penyerapan oksigen di permukaan air.


Terasa pening? hm..ok.
Banyak perkara yang perlu kamu tahu sebaik sahaja pemilihan saiz dan jenis akuarium dibuat. Cukup setakat ini, kamu ambil tahu dulu bab asas sebelum penyediaan dibuat. in sya Allah akan saya terangkan secepat mungkin setiap satu perkara perlu dihuraikan satu persatu dengan jelas. Saya menyampaikan ilmu. Dan saya akan sampaikan ilmu, sehingga kamu benar faham apa yang bakal kamu lakukan kelak. Ini penting. kerana..




Hidupan laut juga makhluk Allah. Salah menyampaikan ilmu, jika hidupan laut kamu mati kerana maklumat yang salah, dosa akan berbalik kepada saya..kita berhak menjaga mereka sebaik mungkin. kerana kitalah khalifah-Nya..


^_^ V