Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menangung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)
Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action. Wallahua'lam..
Nikah Itu Janji
السلام عليكم
peace be upon you
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)
Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat-Nya, kita masih mampu menukilkan kata-kata atau apa saja yg ingin kita sampaikan kepada audiens dalam blog.
Pagi ni, ada satu perkara yang menarik untuk saya kongsikan hasil dari pertukaran maklumat ketika sesi usrah awal pagi tadi. Isu nya, perihal nikah. baitulmuslim. Lebih-lebih lagi buat beberapa orang sahabat saya yang bakal membinanya dalam tahun ini. in sya Allah..
konteks nikah itu pun cukup luas;cukup sekadar saya merumuskan apa itu nikah. Cinta dalam nikah itu lagaknya seperti bahasa memberi yang berkata-kata. Ya. seperti lembut tutur gaya bahasa seorang ibu kepada anaknya. si anak yang mengharapkan rasa kasih, membalas perbuatan yang sama.
bukan ke jika kita ingin dikasihi, kita juga perlu memberikan rasa kasih??
contoh terbaik; solat dan mengamalan sunnah Nabi. Dalam sujud dan doa , kita meminta-minta Allah untuk memberikan kita pasangan yang ideal. tapi apa yang kita lakukan untuk menjadi pasangan ideal pagi 'bakal' pasangan kita?
Kan? kita berusaha meminta kepada-Nya. Lalu kita berusaha menepatinya. Kerana inginkan pernikahan yang diredhai-Nya. Sama-sama saling mengisi. Bukan sekadar menerima tapi tidak memperbaiki kekurangan yang tidak terisi itu. Apa yang lebih, jadikan motivasi.
Kita belajar untuk menyintai kerana bahagianya saat dilayani, berusaha memahami agar tidak tersalah tafsir lalu disakiti. kerana itu, nikah itu bukan perkara main-main. Inilah salah satu amanah dari Allah!
Nikah itu adalah janji. janji yang memperbaiki diri sebenarnya disisi-Nya...
Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah
kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat
hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
p/s 1: usrah di MSI UTM kebiasaannya berakhir dgn isu baitulmuslim.. 0.O
p/s 2 : semoga kamu-kamu bahagia hingga ke syurga-Nya. yakini Dia ;)
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank