Post

Malaikat Pernah Bangkang Allah? Ini Buktinya!

 السلام عليكم
 peace be upon you




Apabila kita ditanya siapa yang lebih taat tanpa ada sekelumit nafsu untuk menentang, pastilah kita terfikir akan peribadi malaikat.. Berbanding kita, seorang manusia. Yang sebilangannya  taat dan sebilangannya, ingkar.  Atau ada kedua-dua sifat ini..


Munafik


Tapi, adakah tindakan membangkang yang bersifat menentang itu boleh diterima? Boleh jadi ya, atau pun tidak. Tinggalkan dulu persoalan ini kerana kita ingin tahu dulu; adakah malaikat pernah bangkang Allah? diterima atau tidak? apa yang mereka bangkang kan?  Mari kita imbas kembali satu kisah yang patut kita ambil ikhtibar..



Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Ingatlah sewaktu  Allah berkata kepada malaikat : Aku mahu menjadikan seorang khalifah di muka bumi.  Mereka bertanya : adakah Engkau mahu menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikanMu? Allah menjawab : Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.  "

(surah al-Baqarah : 30)



Berpandukan kepada Firman Allah yang ini,  dapat kita  fahami akan tanggapan malaikat itu ada benarnya.  Memang nanusia itu ada yang bermusuhan sesama sendiri dan menumpahkan darah sehingga amanah-Nya ditinggalkan..  Tapi Allah itu Maha Adil.  Sebelum Adam diturunkan ke bumi, Allah telah ajarkan kepadanya akan NAMA-NAMA benda  yang tidak diketahui oleh para malaikat, lalu Allah uji apa yang dipersoalkan oleh malaikat.






Firman Allah SWT yang bermaksud :


" .... Allah berkata : Terangkan kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, sekiranya kamu golongan yang benar. "

(surah al-Baqarah : 31)



Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia. sama seperti malaikat.  Dan sekiranya malaikat itu benar (yakni menyokong tanggapan BAHAWA SEMUA MANUSIA ITU ADALAH SAMA),  Allah terima apa yang mereka bangkang. Tetapi malaikat hanya mampu menjawab :
 


"  ... Maha Suci Engkau, kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "

(surah al-Baqarah : 32)




Lihat. Disinilah rahsia-Nya yang tidak diketahui oleh malaikat, tapi telah diketahui oleh Adam. Seperti juga kita. Diberikan panduan-Nya, demi menyampaikan pula kebesaran-Nya yang tidak diketahui oleh yang bukan Islam.. 


Lalu Allah memerintahkan Adam untuk memberitahu kepada para malaikat akan nama-nama yang mereka tidak tahu itu.






Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Bukankah Aku katakan kepada kamu, Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan. "

(Surah al-Baqarah : 33)



Nama-nama yang dimaksudkan itu adalah Asmaul Husna iaitu nama-nama Allah yang agung. Nama-nama inilah penyelesaian kepada kesemua masalah yang dihadapi oleh manusia ketika didunia. sebutkan saja, kedekut?? ada! jawapannya, pemurah ( al-karim ). Secara lahiriahnya, sifat pada nama-nama Allah itu, ada pada diri seorang manusia yang beriman.  


tak percaya?
mari kita ambil salah satu nama-Nya yang agung  :



al-Wadud ( Maha Mengasihani )


Ok, kamu punya ahli keluarga kan? pasti pernah merasai kasih sayang seorang ibu dan bapa kan? jika tiada, lihatlah sesiapa disekelilingmu.  Jika kamu buat silap, pastilah mereka akan menegur mu.  Mungkin juga memarahi kamu kan? haa.. inilah sebahagian dari sifat mengasihani. Maksudnya, mereka meletakkan asas tumpuan dengan memberi perhatian & menjaga kamu sebaik mungkin.. Seperti, ujian dari-Nya ke atas kita  :)


Ada pun hati kita memiliki sifat sifat ini,  yang baik itu datangnya dari Allah. Sifat baik itu sendiri bukan milik kita.  Begini, misal kata kamu baru jer berbuat baik pada hari ini. Apakah kamu mengaku ianya datangnya dari hati kamu yang menimbulkan rasa baik itu?


Pastilah tidak. Siapa yang ciptakan hati kita? Allah! kerana Allah lah yang memegang hati-hati kita. Dan kerana itu juga, Allah boleh membolak-balikkan hati kita.  Kekuatan iman kita, puncanya hanya dari Allah.. jika Dia berkehendakkan kita sesat, sesatlah kita.. Wallahua'lam..



" Laa haula wala quwwata ila billah "



Yang bermaksud,  'tidak ada kekuatan melainkan kekuatan daripada Allah. ' 


Jelaslah disini, malaikat membangkang, sekadar dari apa yang mereka ketahui. kerana pada mereka, manusia itu ada unsur iblis (nafsu) didalamnya ( ash-syaitaniyya ). Dan inilah peringatan dari Allah sesudah dia menurunkan kebenaran-Nya.  Siapa dikalangan kita yang mampu menerbitkan dalam dirinya akan nama-Nya yang agung lebih daripada nafsunya sendiri.


Dan kerana itu, setiap petunjuk kebenaran kepada setiap manusia di dalam al-Quran, tidak dimulai dengan :

 " wahai manusia "

sebaliknya,

" wahai orang yang beriman. "


Renungkanlah.. Manusia sudah diberi secukupnya panduan dari-Nya. Tapi, ada pula yang sudah tahu, menentang pula.. 


sebelum menututp entri, Jawapan kepada persoalan yang pertama tadi; adakah tindakan membangkang yang bersifat menentang itu boleh diterima (dilakukan)? jawapan pakcik,


Apa yang kita bangkang, perlulah berpandukan kepada yang benar disisi-Nya. Bukannya logik akal. 


jelas kan? tak? lihat.. Tindakan malaikat ibarat seperti logikal. dan tindakan yang benar pula, berasaskan sifat pada nama-nama Allah tadi dalam diri. 


Hakikat kebesaran-Nya terselindung disebalik setiap kejadian yang telah berlaku.. SubhanAllah.. tanpa berfikir, tiada teladan yang mampu kita ambil.


Pastikan! jangan kita ikuti pula gaya iblis. Akan pakcik kupas mengenai mereka pula dalam entri yang selanjutnya.. Insya'Allah.. Moga dipermudahkan-Nya..



Alhamdulillah..


.

1 comment

Fri May 04, 10:38:00 pm GMT+8

-semak-

Post a Comment