Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR Tabrani dan Jami'us Saghir)
Sometimes, we must hurt to grow;sometimes we must failed in order to know; sometimes our visions clear only after our eyes are washed away with DOA
Novelog Islamik : Magitek Mujahideen (intro)
Alhamdulillah..
Masih diberi kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan..
Asalkan tidak mensia-siakan kehidupan. Selagi kehidupan masih bersisa, pakcik nak kongsikan dakwah dalam bentuk novelog disebalik :
Novelog Islamik : Magitek Mujahideen
Ya. Ini tajuk dalam Menu terbaru dalam blog yang akan pakcik buat selain dari menu sedia ada yang masih terbengkalai. hahaha =.=
ok, Novel ini menjurus kepada fiksyen sains yang mengetengahkan tentang konspirasi dunia, sains & teknologi, ketenteraan, kemanusiaan, dsb dan tak terkecuali perihal cinta ( erk .yang ni pakcik terpaksa meminta pendapat yang lebih arif.alhamdulillah. ada yang sudi memberi idea ) dan yang paling penting, acuan kehidupan sebagai seorang umat Islam itu sendiri.
Dari segi penguasaan bahasa, pakcik sebolehnya cuba nak menggunakan bahasa santai.. Tapi mungkin tidak berapa menjadi. pasti ada cacat celanya. Jika ada, minta tegur lah ya :) ni sebahagian dari intro untuk prelude sebelum episod 1 bermula :
" Apatah lagi mecha kepada si tuta-tuta itu dilengkapi dengan perisai dinding graviti. Jika zahir peluru itu mudah direnyukkan sehingga hancur luluh sehalus zarah, inikan pula bidikan laser. Serap langsung! Seperti sebuah cermin hitam.. Bagaikan menggenggam keupayaan infiniti satu lubang hitam di angkasa! Wallahua'lam. Kedengaran mustahil. Tapi inilah realiti para ilmuan teknologis pico fasa 4 akhir zaman! "
Gambar kat atas, itulah bentuk material untuk sinopsis, lakaran, idea, watak segala macam isi yang diperlukan untuk menghidupkan tema novelog ini.. Insya'Allah moga dipermudahkan-Nya..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. "
( Hadith Riwayat Ibn an-Najjar )
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
2 comments
-checked-
@Wallahua'lam
waa mantap bahasa pakcik..ala2 penulis John Norafizan dalam Odisi Bulan Biru..;)
Selamat menulis dengan jayanya..:)