Post

Tips Menjadi Calon Suami Yang Afdal Disisi-Nya

 السلام عليكم
 peace be upon you


 
Setiap bakal isteri, mahukan pasangan yang ideal. Baik dari segi dunia, mahupun akhirat. Nak membina baitulmuslim yang afdal disisi-Nya, ada kesukarannya dan kita perlu berkorban. Antaranya;
 
 
Korbankan nafsu
 
 
Asas nafsu ni lah asas yang memulakan konflik dalam diri. 'Dibantu' oleh hasutan makhluk laknatullah. Nafsu, memang tak boleh dibuang. Tapi boleh dikawal. nak kawalnya, kena lah faham dan amalkan dulu konsep niat, usaha, tawakkal dan redha. Sekalipun gagal, ulangi konsep tu. Insya'Allah berjaya~
 
^^,
 
 
Dan.. Rahsia kebahagian, terletak juga pada jalan yang kita pilih; berpandukan kepada al-Quran, hadith dan sunnah. Secara mudahnya nak jadi suami yang berjaya di dunia dan akhirat, kena lah..




Mampu mengajarkan ilmu-ilmu :

Antara tiang kebahagiaan. Sebarang permasalahan@konflik kekeluargaan, dah tentu mampu diatasi kerana berpandukan pada al-Quran, hadith dan sunnah. Cuba bayangkan bagaimana jika kita tiada ilmu agama. Boleh jadi dari bergaduh 1 minit, jadi setahun. Tentu kamu tak mahu kan?


Saling tolong menolong :

Jadi suami, bukan bererti menjadi seorang raja. Contoh, di dapur. Isteri memasak, suami hanya tahu makan, dan kemudian komen. Kan tak adil buat pasangan. Hidupkanlah sifat memberi dan menerima. Barulah pasangan akan lebih memahami isi hati kita masa sama-sama saling bantu membantu~


Seorang yang serba tahu :

Dalam apa jua keadaan dan masa, seorang suami yang berpengetahuan lebih sekadar dari yang perlu, memudahkan urusan hidup berkeluarga. Ambil contoh dunia IT. Suami yang berpengetahuan dalam dunia maya, mampu menjimatkan kos minyak,tol, masa, dsb dengan hanya bermodalkan rm 2 untuk melayari web jabatan  tersebut  untuk membayar cukai. Jimat dan efisyen kan?~


Menjaga keluarganya :

Menjaga, bukan sekadar memberi nafkah. Pakcik lihat suami zaman moden lebih mudah lepas tangan. lepas anak lahir, dibiarkan si isteri yang uruskan. pikullah beban pasangan bersama-sama. Nanti bila anak dah besar, jangan cemburu pula nanti bila si anak melebih-lebihkan pasangan, berbanding diri sendir. pasal apa? tak 'rapat' dengan anak-anak~



Ada pendirian yang kukuh :

Bayangkan jika kamu menjadi pak turut kepada keputusan yang dibuat ahli keluarga? hinggakan hal bilik, harta benda, ahli keluarga yang uruskan. Nasihat dari 'luar', seharusnya menjadi pembimbing, bukan pembuat keputusan buat kamu sekeluarga. Matangkan diri dengan membuat keputusan sendiri. Asalkan tak melanggar perintah-Nya. yakin!!


Jadi imam buat keluarga :

Ada kamu perhatikan tugas imam dan makmum? berat tak tugasnya? Renungkan pula tugas suami dan isteri. Suami ibarat imam. dan isteri ibarat makmum. lepas tu, Fikirkan kenapa imam yang memulakan dulu setiap rukun solat. Dan bagaimana kalau makmum terlebih dahulu mendahului imam. batal kan? ha.. begitulah juga menjadi imam. Isteri, sekadar mengikut@menyokong tindak tanduk suami. kamu menjadi imam yang baik, insya'Allah berkat usaha kamu, keturunan kamu juga akan ikut acuan yang kamu bentukkan dari saat mula kamu menjadi imam buat keluarka kamu.




Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu pada perkara yang baik-baik."


(Surah al-Baqarah : 148)




^__^


Pakcik belum berkahwin. Dan sedang berusaha menjadikan diri pakcik sebaik-baik seorang imam mengikut perintah-Nya.. Mungkin sempat buat diri, tapi tak sempat buat baitulmuslim.. Wallahua'lam.. Doakan pakcik.. :)

.

1 comment

Sun Mar 11, 09:51:00 pm GMT+8

-checked-

Post a Comment