Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya. (HR Tirmizi)
Sometimes, we must hurt to grow;sometimes we must failed in order to know; sometimes our visions clear only after our eyes are washed away with DOA
Solat Jumaat Cuma Solat Sunat
السلام عليكم
peace be upon you
Solat Jumaat sebenarnya tak wajib (dalam apa jua keadaan)? betul? Mana buktinya? hish! mengarut !!
huhu.. Pakcik cuma nak flashback apa yang pernah berlaku kat masjid negara sekitar tahun 2007 masa hari jumaat. bulan mac kalau tak silap. Kisahnya macam ni,
Seorang budak lelaki ni, datang kat seorang pakcik yang baru selesai solat sunat. Katanya, solat sunat jumaat ni tak wajib. Sekadar berzikir, dah cukup.
Huhu.. kecoh kejap la juga kat saf belakang tu. nasib baik tak ramai jemaah lagi. Maklumlah.. masa tu baru nak masuk pukul 12.30 kalau tak silap.
Disamping budak tu, ada penjaga dia. tapi masa tu dia pun sedang solat. Lepas sesi bersoal jawab, baru la faham kenapa budak tu cakap macam tu..
budak lelaki tu ada masalah memproses maklumat. kiranya apa yang dia cakap, tak sama dengan apa yang dia nak maksudkan..
Rupanya budak tu maksudkan, kalau tak nak solat sunat tahiyyatul masjid(atas beberapa sebab), berzikir sudah memadai.
itupun masa bersoal jawab dengan budak tu, kami yang mendengar cara dia bercakap, dah pening. tak faham. Hhm... bila fikir balik, ada hikmahnya kan..
bagi orang yang tak normal, mungkin tak disengajakan.. bagi yang normal?
Sebelum bercakap, fikir dulu dengan teliti agar tak langgar larangan-Nya..
Tapi sekarang ni, kat mana-mana pun ada spesis manusia yang berkata hanya bersandarkan fakta. Boleh lihat senario seperti ni dalam dunia politik..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). "
(Surah Qaf : 18)
Senyum Kambing :
Biar mati dimulut asal hidup dihati..
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
1 comment
mesti tengok ada lelaki yang lepak kat kedai makan dengan muka selamba je tak pergi solat jumaat