Post

Penyakit Kegagalan Organ Sugar Glider ! Rujukan Kecemasan

 السلام عليكم
 peace be upon you

image credit to : google



Buat pemilik sugar glider, pakcik nak sampaikan maklumat penting.
Penyakit ni jarang-jarang berlaku. Tapi tak mustahil akan terjadi pada sugar glider kamu jika tak berhati-hati. Dulu pernah terjadi(mungkin. sebab pendarahan.tapi ada simptom yang sama) kat blogger 'dik' Bro yang..

INI...


Kesian. sugar glider dia baru je mati sebentar tadi.kawan pakcik bagitau, doktor cakap dia punya sugar glider tu kena penyakit kegagalan fungsi organ : Paru-paru dan jantung. Masa tu dah kritikal sangat.. puncanya Sebelum ia mati, memang 



dia ada biarkan sugar glider dia makan dengan minum dengan gelojoh. lepas tu macam tersedak. itulah.. ter-lalai..



 Ni tanda-tanda awal penyakitnya :

1) Pening, sesak nafas
2) Kurang selera makan
3) Gaya tidur yang berlainan dari kebiasaan. Sebab ia nak keluarkan air dari paru-paru/tekanan kat dada.
4) Rupa kulit dan hidung, pucat
5) Tak aktif (hari pertama dia tak aktif, tu tanda-tanda awal)


Dalam kes kawan pakcik ni, air termasuk dalam paru-paru dan serangan sakit jantung(jantung dipaksa bekerja lebih keras untuk memulihkan paru-paru)


Menurut katanya lagi, sugar glider ada sistem 'back-up'(regenerate). Jika ada bahagian yang rosak kat mana-mana organ, akan diganti semula.  Bila organ tersebut memang rosak teruk, jantung akan dipaksa lebih keras untuk mengepam darah untuk memulihkannya.


Tapi malangnya sugar glider dia tak dapat diselamatkan. beberapa hari lepas tu ia mati. Nak ambil darah pun masa tu, dah tak boleh. Sugar glider terlalu kecil. Jika nak ambil darah pun, masa ia masih stabil. Untuk ujian darah je, perlukan 3 liter (minimum). Jika diambil juga, sama le dengan nak membunuhnya sebab boleh bagi kejutan pada jantung pasal kehilangan banyak darah. Sedih...Kawan pakcik ada pesan awal-awal. kalau nak bagi sugar glider makan,



awasi cara dia makan. 




oh ya. Dia ada kata lagi. Ada satu je tanda ni pun,cepat-cepat p jumpa doktor vaterinar. kalau terlewat..mungkin tiada harapan. pasal takde peralatan khusus untuk membedah dan mengesan penyakit untuk haiwan sekecil sugar glider kat malaysia bila dah terlewat.. Lagipun, mesin ultrasound khas yang digunakan untuk mengesan jenis penyakit(haiwan kecil), memang sukar didapati. tanda-tanda awal ni, boleh membantu doktor untuk buta apa yang patut.


Jadi.. jika semua tanda-tanda diatas lengkap, silalah jaga baik-baik buat kali yang terakhir... itu je perkara yang kamu mampu lakukan. Kerana, Dia yang menentukan hidup atau mati sugar glider milik kamu..


sumber : Eric_smtssb@facebook chat.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata ;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "

(Hadith Riwayat al-Bukhari)


sayangilah haiwan. Walaupun hanya seekor cacing tanah.. tanpa cacing tanah, takdenya tanah berjaya digemburkan untuk peredaran udara..ingat lagi nodul kekacang, matapelajaran sains sekolah menengah?  

^__^


uuu.. terasa semakin tua.. Roh kata pergi, pergi,pergi.. Kubur kata mari,mari,mari.. Jangan kerana zalim kat haiwan, kita ke neraka-Nya..

.

4 comments

Tue Mar 20, 11:08:00 am GMT+8

-checked-

Tue Mar 20, 11:29:00 am GMT+8

takut nya kalau jadi kat sugar glider dya..:(

Tue Mar 20, 03:22:00 pm GMT+8

cepat2 nad tengok anak nad..:(

Fri Mar 23, 08:55:00 am GMT+8

3liter darah...???

pakcik sure sampai 3liter darah kene ambik..?

impossible kot utk size sugar glider tu..

Post a Comment