Post

Bagaimana Ukhwah Boleh Terputus Melalui Doa?

 السلام عليكم
 peace be upon you




Pernah terlintas untuk berdoa seperti maksud kat atas?
Agaknya, apa yang kamu fikirkan masa tu ya?



Bagaimana boleh putus sedangkan kita meminta-minta yang 'baik'?


Begini.. Dia berikan kita peluang untuk berfikir mana yang terbaik untuk kita yang kita mahu bila kita meminta pada-Nya.


TAPI, bila doa yang kita minta tu bertentangan dengan kehendak dan perintah-Nya, sudah tentu Dia Marah. lihat pada perkataan kat gambar tu..

Jauh,
Jarak,
Pisahkan.

Adakah ayat ini boleh dikira sebagai kiasan? meminta-minta padanya, tak memerlukan kiasan. Dia tahu akan kemahuan hatimu. Tapi, cuba renungkan kembali atas tujuan apa kamu meminta pada-Nya dengan ayat sebegitu rupa? tidakkah ia kedengaran seperti ingin menjauhkan diri, mengasingkan diri dari si sahabat?



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. "

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)



" Tapi saya minta begitu sebab nak tenteramkan hati.."


al jawab :

Tenteram? Sahabat.. apabila sesuatu ukhwah itu bertaut, dan kamu disakiti kerananya, lalu meninggalkan dia.. apakah kamu tidak terfikir bahawa kamu sedang memperdagangkan emosi kamu dengan cuba menggadaikan ukhwah kamu demi kegembiraan syaitan?


ya ! syaitan amat gemarkan ukhwah yang terputus walau secara tidak sedar !!


Tidak kah kamu tiada rasa sayang pada si sahabat sehingga sanggup meminta Dia menjauhkan si sahabat dari kamu..


Demi menjaga hati dan emosi kamu??


Tapi pada yang sama, kamu langgar pula larangan-Nya.. sedih.. Allah sudah memberitahu kita awal-awal..




Firman Allah SWT  yang bermaksud :


" Sesungguhnya mukmin itu bersaudara. "


(Surah al-Hujuraat : 10)


walau apa jua yang si sahabat lakukan,  kita tidak pernah rugi sedikit pun sebenarnya kerana sahabat itu milik Dia. Diri kamu sendirilah yang mendatangkan rasa rugi(bisikan syaitan) kerana membazirkan sandaran-Nya.. Dia mendatangkan sahabat itu kepada kamu demi bertujuan untuk kamu merenungi betapa hebatnya Dia yang menentukan dengan siapa kamu bertemu dan dengan siapa kamu akan berpisah kerana-Nya..


Berpisah??


al-jawab ;


Ya.. itulah  maksudnya kematian.. Dan apabila kematian itu berlaku, kamu sudah tiada peluang unutk menagih kembali rasa ukhwah itu.. Kerana Dia lah yang berhak memberi dan mengambilnya kembali.. sebelum terlambat.. hargaiah.. siapa jua sahabat mu..dan katakan padanya seperti mana..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :


" Jika seseorang itu sayang pada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya. "


(Hadith Riwayat Abu Daud)

Berdoalah yang baik-baik buat sahabatmu.. kerana, doa itu pengerat ukhwah diantara kamu dan si sahabat; walaupun salah seorang diantara kamu telah tiada nanti..

Jalinkanlah ukhwah kamu kerana Allah dan biarkanlah ukhwah itu terputus(kematian) jua kerana Allah.. seperkara lagi, lakarkanlah cinta kamu kepada-Nya menerusi sahabatmu.. Janganlah kamu meninggalkan dia semata-mata ingin..


menjaga hati kamu, tapi tidak sedar kamu tidak menjaga redha-Nya..

:')

.

9 comments

Sat Mar 24, 08:44:00 am GMT+8

-checked-

Tue Mar 27, 05:22:00 pm GMT+8

السلم عليكم ورحمة الله

Ya saudara, kita seharusnya bersikap lembut kepada sahabat kita, mengucapkan salam dan menunaikan hak-hak mereka.

Terima kasih atas kunjungan ke blog saya..

Wed Mar 28, 12:17:00 am GMT+8

haah kan pakcik...betoi jgk apa kata pakcik... #Renungan ...tq..:)

Fri Mar 30, 10:32:00 pm GMT+8

salam..

xperlu lah nak meminta sesuatu yg bukan2...mohon smoga dikurniakan shbt yg terbaek di dunia n akhirat. insyaAllah..

syukur dgn shbt2 yg ada..wlu mcm2 kerenah..itu lah yg menguatkan hti kita..

wallahualam...

:)

Wed Apr 04, 07:07:00 am GMT+8

KALAU DOA TU TADI,KITA GUNAKAN UNTUK BERDOA BIAR DIJAUHKAN DARIPADA LELAKI YG KITA SUKA DAN SUKA KITA,TAPI KITA TAHU,DIA TAK BOLEH NAK GUIDE KITA,IBUBAPA PON TAK SUKA SEDANGKAN KITA TGH SYG ORG TU,BOLEH TAK ?

Wed Apr 04, 07:07:00 am GMT+8

KALAU DOA TU TADI,KITA GUNAKAN UNTUK BERDOA BIAR DIJAUHKAN DARIPADA LELAKI YG KITA SUKA DAN SUKA KITA,TAPI KITA TAHU,DIA TAK BOLEH NAK GUIDE KITA,IBUBAPA PON TAK SUKA SEDANGKAN KITA TGH SYG ORG TU,BOLEH TAK ?

Thu Apr 05, 02:50:00 am GMT+8

selit nama pakcik sikit..

Sedikit review dari Nad tentang semua yang join Miss Nadya : Bloglist Mac & April 2012 dan mohon maaf entry panjang kemain..:D

http://www.nornadiah.com/2012/04/tamat-review-miss-nadya-bloglist-mac.html

Sun Apr 15, 08:17:00 pm GMT+8

pak cik...bila nak update blog ni??

Thu Apr 19, 01:54:00 pm GMT+8

ringan dilidah,berat bagi dosa

Post a Comment