Post

Allah Murka Isteri Yang Menolak Suaminya.

 السلام عليكم
 peace be upon you



 
Menolak.. 
Dalam erti kata lain, tidak ingin melakukan atau menerima. Dalam definisi Islam itu sendiri, ia boleh disama ertikan dengan  ingkar. Ya..


Ingkar perintah-Nya.


Itulah yang pakcik cuba sampaikan. Tapi dalam konteks kehidupan berkeluarga.

Jika kita lihat sketsa kehidupan orang yang berkerjaya, terfikir betapa sibuknya mereka 'mengejar masa'. walhal tiada apa yang perlu dikejarkan. Sibuk mengejar masa, tapi tak pula sibuk mengejar tuntutan-Nya..

Bagi seorang isteri, mendapat seorang suami yang beramal soleh, dah memadai. tapi.. Terfikir ke kamu.. Berbaloi ke jika pada suatu saat dimana si suami meminta untuk 'dibelai' pada malam hari, dan kamu 'menolaknya' dengan alasan yang tidak termasuk dalam hukum yang bertentangan dengan larangan-Nya..

dan ditakdirkan pula..Si suami dijemput pulang.. pada kesokannya? Tterfikir ke kamu..  Adakah si suami redha dengan 'penolakan' kamu pada malam sebelumnya? ingatlah..



Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :


" Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri enggan hingga suami marah pada malam harinya, malaikat melaknat isteri sampai waktu suibuh. "


(Hadith RIwayat Bukhari)


Sedangkan malaikat juga marah.inikan pula Dia yang memerintahkan kita untuk berlaku adil kepada pasangan.. 




p/s: Menjadi salah satu penanda aras kerosakan amal ibadat dalam institusi kekeluargaan.


.

2 comments

Post a Comment