Post

Rindukan Dia & Janji Allah [Travelog Jihad Terakhir 12]

 السلام عليكم
 peace be upon you


Ikon sms di menu.. Menandakan ada mesej yang masuk.. Selesai membaca, terlintas di benak ku untuk memadam kandungan sms terdahulu. Satu demi satu isi sms ku lihat, dan ku padam. Sehinggalah tiba satu giliran sms dari dia.





" belek sms? Jangan tenung lama-lama, nanti jadi rindu pula ! "


Sergey mencelah masuk dalam lamunan ku. " Hish. ada saja mamat ni. Datang tak diundang. Tapi datangnya kadang-kadang mengundang gundah gulana. grr.. "

Bisik naluri kecil geram ku. Memang benar pun. Dia, salah seorang rakan sekerja ku yang sampai sekarang, aku tak dapat tangkap fiilnya.. Pelik.



" kenapa tengok aku macam tu? Aku bergurau je. ok, aku nak naik dulu. jumpa lagi esok. "


Diam.. Sambil membiarkan mata ku membontoti setiap pergerakannya, hela nafasku ku  lepaskan seperti orang sedang kebingungan.. 




Ku lihat-lihat bait isi sms itu. Dan berfikir.. Memang benar janji-Nya.. Alhamdulillah.. ada hikmah.


" Jika aku sudah kembali merasai kebahagian, apakah dia juga begitu? "


Aku bermain-main dengan tekaanku sendirian.. Sudah pasti dia juga sedang bahagia.  Tapi.. Bagaimana kalau derita?


" Jika dia derita, akan ku isikan dia dengan kalimah-kalimah-Nya Yang Agung. Tapi.. "  Terhenti disitu. Aku cuba mencari-cari apa yang sebenarnya bermain dibenak minda pada saat itu.


" Ah.. ya.. betul.. " Aku kembali riang bila teringatkan kata-kata ukhti kina yang pada masa itu secara kebetulan, kami terserempak secara tidak sengaja ketika selesai check-in secara manual di klia.




Walaupun ringkas perbualan antara kami, kata-kata semangat itu, seolah-olah meresapi diri ni. Ya.. Perjalanan ku semakin singkat.. Semakin hampir dengan penghujungnya..




Sekurang-kurangnya, aku bahagia walau tidak sama seperti insan yang berpasangan. Biarlah.. Biar aku tidak bahagia di dunia.. Asalkan aku bahagia dengan persiapan ku menuju redha-Nya..




" Semuanya dah expired. Dia cuma dia. Tapi ukhwah ini pada dia, tidak ku ambil tahu.. Dia lebih tahu isi hati dia.  Biarlah aku yang menjaganya seorang diri.. "

" Dan.. aku tidak merindui dia semata-mata. Jauh sekali memilihnya. Cuma ingin tetap bergelar sahabat hingga akhir hayat. Walau apa jua yang dia buat yang berkaitan dengan  diriku; walau dia sendiri tidak menyedari hati kecilnya, aku redha.. "


Aku memberi kata peransang kepada hati ku. ya.. Jika dia tidak bahagia kelak, dia harus tahu. Diriku tidak sepatutnya berada dalam hatinya ketika itu. Carilah bahagia itu pada-Nya.. Dia lebih berhak..




^^,




Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. "


(Surah Ash-Sharh: 5 - 6)



Firman Allah SWT yang bermaksud :


" Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah ornag-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada pencapaiannya. "


(Surah al-Mu'minun : 60 - 61)




p/s : Rentetan hidup dalam Travelog ini, bukan diminta untuk dipuji dan dihormati. jauh sekali untuk dibanggakan. Tapi sekadar buat pembaca yang ingin mengerti dari mana nak mencari erti rindu dan cinta kepada-Nya ketika buta. kerana cinta sesama manusia lebih mudah buta.





.