Post

Maaf! Saya Tak Reti Marah Orang.. [Travelog Jihad Terakhir Siri 10]

 السلام عليكم
 peace be upon you



Malu ada, Kesian pun ada. Bukan kepada sesiapa, tapi kepada diri sendiri.
hm.. Bukan nak mengutuk, bukan nak menjatuhkan maruah.. Jauh sekali melepaskan amarah..


Maafkan saya boss..
Saya tak reti marah orang lain.. Bila depa silap.. Saya cuma mampu tegur dan ingatkan.. Saya tak suka marah-marah. Biar saya dimarah. tapi jangan saya yang marah..




Dari Abu hurairah r.a berkata ;
Seorang lelaki telah menemui Rasulullah dan berkata yang bermaksud ;
" Berwasiatlah kepadaku." 

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : " Janganlah kamu marah. "


Hadith Riwayat Bukhari




Marah tu, ibarat bermain api kerana suka-suka.. Bila terbakar harta sendiri, baru nak menyesal.. Sama seperti bila terlajak kata.. Tak boleh diundur.. lagipun..



Dari Abdullah bin Umar r.a berkata;


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Seorang muslim adalah seseorang orang muslim yang orang muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya. "

Hadith Riwayat Bukhari 


maafkan saya..
Saya tak mahu sejahat tu untuk menghukum mereka.. Lagipun cuaca diluar..


-20+  darjah celcius..


=_=


Buat unggun api pun, mungkin tak terasa panasnya.. huhu..
Jadi, apakat boss pergi 'berjemur' diluar sambil tengok saya didalam kabin merenung boss mengurangkan api kemarahan boss..eh..


ha...ha...haaaa...


6__9

.