Post

Cara Membuat Aquascape Akuarium Yang Menarik

 السلام عليكم
 peace be upon you


Memandangkan hari ni agak 'lapang',  pakcik nak kotakan janji pasal landskap dalam dalam air@akuarium dalam entri yang lepas.



(^^,)


Untuk posting yang pertama ni, pakcik nak tunjukkan bagaimana nak hasilkan aquascape yang cantik. Pertama sekali pakcik nak bagitau; untuk menghasilkan layout yang cantik dan menarik, wajib ada :


- Niat
- Usaha
- Tawakkal
- Redha


Tak cukup salah satu ni, insya'Allah 'memang tak memuaskan'. Kena ingat. Ia juga adalah ciptaan-Nya, dan berhak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat sama seperti kita  ;)


Perhatian : Tutorial ni untuk yang dah kemahiran atau berani mencuba ;)

*********



Menghasilkan latar, memerlukan kretiviti. Contoh paling mudah, lihat bagaimana rupa 'alam semulajadi'. Dari situ, ilham boleh diterjemahkan. Tapi macam mana? pakcik tunjukkan~

-----------------------------------------------
Keperluan :



Akuarium : bersaiz sekurang-kurangnya 60 cm (lebar).
                Gantikan dengan tank nano pun boleh.

Tanah     :  Lapisan atas : ADA Sarawak sand, ADA  Soil Malaya sand,
                                     ADA Power Sand Special M, Unipac Zambezi sand.
                Lapisan bawah ( baja ) : ADA bactar 100, Clear Super.


Penapis air : Standard ( Jenis air terjun/waterfall)


Dekorasi    : Batu sungai, akar kayu 'redmoor'


Pokok        : Spiky moss, Pogostemon erectus, Utricularia graminifolia,
                  Holoer moss, Monosolenium terenum, Staurogyne repens

Kelengkapan tambahan :  Set 'Advance C02', lampu fluorecent, peralatan
                                       aqualanscape.


--------------------------------------------


LANGKAH 1 :








kenal pasti tema dan layout akuarium yang diingin. Contoh seperti di atas. Ada unsur perspektif dan penegasan. Gunakan kadbod sebagai penanda aras bagi membentuk perspektif.  lepas tu, taburkan baja ( ADA Bactar 100 & Clear Super ) di bahagian dasar akuarim. Susun dan bahagikan ruang bagi mewujudkan perspektif dari 'atas turun ke bawah'. Di bahagian atas lapisan baja, letakkan ADA Power Sand Special M. Ratakan tanpa menekan diatas lapisan tanah dan baja ni. Ruang  yang kosong ni, tinggalkan dulu.




Langkah 2 :







Pasir Unipac Zambezi diratakan pada bahagian atas seperti dalam gambar diatas. Pada tahap ni, kamu boleh tentukan berapa tinggi perspektif yang kamu inginkan.  Tujuannya untuk membentuk lapisan dan latar yang meninggi. kan cantik~



Langkah 3 :




Sebelum lapisan pasir yang seterusnya dimasukkan, beberapa keping kadbod perlu kita masukkan bagi menstabilkan kedudukan setiap lapisan pasir yang telah kita masukkan sebelum ni. kala malas, gunakan lidi sate pun boleh. Tapi perlukan kuantiti yang banyak untuk menahan posisi setiap lapisan. caranya? cucuk hingga terbenam kesemua lidi tu. Sebaiknya gunakan kadbod yang agak tebal.



Langkah 4 :




Pasir ADA Soil Malaya dimasukkan. Ok, ketinggian penting jika nak ditonjolkan pada langkah ni. Tujuan kita gunakan pasir ni, bertujuan untuk memberikan nutrien tambahan kepada akar pokok. Takde pun takpe. Tapi kurang natural lah.




Langkah 5 :






Langkah seterusnya, ADA soil malaya gred halus diratakan pada bahgaian paling atas. Gred halus ni didatangkan dalam bentuk serbuk. Bersesuaian dengan akar2 pokok yang halus seperti spesis riccia. kelebihannya, mampu memegang akar pokok yang lebih kecil. nak gantikan dengan pasir kosmetik macam aragonite, pakcik tak cadangkan.






Langkah 6 :








Pasir ADA Sarawak dimasukkan pada bahagian yang kosong tadi, bagi menampakkan penegasan kesan pasir. lihat! kan cantik  ;) tapi pastikan ia tak terlalu tinggi sebab kita tak mahu bahagian dasar ni terlalu 'menonjol'. Nanti 'feel' perspektif tumenjadi kurang menarik.






Langkah 7 :








Penting ! pada tahap ni, kita perlu masukkan lagi beberapa keping kadbod/ lidi sate pada setiap sudut. Ini bertujuan untuk menahan setiap lapisan pasir dan berat beban dari dekorasi yang kita dah pilih. tapi kalau driftwood yang kita pilih adalah ringan, tak perlu banyak sangat kadbod/lidi sate. Batu riccia di letakkan kat sempadan pasir ADA Sarawak ( Langkah 6 ) tadi, juag bertujuan yang sama seperti diatas.






Langkah 8 :







Pada saat ini, masa untuk kamu menguji kretiviti kamu dengan menyusun dekorasi kayu redmoor mengikut kesukaan. Tapi sebelum tu, sila rendam sikit2 je kayu tu dalam air. Bukan DIBASUH.  Penting, lokasi dan bahan yang dipilih untuk menyokong  struktur sokongan kayu tu penting, kerana tekanan dalam air akan memberikan kesan bila dah siap; Kecuali bagi tangki yang kurang dari 20 cm (tinggi).







Langkah 9 :








Batuan perbagai saiz, seperti batu sungai, dimasukkan. Untuk dapatksn inspirasi, lihat bagaimana batuan disungai tersusun. jangan susun 'main cincai' je sebab masa kita dah letakkan kayu redmoor nanti, lapisan tanah akan 'turun'. 






Langkah 10 :








Kayu redmoor yang sudah siap dibasuh (bukan dibasuh guna sabun peluntur) diletakkan. Dan susun mengikut kehendak kamu. Nak tahu cantik atau tak sususan perspektifnya, lihat dari setiap sisi cermin akuarium.






Langkah 11 :








Isikan tangki dengan air. Seelok-eloknya, air bertapis (water filter). Kalau nak isikan akuarium ni dengan ikan, jangan lupa campurkan ubat anti-klorin. Sesetengah penapis air, sudah tersedia bahan anti-klorin didalamnya. Jadi tak eprlu risau. oh ya! Ketika nak isikan air, pastikan ia bukan dituang secara terus keatas lapisan tanah/dekorasi. Gunakan pinggan/bekas air kecil sebagai alas ketika menuang atau gunakan tangan jika malas (pastikan tangan adalah bersih). Untuk hasil yang memuaskan, tutup lapisan tanah dan dekorasi seperti gambar kat atas.



Langkah 12 :




Ketika ini, batu yang lebih berat ditindih pada kayu redmoor bagi memastikan ia tidak bergerak. Supaya beratnya selari dengan tekanan dalam tangki akuarium. Dan bila air dah penuh, kena biarkan dalam satu tempoh untuk memastikan kandungan amonia adalah terkawal. disini ada 2 cara. 


1) Jalankan fungsi penapis air untuk akuairum dan biarkan tangki tersebut selama beberapa minggu. paling baik, 3 minggu. Ini bertujuan untuk mengawal paras ammonia dalam air dan juga untuk membentuk koloni bakteria berguna dalam water filter tu.


2) Masukkan chip ammonia (dijual dikedai akuarium) ke dalam ruang penapis air yang sedia ada, dan biarkan akuarium selama 1 hari. Ni cara paling cepat. Tapi pada masa ni, koloni bakteria masih belum stabil.






Langkah 13 :








Peralatan aqualanscaping digunakan sebagai persediaan akhir. Beli mana-mana pokok yang diingini bagi menghiasi ruang dalam akuarium. perlu diingat. pokok yang tenggelam didasar, memerlukan pencahayaan yang cukup. kalau kamu memilih pokok seperti pokok teratai dan kiambang yang terapung, ini akan. menghalang proses fotosistesis di bawah air.


untuk tujuan aqualanscaping, pakcik akan buka tutorial baru.  Sekarang dah macam buat kertas karangan berperingkat-peringkat.


(^^,)/


Gambar, hasil perkongsian  enche James Findley




-BERSAMBUNG-


.

18 comments

Mon Feb 06, 01:44:00 am GMT+8

cantik lah pakcik.. pakcik bela ikan apa??

Mon Feb 06, 09:29:00 am GMT+8

cantik?
kena kata kat empunya badan~

(^^,)


pakcik ada bela ikan buntal yang kecik2, tetra, cory, gapi, pleco, anak jerung, otto,..

oh..banyak

6__9

nak tahu, kena tengok kat umah keluarga pakcik dan rumah sewa

umah sewa kat sini pun ada. tapi tak meriah sangat pasal sini negara bermusim. agak terhad nak menjaga akuarium komuniti ni.

(^^,)

Mon Feb 06, 09:35:00 am GMT+8

kretipnyeee...

kalau my.. beli siap terus je laaaa malas nak buat sendiri kikiki..

by the way thanks pakcik! :)

Mon Feb 06, 09:59:00 am GMT+8

erk. my, tu bukan akuarium pakcik tau. pakcik mintak gambo kat dia. huhu. pasal pakcik tak sanggup nak ubah2 landskap sedia ada

T__T

Oh..beli yang siap terus, boleh je. ratus2 juga la. yang cekai2, puluh ringgit je. cuma kurang natural la.

(^^,)

Mon Feb 06, 02:41:00 pm GMT+8

cantiknyer. pakcik buat ke ni?

Mon Feb 06, 04:23:00 pm GMT+8

rajin sungguh pakcik mendekorasi..:)

nak bela haiwan memang kena titikberatkan banyak benda kalau nak haiwan hidup lama..

rumah saya kat kampung bela kucing je...hehe

Tue Feb 07, 02:32:00 pm GMT+8

yeah..tapi nadia tak suka ikan..:D

Thu Feb 09, 10:40:00 pm GMT+8

cantek!!!! ^^

Mon Feb 13, 10:31:00 am GMT+8

@Karbon Kopie

yup. simple tapi cantik ;)
erk. bukan pakcik yang buat. ni kawan pakcik yang buat. pakcik setakat ni takde simpan gambo mana2 tank yang pakcik buat.
melainkan untuk tujuan bertukar pandangan dengan aquarist lain2

(^^,)

Mon Feb 13, 10:34:00 am GMT+8

@~CiK TiNieY~

erk. bukan pakcik design ya cik tiniey~

;)

betul tu. mereka juga makhluk-Nya. jika kita mahukan 'mereka', hargai kehidupan mereka dengan menjaga keperluan hidup mereka.

(^^,)


alahai..pakcik pun suka kucing~

Mon Feb 13, 10:36:00 am GMT+8

@Miss Nadya

eleh~ tak suka ikan tpai hari tu makan juga ikan kan~

:p

Mon Feb 13, 10:37:00 am GMT+8

@NadiRah

ya~
cantik!!
apa lagi nad? buat la satu cuti2 ni~
tengah cuti kan?

(^^,)

Sun Mar 04, 12:53:00 pm GMT+8

saya nak tanye di mana nak dapatkan ADA produk tu? mcm tanah, pasir dan baja yg d gunakan dlm rajah.. harap dpt bgtau tmpat dan alamatnye skali.. tq

Mon Mar 12, 02:00:00 pm GMT+8

@seramakuantan

boleh bagitau kat mana lokasi saudara/saudari?
produk ADA ni,lebih mudah didapati di kedai-kedai akuarium menjual produk berkualiti. ai lebih mudah didapati disekitar selangor dan kuala lumpur(CONTOH: AQUA EAST, MID VALLEY).saya boleh senaraikan kedai yang menjualnya, cuma, lebih baik berhubung terus via email/ yM dsb.

p/s: produk ADA ni agak mahal.psair untuk tangki 9 liter saya sudah mencecah rm 150+. belum termasuk harga baja. saya cadangkan gunakan tanah dan baja yang lebih murah. asalkan Made in Japan. seperti produk H.E.L.P.

tapi untuk jaga ikan & landskap untuk jangkamasa panjang, lebih elok guna produk ADA :)

Wed Oct 31, 01:35:00 am GMT+8

Salam..mane sambungannya?

Wed Jan 30, 02:37:00 pm GMT+8

Terima kasih sharing.
Saya ada empty wall aquarium w10'xd3'xh5', dinding rumah dengan cermin depan & belakang serta sump filter dibawahnya. Dah siap setahun tp masih belum masuk ikan lg.
Plan nak pindahkan kelah 10e, bala shark 3e & MGXB 2e dari kolam koi.
Meanwhile nak minta sifu guide for aquascape.
Mrasidi.salim@gmail.com

Wed Jan 30, 02:57:00 pm GMT+8

Terima kasih sharing.
Saya ada empty wall aquarium w10'xd3'xh5', dinding rumah dengan cermin depan & belakang serta sump filter dibawahnya. Dah siap setahun tp masih belum masuk ikan lg.
Plan nak pindahkan kelah 10e, bala shark 3e & MGXB 2e dari kolam koi.
Meanwhile nak minta sifu guide for aquascape.

Anonymous
Wed Mar 27, 03:23:00 pm GMT+8

sy ada akuarium 3kaki x 1kaki x 2kaki
boleh dapatkan cadangan penapis air jenis apa yang sepatutnya sy guna mengikut kesesuaian akuarium

Post a Comment