Post

Cara Membuat Aquascape Akuarium Yang Menarik

 السلام عليكم
 peace be upon you


Memandangkan hari ni agak 'lapang',  pakcik nak kotakan janji pasal landskap dalam dalam air@akuarium dalam entri yang lepas.



(^^,)


Untuk posting yang pertama ni, pakcik nak tunjukkan bagaimana nak hasilkan aquascape yang cantik. Pertama sekali pakcik nak bagitau; untuk menghasilkan layout yang cantik dan menarik, wajib ada :


- Niat
- Usaha
- Tawakkal
- Redha


Tak cukup salah satu ni, insya'Allah 'memang tak memuaskan'. Kena ingat. Ia juga adalah ciptaan-Nya, dan berhak untuk mempunyai gaya hidup yang sihat sama seperti kita  ;)


Perhatian : Tutorial ni untuk yang dah kemahiran atau berani mencuba ;)

*********



Menghasilkan latar, memerlukan kretiviti. Contoh paling mudah, lihat bagaimana rupa 'alam semulajadi'. Dari situ, ilham boleh diterjemahkan. Tapi macam mana? pakcik tunjukkan~

-----------------------------------------------
Keperluan :



Akuarium : bersaiz sekurang-kurangnya 60 cm (lebar).
                Gantikan dengan tank nano pun boleh.

Tanah     :  Lapisan atas : ADA Sarawak sand, ADA  Soil Malaya sand,
                                     ADA Power Sand Special M, Unipac Zambezi sand.
                Lapisan bawah ( baja ) : ADA bactar 100, Clear Super.


Penapis air : Standard ( Jenis air terjun/waterfall)


Dekorasi    : Batu sungai, akar kayu 'redmoor'


Pokok        : Spiky moss, Pogostemon erectus, Utricularia graminifolia,
                  Holoer moss, Monosolenium terenum, Staurogyne repens

Kelengkapan tambahan :  Set 'Advance C02', lampu fluorecent, peralatan
                                       aqualanscape.


--------------------------------------------


LANGKAH 1 :








kenal pasti tema dan layout akuarium yang diingin. Contoh seperti di atas. Ada unsur perspektif dan penegasan. Gunakan kadbod sebagai penanda aras bagi membentuk perspektif.  lepas tu, taburkan baja ( ADA Bactar 100 & Clear Super ) di bahagian dasar akuarim. Susun dan bahagikan ruang bagi mewujudkan perspektif dari 'atas turun ke bawah'. Di bahagian atas lapisan baja, letakkan ADA Power Sand Special M. Ratakan tanpa menekan diatas lapisan tanah dan baja ni. Ruang  yang kosong ni, tinggalkan dulu.




Langkah 2 :







Pasir Unipac Zambezi diratakan pada bahagian atas seperti dalam gambar diatas. Pada tahap ni, kamu boleh tentukan berapa tinggi perspektif yang kamu inginkan.  Tujuannya untuk membentuk lapisan dan latar yang meninggi. kan cantik~



Langkah 3 :




Sebelum lapisan pasir yang seterusnya dimasukkan, beberapa keping kadbod perlu kita masukkan bagi menstabilkan kedudukan setiap lapisan pasir yang telah kita masukkan sebelum ni. kala malas, gunakan lidi sate pun boleh. Tapi perlukan kuantiti yang banyak untuk menahan posisi setiap lapisan. caranya? cucuk hingga terbenam kesemua lidi tu. Sebaiknya gunakan kadbod yang agak tebal.



Langkah 4 :




Pasir ADA Soil Malaya dimasukkan. Ok, ketinggian penting jika nak ditonjolkan pada langkah ni. Tujuan kita gunakan pasir ni, bertujuan untuk memberikan nutrien tambahan kepada akar pokok. Takde pun takpe. Tapi kurang natural lah.




Langkah 5 :






Langkah seterusnya, ADA soil malaya gred halus diratakan pada bahgaian paling atas. Gred halus ni didatangkan dalam bentuk serbuk. Bersesuaian dengan akar2 pokok yang halus seperti spesis riccia. kelebihannya, mampu memegang akar pokok yang lebih kecil. nak gantikan dengan pasir kosmetik macam aragonite, pakcik tak cadangkan.






Langkah 6 :








Pasir ADA Sarawak dimasukkan pada bahagian yang kosong tadi, bagi menampakkan penegasan kesan pasir. lihat! kan cantik  ;) tapi pastikan ia tak terlalu tinggi sebab kita tak mahu bahagian dasar ni terlalu 'menonjol'. Nanti 'feel' perspektif tumenjadi kurang menarik.






Langkah 7 :








Penting ! pada tahap ni, kita perlu masukkan lagi beberapa keping kadbod/ lidi sate pada setiap sudut. Ini bertujuan untuk menahan setiap lapisan pasir dan berat beban dari dekorasi yang kita dah pilih. tapi kalau driftwood yang kita pilih adalah ringan, tak perlu banyak sangat kadbod/lidi sate. Batu riccia di letakkan kat sempadan pasir ADA Sarawak ( Langkah 6 ) tadi, juag bertujuan yang sama seperti diatas.






Langkah 8 :







Pada saat ini, masa untuk kamu menguji kretiviti kamu dengan menyusun dekorasi kayu redmoor mengikut kesukaan. Tapi sebelum tu, sila rendam sikit2 je kayu tu dalam air. Bukan DIBASUH.  Penting, lokasi dan bahan yang dipilih untuk menyokong  struktur sokongan kayu tu penting, kerana tekanan dalam air akan memberikan kesan bila dah siap; Kecuali bagi tangki yang kurang dari 20 cm (tinggi).







Langkah 9 :








Batuan perbagai saiz, seperti batu sungai, dimasukkan. Untuk dapatksn inspirasi, lihat bagaimana batuan disungai tersusun. jangan susun 'main cincai' je sebab masa kita dah letakkan kayu redmoor nanti, lapisan tanah akan 'turun'. 






Langkah 10 :








Kayu redmoor yang sudah siap dibasuh (bukan dibasuh guna sabun peluntur) diletakkan. Dan susun mengikut kehendak kamu. Nak tahu cantik atau tak sususan perspektifnya, lihat dari setiap sisi cermin akuarium.






Langkah 11 :








Isikan tangki dengan air. Seelok-eloknya, air bertapis (water filter). Kalau nak isikan akuarium ni dengan ikan, jangan lupa campurkan ubat anti-klorin. Sesetengah penapis air, sudah tersedia bahan anti-klorin didalamnya. Jadi tak eprlu risau. oh ya! Ketika nak isikan air, pastikan ia bukan dituang secara terus keatas lapisan tanah/dekorasi. Gunakan pinggan/bekas air kecil sebagai alas ketika menuang atau gunakan tangan jika malas (pastikan tangan adalah bersih). Untuk hasil yang memuaskan, tutup lapisan tanah dan dekorasi seperti gambar kat atas.



Langkah 12 :




Ketika ini, batu yang lebih berat ditindih pada kayu redmoor bagi memastikan ia tidak bergerak. Supaya beratnya selari dengan tekanan dalam tangki akuarium. Dan bila air dah penuh, kena biarkan dalam satu tempoh untuk memastikan kandungan amonia adalah terkawal. disini ada 2 cara. 


1) Jalankan fungsi penapis air untuk akuairum dan biarkan tangki tersebut selama beberapa minggu. paling baik, 3 minggu. Ini bertujuan untuk mengawal paras ammonia dalam air dan juga untuk membentuk koloni bakteria berguna dalam water filter tu.


2) Masukkan chip ammonia (dijual dikedai akuarium) ke dalam ruang penapis air yang sedia ada, dan biarkan akuarium selama 1 hari. Ni cara paling cepat. Tapi pada masa ni, koloni bakteria masih belum stabil.






Langkah 13 :








Peralatan aqualanscaping digunakan sebagai persediaan akhir. Beli mana-mana pokok yang diingini bagi menghiasi ruang dalam akuarium. perlu diingat. pokok yang tenggelam didasar, memerlukan pencahayaan yang cukup. kalau kamu memilih pokok seperti pokok teratai dan kiambang yang terapung, ini akan. menghalang proses fotosistesis di bawah air.


untuk tujuan aqualanscaping, pakcik akan buka tutorial baru.  Sekarang dah macam buat kertas karangan berperingkat-peringkat.


(^^,)/


Gambar, hasil perkongsian  enche James Findley




-BERSAMBUNG-


.

18 comments

Post a Comment