Post

Tatabahasa Allah SWT [Travelog Jihad Terakhir siri 5]

 السلام عليكم
 peace be upon you


Jalan yang bersimpang siur kadang kala memeningkan. Nasib baik ada traffic light. Risau memikirkan takut tersilap langkah..Nanti berdentum.. Canggih..Ciptaan manusia..Direka palbagai alat; hasil ilmu-Nya..


Sambil menunggu lampu hijau, Sambil menanti satu lokasi buat alas untuk diri ni merenung-renung sandaran-Nya.. Diri ini berfikir.. Perkaitan antara jalan dan lampu jalan dengan bahasa dan tatabahasa Allah...


*********




" kamu baca surah Ali-Imran nanti, kamu carilah mana maksud lisannya, kamu faham; tapi maksud kiasannya buat kamu terpinga-pinga. Baca sampai habis tau! nanti mai bagitau.ok? "


Pesan sahabatku, safarizal ketika berada di beranda biliknya sambil menghidup kopi panas waktu tengah malam tadi. Itu pun lepas diri berturut-turut bertanya itu dan ini. hehe..


hm..mungkin inilah...



Firman Allah SWT yang bermaksud :




" Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. "


Surah Ali-Imran : 110




Jika direnungkan..perkataan 'untuk'.. Jika diterjemahkan ke pelbagai bahasa, kelihatan terdapat kesalahan pemahaman mengikut apa yang diri ni tahu..

Minda ini ibarat mesin kira duit syiling tika ini.. Ligat 'mencari alternatif' yang bersesuaian selain 'untuk'..



" jumpa!  aku pilih 'daripada'.. "

Fungsi memori akalku memberi cadangan. namun..terhenti. berfikir lagi..kenapa ia adalah 'untuk'?? 

SubhanAllah.. Bila difikir dengan teliti kenapa Allah berfirman dengan maksud itu,  rupa-rupanya.. Ia membawa maksud yang Allah beritahu kita..




Umat yang hebat, adalah yang berdakwah untuk manusia sejagat. Bukan sekadar untuk diri sendiri..



Kata hubung 'untuk' itu menggambarkan perlakuan 'pergi kepada'.. Yakni, melakukan 'sesuatu kepada sesuatu'  Ya Allah.. Terasa kerdil.. Tatabahasa Allah tidak silap.. Malah membawa maksud tersirat yang unik..
SubhanAllah...
sudah hampir masuk waktu asar rupanya..rasa seperti baru 5 minit telah berlalu..


.

2 comments

Post a Comment