Post

Solat Hadiah Untuk Arwah@ Si Mati

 السلام عليكم
 peace be upon you


Mungkin pernah terdengar atau mengalaminya sendiri..kan? Hm..terlebih dulu, sebagai pengenalan, pakcik cuma boleh kata solat ini kebiasaannya dilakukan oleh yang  mahu mensedekahkan 'pahala' dia kepada arwah. dan dilakukan dalam tempoh 1 hari selepas arwah dikebumikan.pada waktu malam.


Ia dilakukan sebanyak 2 rakaat,surah al-Ikhlas, surah al-Kafirun, ayat kursi dibaca beberapa kali selepas surah al-Fatihah dibaca. 


tapi!!! betul ke  wujud solat ini dalam mana-mana mazhab??




Pakcik kurang pasti. Ada pendapat alim ulama' yang mengatakan ia bidaah.ada pun sumbernya, meragukan.  Setakat yang pakcik tau, tiada sumber sahih dari mana-mana nas yang boleh dibuktikan kebenarannya..Tak kira dalam al-Quran, hadith Nabi, amalan para sahabat.. wallahua'lam..



Pakcik tak berilmu tinggi bab seperti ni. jika tau, sudi-sudi la kongsi.. kalau ada kebenaran, nyatakan..sesungguhnya..




Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :


" Sesiapa ditanya tentang ilmu yang diketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat. "


(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)




hm..pada pakcik la..mungkin solat yang dimaksudkan ini, solat sunat mutlaq. cuma disalahertikan..dan terdapat perubahan dari segi ayatnya.


2 comments

Mon Jan 16, 09:19:00 pm GMT+8

thankz pak cik..nur pon tak pasti..sblm nie x pernah dengar lg ade org buat solat utk arwah..kalu solat jenazah tue ada larh :)

Mon Jan 16, 11:37:00 pm GMT+8

dya pun tak pernah dengar lagi orang buat solat untuk arwah..

Post a Comment