Post

Redha Pendusta Hati [Travelog Jihad Terakhir Siri 6]

 السلام عليكم
 peace be upon you


" bagaimana? sudah ketemu jawapan tu? "


Bicara diantara kami bermula. Disusuli oleh senyum sinis si sahabat. Diri ni kurang pasti apakah yang perlu diperkatakan kepada sahabat yang masih menantikan jawapan..


" ohoi!~ baru balik aa fadzli? hehehe. Apa macam?? sudah ok ka? " 


Muncul pula sahabat kedua memecahkan keheningan lewat petang. Menambahkan lagi kaget di hati dengan persoalannya. Hampir saja diri ni meluru keluar dari ruang tamu itu. Tapi kaki ini seperti berdegil untuk menurut perintah hati..



" Kau masih kekal dengan pendirian itu? Bagaimana si dia? kau tak fikir tentangnya? Umur kau sudah hampir 30-an..Ingat tu. "



Si Sahabat pertama bertubi-tubi mencampuradukkan persoalan dan peringatan. haih..Pening otak dangkal diri ni cuba memproses mana satu tindakan yang perlu diutamakan..hm..


"kenapa berdiam? ..Ambil point aku. Kau beberapa pilihan. Yang penting, jangan tipu hati kau. Berdusta dalam hati, makan diri. "


Gertak itu sedikti sebanyak menggugat benteng pendirian ku. Diri ini hanya berserah-Nya..cuma khuatir jika keyakinan ini masih ada goyah, si dia pasti merana..Sedikit pun dihati ini tidak mahu timbul walaup satu kekecewaan kerana pada karma dulunya, pernah timbul isu ini.


" Hidup menjadi sempit dan semakin sempit jika kau cuba meraih perhatian dan redha orang-orang disekeliling kau. Terutamanya dia. Ukur dengan redha mereka dan kebencian mereka jika kau ingin lakukan sesuatu...dan... "


Setiap dari kami diam sejenak. Seperti tidak wujud objek bernyawa mahupun segala bagai ciptaan manusia..Lalu..Diri ni semakin terdiam sejuta bahasa pabila bait terakhir itu mengakhiri perbualan kami kerana sebentar lagi akan masuk waktu maghrib...


" itu tanda kehidupan seseorang itu penuh dengan pendustaan. Aku tak mahu kau tergelincir ketika kau berterusan mencari redha-Nya.. "


Ya Allah..Aku mohon kepada-Mu..Jangan kau palingkan aku dari jalan kebenaran Mu..Jika ditakdirkan aku berseorang angkara perbuatan ku, aku redha ya Allah...

.

1 comment

Thu Jan 12, 02:57:00 am GMT+8

tentang jodoh...?? waaahh.. :)



tapi tak paham yg tulisan biru dengan merah tu..

Post a Comment