Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari ‘Ubadah bin Somit r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Berjihadlah di jalan Allah SWT kerana dia adalah merupakan satu pintu dari pintu-pintu syurga, dengannya Allah SWT menjauhkan rasa kerisauan dan kesedihan. Di dalam satu riwayat lain ada penambahan, pergilah berjihad, jauh atau dekat dan dirikanlah batasan-batasan pada orang-orang yang hampir dan pada orang-orang yang jauh. Dan berkenaan Allah SWT jangan terkesan dari cercaan sesiapa pun. (HR Mustadrak Hakim)
Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action. Wallahua'lam..
Laparkan Kelebihan Lapar [Travelog Jihad Terakhir Siri 7]
السلام عليكم
peace be upon you
ah..Aku merasakan seperti baru terlepas dari satu bebanan di atas puncak masalah ku pada petang ni. Namun tidaklah sehebat merasai keperitan bebanan yang dialami orang yang berlapar di jalan-Nya..
" dah siap kemaskan barang? pukul 5.30 pm ni. Nanti terlepas flight, menangis la kau. Aku hantar guna sejadah. Mahu? hehe. "
Gurau sahabat gila berborak ku, maizan. Mengejutkan ku dari lamunan separa jalan. Aku rasa bertuah kerana dikurniakan rakan sepertinya. Gila berborak sekalipun, dia akan isikan input islamic berguna buat renungan ku disebalik kepetahannya berkata-kata. Alhamdulillah.. Syukur kepada-Mu Ya Allah!
" Fadzli, tak mengapa tak bawa bekal? makan di mana nanti? perjalanan jauh elok makan banyak-banyak! "
Amir sempat menyampuk ketika maizan masih belum habis berkata-kata. Telinga ku seperti mikrofon. Cuba merekod sebaik mungkin ke dalam segumpal otak kurniaan-Nya ini..
" Biarkan dia. Biar dia berlapar. kau nak dia makan seperti cara orang munafik makan? Jangan lupa kisah Nafi dan Ibn Umar !!
Aku tersenyum sendirian mendengar arif berseloroh dengan input berguna pada petang ni. Sememangnya diri ini cuba sebaik mungkin mengamalkan seperti apa yang Nabi Kita ingatkan..
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
Hadith Riwayat al-Bukhari" Orang mukmin makan dalam satu kantung, manakala orang munafik makan dalam tujuh kantung. "
Sekadar mengiyakan pendapatnya kerana aku memang begitu pada kebiasaannya. Moga punya lebih peluang mengekang nafsu..Lagipun, cuaca disana pasti sekitar -5 °C hingga -1°C awal-awal tahun begini..
alhamdulillah..
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
2 comments
nanti nad buat tuto..:)
pak cik mahu pergi mana??