Post

Ketagih Khalwat dan Uzlah yang Halal [Travelog Jihad Terakhir Siri 8]

 السلام عليكم
 peace be upon you



Sebentar saja lagi, aku akan dikuarantin.. Ya! dikuarantin dalam satu kebuk berbentuk silinder atau orang melayu kata, tong. haih..Rosak tatabahasa..

Diri ini berharap, ketika di kuarantin sebagai penumpang nanti, akan lebih memahami uzlah dan khalwat..


" Khalwat?? ah! mengarut ko! ni maksud khalwat dalam tasawuf! bukan yang maksiat tu la! " 


Hehe..Tersenyum sendirian bila teringat para sahabatku bergurau senda ketika dalam perjalanan sebentar tadi. Tapi arif ni berlainan sedikit. Dia sensitif bab agama-Nya. Silap bergurau, dia akan berhujah habis-habisan. Alamatnya, masak la telinga kami. tapi itu memang terbaik!


 


Diri ini mahu bermujahadah..Meningkatkan nilai tasawuf dalam hati..Saat-saat ini memang sangat sesuai untuk ku rujuk...










Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :


" Orang yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas tindakan kasar mereka lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas tindakan kasar mereka. "




(Hadith Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah (rujuk ihya, juzuk 2 kalau tak silap))


Menjadi lebih baik. Insya'Allah.. Tapi..Mampukah aku??

 
" Insya'Allah !! "


nota :  1) Uzlah - mengasingkan diri dari manusia.
              2) Khalwat - Bersendirian seorang diri.


Setiapnya dilakukan demi memfokuskan diri untuk Allah dalam satu-satu masa demi redha-Nya. bukan menjauhkan diri sesama manusia; Jauh sekali memutuskan silaturrahim.


p/s : sebilangan ulama berbeza pendapat mengenai uzlah. Skop yang meluas dalam bab tasawuf..


.

1 comment

Fri Jan 13, 12:39:00 am GMT+8

Moga selamat smpai.. :)

Post a Comment