Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abu Tsabit, dalam suatu riwayat lain disebutkan Abu Said dan dalam riwayat lain pula disebutkan Abulwalid, iaitu Sahl bin Hanif r.a, dan dia pernah menyaksikan peperangan Badar, bahawasanya Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memohonkan kepada Allah SWT supaya dimatikan syahid dan permohonannya itu dengan secara yang sebenar-benarnya, maka Allah akan menyampaikan orang itu ke tingkat orang-orang yang mati syahid, sekalipun ia mati di atas tempat tidurnya. (Riwayat Muslim)
Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action. Wallahua'lam..
Kemahuan & Kehendak (puisi) [Travelog Jihad Terakhir]
السلام عليكم
peace be upon you
Jika kemahuanmu adalah tidur dikala subuh menghampiri
Tapi kehendak amalmu adalah solat fardhu di awal waktu
Itulah pesanan dari Nabi buat amalan sunnah ikutan
Jika kemahuanmu adalah mandi kerbau di waktu subuh
Tapi kehendak amalmu adalah lengkap dengan bersugi
Itulah cara yang afdal untuk mendatangkan rasa khusyuk dalam ibadah
Jika kemahuanmu adalah menaiki motorsikal menuju ke masjid
Tapi kehendaku amalmu mahukan kamu sekadar berjalan kaki kerana tiada kesukaran
Itulah sebaik-baik usaha menghapuskan sifat malas
Jika kemahuanmu adalah solat sekadar melengkapkan rukun-rukunnya
Tapi kehendak amalmu mahukan kamu menghitung keperluanmu dengan doa
Itulah kelebihan buat kamu untuk mendapatkan redha-Nya
*********
Jam dah menunjukkan pukul 3.05 pagi..pukulan ombak rindu dari salji yang sudah lama terperam rapi dalam lipatan ketentuan-Nya dibalik tingkap, mendatangan satu rasa bahagia dalam hati..
" tak tidur lagi? shift malam? "
sapa rakan se-rumahku. vlad. Mungkin baru pulang dari rumah sepupunya yang aku kira hampir dalam 15 minit perjalanan dari sini. Hanya senyuman pudar yang kubalas..
******
Dengan kedinginan di pagi hari sesejuk -9°C, apalah sangat yang mampu kubuat diawal waktu. Hendak solat sunat, agak sukar bagiku untuk mendatangkan rasa khusyuk. Apatah lagi aku bukanlah seorang yang mampu menepis godaan dunia sehebat seorang ahli sufi.
Insya'Allah akan ditunaikan selepas selesai tido buat sejam dua..hehe..
laptop dibuka, bookmark muka buku kedua. Tertera jelas facebook datin tyka dengan statusnya menjadi sandaran dari-Nya yang mengingatkan ku kepada-Nya..
alhamdulilah...
Jari jemari ini ringan bagaikan kapas hendak menaip bait-bait puisi buat renungan diri dan sesiapa yang menatapnya..sesuai buat tatapan kehidupan..
3.33 am.. OFF sebentar..
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
1 comment
nak seribu daya tak nak seribu dalih..hehe
sejuk tu -9c..kalau dya dah terbesin-besin