Post

Hukum Solat Makmum Ikut Imam Mazhab Lain

 السلام عليكم
 peace be upon you
 
Mungkin ada segelintir dari kalangan kita yang agak ragu-ragu berkenaan hal ni kan? Keadaan macam ni lebih sinonim dengan ipt macam kat um, ukm, utm, dsb yang mana ada pelajar Islam dari negara luar yang berlainan mazhab.
 

Pertama sekali kita kena tahu. Mazhab ni, satu fahaman yang timbul untuk menafsirkan nas al-Quran dan Hadith berdasarkan feqah.

 
Dan ini bukan bermaksud, kita boleh beranggapan yang mazhab lain ( Maliki, Hanafi, dsb) adalah sesat dan tak perlu diikuti (sebagai rujukan).
 
 
Setiap mazhab, berbeza pendapat mengenai syarat berkaitan hukum solat. Contohnya imam mazhab Syafi'e. Jika makmum(imam syafi'e) berimamkan dari mazhab lain,  dan imam tersebut telah melakukan kesalahan yang membatalkan syarat sah berdasarkan fahaman mazhab syafi'e, maka solat itu dikira tak sah mengikut fahaman mazhab syafie. eh???? habis, macam mana  nak berjemaah kalau kita kita tak tahu dia terbatal wudhuk ke (mengikut mazhab kita), apa ke..?

 
Berbalik kepada isu, jika berimamkan seorang yang ikut mazhab lain, kita cuma perlu ingat perkara ni;
 
 
Selagi mana solat itu sah (cukup syarat) mengikut fahaman mazhab masing-masing ( pada makmum dan juga pada imam), maka solat itu adalah sah.

Mudahkan?? Islam itu bukti tolenransi. Di mana saja kita berada, Allah telah pun permudahkan urusan hidup buat kita sesama Islam. Cuma langkah kehidupan kita je yang perlu kita risaukan..


(^^,)


p/s :


terfikir satu perkara..kenapa ada yang begitu taksub kepada Mazhab??
 
.

4 comments

Post a Comment