Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Umatku pada hari Kiamat akan dipanggil dalam keadaan tangan, kaki dan mukanya bercahaya-cahaya dari kesan basuhan air wudhu’. Oleh itu barangsiapa yang mahu supaya bertambahnya cahaya, dengan menyempurnakan basuhannya maka lakukanlah. (HR Bukhari)
Allah answers our prayers in 3 ways: He says YES! and gives us what we wanted. He says NO! and gives us something better. He says WAIT! and gives us the best at His own time.
Cara Meringankan Solat Dalam Islam
السلام عليكم
peace be upon you
Ish..Bab nak 'ringan' kan solat, laju je cari & klik nak baca ya? Jawapan pakcik,
Takde.. Harap Maklum. hehe..
Tapi, dalam keadaan tertentu yang dibenarkan mengikut syarak, memang solat boleh diringankan. Tapi Bagaimana? Siapa yang berhak?
Sebelum tu, pakcik nak bagitau. Ringankan solat ni, bukan bermaksud membaca surah pendek (ayat yang sekitar 1-2 ayat je), rukuk dan sujud macam nak patuk tanah, tapi adalah seperti yang Nabi Muhammad SAW lakukan. Ini khusus bagi yang solat secara berjemaah.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa sahaja dari kamu semua yang menjadi imam, maka ringankanlah (solat)."
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Nabi Muhammad meringankan solat, bukan kerana keinginan para makmum. Tetapi kerana Rasulullah SAW tahu benar dikalangan makmumnya, ada orang yang sudah tua, uzur dan lemah. Inilah yang dikatakan memberi keringanan kepada mereka. lihat! solat juga menjadi khusyuk (^^,)
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
" Ketika aku menunaikan solat dan hendak memanjangkannya, aku mendengar seorang bayi menangis. Maka aku pun meringankannya. " (1)
Hadith Riwayat Muslim
Anas r.a berkata:
" Rasullullah SAW adalah orang yang paling meringankan solat dalam kesempurnaan. "
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Macam mana? Dah faham? Meringankan, bukan bertujuan suka-suka, tapi menambahkan kekusyukan kita walaupun dalam jua keadaan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memberi keringanan kepada mereka(kita) (2).
Rujukan : (1) Akhta'ul Mushalin; m/s: 74
(2) Zad al-Ma'ad; m/s 213
Sejarah kisah ini secara ringkasnya :
Ketika Nabi Muhammad SAW berada di Madinah, tiada imam lain selain beliau. Dan ketika menunaikan solat, di belakang baginda terdapat orang yang kuat damn lemah, lelaki dan perempuan, besar dan kecil. Orang yang uzur dan mempunyai halangan (seperti sakit dsb)...
**********
p/s 1: Islam itu agama yang sempurna. Sunnah Nabi juga adalah sermpurna. Jangan mencari alasan untuk tak menyempurnakannya jika mampu (^^,)
p/s 2: Bagi yang solat sendirian, kena buat entri lain. Sebab skopnya juga luas. Pakcik kena huraikan seringkas mungkin.huhu..
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
5 comments
syukran.. nice entry..kdg2 nur sdri pon law brjemaah imam bce panjg2 dh hilg khusyuk..papepon msih dlm usha mperbaiki diri..terima ksh yer pk cik :)
what is this post is all about?
i already translate it with korean translator. but i get wrong translation?could you translate it for me?
email me at kyoku_kujin@yahoo.co.kr
:)
singgah sini kembali :)
wah..nice entry..pasal solat ni tak boleh nak main2..wajib tu..~~