Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)
LULUS atau GAGAL adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru ialah, PENGETAHUAN atau KEJAHILAN
Jin Tumpang Belajar Di Dunia Manusia?
السلام عليكم
peace be upon you

Terkejut? hm..Pakcik tertarik akan teguran seorang imam yang menegur sekumpulan kanak-kanak yang membuat bising ketika beliau sedang memberi tazkirah sebentar tadi..
" anak-anak yang berada diluar tu, jika segan duduk bersama mendengar, berilah ruang buat para jemaah dikalangan manusia, malaikat dan jin untuk mendengar tazkirah dengan aman. "
lebih kurang begitu maksudnya..apa yang menariknya, kanak-kanak itu terus membuat bising dan tanpa sebarang sebab, mereka berdiam seketika serentak. Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui..pakcik teringat satu surah yang mungkin berkaitan dengannya..wallahua'lam..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. "
(surah al-Ahqaf,ayat 29)
Sudah jelas bukan? dunia nyata ini, bukan kita sahaja yang menghuninya. Jika ada majlis-majlis ilmu, bukan kita sahaja yang sedang menuntut ilmu-Nya~ jika mereka juga turut mendengarnya, apatah lagi kita yang berstatus..
Khalifah Allah di muka bumi...
=)
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
3 comments
subhanallah...
salam kenal...datang singgah dan follow =)
"dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia untuk beribadah"
jom baca =_=
oh lelaki!!
Ya betul tu pakcik..para malaikat suka majlis ilmu...kalau kita buat secara konsisten majlis ilmu,memang para malaikat akan sentiasa menziarah...:)