Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Hazrat Abu Said bin Abu Fadhalah Al Ansari r.anhu yang merupakan salah seorang sahabat berkata, daku dengar Rasulullah SAW bersabda: Tatkala Allah Ta’ala menghimpunkan manusia pada hari Kiamat iaitu pada hari yang tiada keraguan mengenainya, berserulah satu penyeru: Barangsiapa yang menyengutukan di dalam amalannya sesuatu dengan Allah SWT, maka mintalah pahalanya daripada selain Allah SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Kaya yang tidak memerlukan perkongsian sesiapa pun. (HR Tirmizi)
LULUS atau GAGAL adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru ialah, PENGETAHUAN atau KEJAHILAN
Ziarah Menziarahi Ketika Tidur. Boleh Ke?
السلام عليكم
peace be upon you
Beriman kepada perkara-perkara ghaib itu wajib~ Sampaikan ia dijadikan modal untuk dibuat drama kat tv. Ok apa jah? Tapi bila diselitkan elemen karut-marut dalam Islam, geleng kepala pakcik ni jah!
Sebut pasal perkara ghaib ni kan, sebelum subuh tadi kawan pakcik ada hantar 1 sms jah. katanya;
" Pak li. awai hang bangun. buat persiapan sahur ka? teguq tadi dok toleh langsung ! "
pakcik dah berkerut dahi masa baca sms tu. " Erk. Mana dia tau ni? " Sambungnya lagi dalam sms tu;
" Hehe aku gurau je lah. Tadi aku mimpi ziarah hang. Aku tengok jam kat dinding rumah hang(dalam mimpi), pukul 4.05. lepas hang dok balas teguq, aku teruih p dapur..hehehe "
Pakcik tengok pula jam. Menunjukkan angka 4.15. Kebetulan sungguh rupanya jah. Tiba-tiba hidung pakcik ditembak dengan bau hangit..lantas teringat..
" ah!! ikan goreng kat dapur jah! "
Lalu pakcik terfikir akan salah satu Firman-Nya..cari dan cari..jumpa!
Firman Allah SWT yang bermaksud :
(Surah az-Zumar : 42)
Hm..Dalam tidur pun boleh ziarah jah.SubhanAllah..Wallahua'lam..Tak mustahil pun. Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas apa yang berlaku sebelum, semasa dan sesudah. Tapi kan..dalam pukul 4 - 4.15 tu, pakcik kat tandas..adakah...
0_0"
Senyum Kambing :
Bab ziarah kalau ada makan, laju je. Tapi sepotong doa untuk dirahmati keatas insan yang diziarahi, kedekut benar nak bagi..ye ke? huhu..
.
Category:
Ayat dan Surah dalam Al-Quran,
Diari Kehidupan,
Firman Allah SWT,
Mengenai Roh,
Senyum Kambing
2.10.11
at 10/02/2011 03:03:00 pm

Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
5 comments
singgah pak li kat sini plak.....
lama pakcik tak update kan...
sibuk benor ke...
ooo baru tau (angguk pale)
(^_^)
lama x dtg cni..rindu pkcik hik2
haihhh pakcik ni..
boleh pulak..
sampai hangit ikan..
huhuhu..
lamanya xsinggah sini..
testing comment
@Подтверждаю
2nd testing