Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah SWT. (HR Ibn Hibban)
Post

Kisah Si Peminta Sedekah dan Ibadah

 السلام عليكم
 peace be upon you







Ramadhan, hari ke-6 :


Kemunculan si peminta sedekah yang kelihatan sentiasa menadahkan tangannya ke arah langit tanpa berganjak dari tempatnya, pada hari ke-4 di bulan Ramadhan sudah menimbulkan tanda tanya dibenak hati kecil si pemuda..namun, niatnya ditangguhkan kerana waktu berbuka hampir tiba..


****


Salam diberi, tangan bertukar jabat..Si pemuda memulakan bicara sesudah memerhatikan tingkahlaku si peminta sedekah buat beberapa hari, sesudah menginfaqkan rezeki yang diperolehi, kepadanya.



"Assalamualaikum wbt..Mengapa tidak kamu dahulukan rezeki mu dengan beribadat di dalam Masjidil Haram, rumah Allah dibelakang mu itu? lebih-lebih lagi dibulan yang mulia ini.. "


Mata hitam si pemuda direnung seketika oleh si peminta sedekah..mulutnya yang dari tadi kelihatan terkumat kamit berzikir(wallahua'lam) dihentikan seketika..lalu berkata si peminta sedekah dengan nada yang lembut..




"Wa'alaikummussalam wbt..sebelum aku menjawab pertanyaanmu, lihatlah di sekeliling mu dahulu..dan itulah jawapan dari ku. "




Si pemuda melihat sekelilingnya.. dataran diluar Masjidil Haram dibanjiri lautan manusia yang bersimpang siur dengan pelbagai niat..Terdiam seperti bingung seketika.. Mungkin tidak mengerti akan apa yang cuba disampaikan..


Mengerti akan keadaan si pemuda yang masih membatu tiada kata, hujah diberi oleh si peminta sedekah..




" lihatlah manusia yang sedang melintasi didepan dan dibelakang mu; di kanan dan kiri mu..Mereka ini  datang dari pelbagai tempat yang punya negeri yang luas..Diantara mereka itu, memakai pakaian yang cantik-cantik, dan ada pula yang menaiki kenderaan yang laju pergerakannya. Dan, disekelilingmu adanya cahaya yang menerangi perjalanan mu ke rumah Allah SWT. "



hela nafasnya dihentikan seketika..lalu balasnya lagi..



" Hati yang suci dan sentiasa mengagungkan Allah walau dimana dan apa yang dikerjakan; Akhlaknya dihiaskan dengan iman yang luhur dan beradab; amal perbuatannya tidak putus-putus serta ikhlas seperti air yang mengalir deras; ilmu yang meyakini kewujudan dan keAgungan Allah SWT dan..itulah  Ibadah hamba-Nya, terletak pada apa yang telah ku sampaikan. "




Terdiam seketika si pemuda..hati kecilnya mula menangis..


****


SubhanAllah..Allahhuakhbar !
 
 
.

3 comments

Thu Sept 08, 10:06:00 am GMT+8

Salam...

hmmm,ni kisah yang pakcik ceritakan hari tu kan?

Allah berada di mana2 sahaja selama mana kita mengingatiNya...:)

Thu Sept 08, 01:11:00 pm GMT+8

manusia ni ada pelbagai jenis dan kita tak akan faham manusia itu dengan hanya sekali bercakap dengannya mahupun hanya dengan sekali pandang kan..

p/s : agak sukar saya nak paham ayat2 dalam entry ni..huhu

Thu Sept 08, 09:28:00 pm GMT+8

Assalam.. pakcik dh kembali :D

Post a Comment