Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya. (HR Al-Bazzar)
LULUS atau GAGAL adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru ialah, PENGETAHUAN atau KEJAHILAN
Teknologi Memandu Menggunakan Otak, iPhone dan iPad
السلام عليكم
peace be upon you
kita berada di ambang kemuncak pembangunan teknologi; dari isu klon makhluk-Nya, sampailah ke isu menggerakkan sesuatu dengan berfikir je.
Erk. Tu belum campur lagi bab teleportasi yang cuba menyamai /menandingi keupayan para malaikat. adei..
Entri akan datang pakcik kongsikan tentang teknologi manusia yang cuba menyamai keupaayan Malaikat Israfil (meniup sangkakala). Insya'Allah..
Ok, terus kepada tajuk.
konsep teknologi ni dibangunkan oleh seorang penyelidik bidang teknologi kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman; Raul Rojas bersama kumpulan AutoNOMOS berdasarkan dari gadjet alat permainan video oleh syarikat Emotiv, dari Amerika.
Gadjet wireless ni namanya Emotiv Neroheadset. dan digunakan pada kepala ni juga dikenali sebarai electroenzephalogram (EEG).
Sensor elektrod pada alat ni menukarkan isyarat gelombang elektromagnetik dari otak (Bioelectric Neuro-signal) kepada arahan. Di awal pengujian konsep ni, komputer 'dilatih' untuk memahami arahan dari otak seperti berhenti, jalan, ke kiri@kanan.
Begitu juga pada pemandunya. Pemandu diuji terlebih dahulu akan isyarat otak mereka dengan menguji keupayaan mereka mengalihkan objek dalam dunia virtual dengan menggunakan gadjet yang sama.
Fungsi tambahan konsep ni diperluaskan lagi dengan applikasi sensor pergerakan, laser scanner, antenna GPS, beberapa jenis radar, dan kamera yang bertindak memberi rupa gambaran 3D kepada komputer untuk memahami keadaan sekeliling.
Berkenaan dengan iPad dan iPhone, ianya sudah diuji terlebih dahulu dengan menggunakan applikasi khas. tak terkecuali juga, dengan mata. wow!!
Canggihkan? Setakat ni, ia masih dalam proses pengujian dan kemungkinan untuk digunakan oleh orang kurang upaya, adalah tinggi. wow! orang tak cacat pula??
Ok la.. pada pakcik, pakcik melihat fungsi ni, lebih kepada aspek ketenteraan. Hey !~ kita tak tahu apa yang orang yahudi bakal lakukan ! Maka, moh join pakcik, rampas teknologi ni ! hahaha! erk.
Pakcik ucapkan syukran tak terhingga buat sahabat Pakcik,Wan Amirullah Wan Hashim, selaku pelajar di universiti tu, sebab sudi berkongsi maklumat dan pendapat. Boleh rujuk Web nya kat >>SINI<<
Apa sekalipun, jangan sampai teknologi membutakan iman kita..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" Sungguh sangat beruntung seorang yang masuk Islam, kemudian mendapatkan rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan kepadanya sifat qana'ah (merasa cukup puas) dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya. "
Hadith Riwayat Muslim
" Barangsiapa yang dunia adalah tujuannya, nescaya Allah SWT cerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya."
Hadith Riwayat Ibnu Majah
Senyum Kambing Pakcik
Sambil tido pun boleh berperang ke kalau guna alat ni?
p/s : image credit : AutoNOMOS team
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
11 comments
zaman skang ni teknologi smua canggih..tpi tu sume kuasa Allah... klau ciptakan sesuatu tpi Allah xbgi bnda tu berfungsi... xkn jdi gk, Allah yg mnciptakan smua bahan tu, dia yg ciptakan akal manusia agr dpt berfikir ngan waras.. kan pakcik..
harini hari Jumaat.. jom thought Friday
http://www.my-shopping2u.com/2011/07/thought-friday.html
peh...kat UTM baru nak research pasal wireless EEG ni..huhu..menarik..ble wat tjuk master..hahahah..kalo ajin la kan..kiki..nice sharing =)
gune teknologi tu untuk kebaikan semaksima mungkin
canggihnya....
sekarang terbang pon boleh...
http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/07/gagal-ke-jepun-x.html
wow!! terbaik, tapi masih dalam pengujian kan??
klu mcm ni, time mamndu xbleh la fikir benda lain.. bahaya.. ^_^
zaman dah berubah pakcik..hee....
pakcik, sy xkenal la name roziana 2.. die budak ekonomi ke bisnes? tahun berape? sy duk kolej burhan
wah..sampai mcm tuh sekali?? dasyat! takut melalaikan pulak kn.. tp klu cp kompelm takle, sebab time drving salu pikirang melayang..haha~~
waaaa bila nak sampai kat Malaysia ni =p
btw BW tadi jumpa blog ni. lawa lah =) berapa kali dok close and referseh ingat salah masuk link -.-
ok.. saya baru tahu ada teknologi secanggih ni.. tQ untuk info ni pak cik...
pak cik... maaf lama tak singgah.. serius busy gi-la.. jangan rindu2 kat saya oteh? ehhehehe!!~
^^
canggih manggih betul..rs cam byk ketinggalan psl teknologi ni..tak terkejar..
p/s: tenet makcik sakit tenat..guna kejap, line tenet padam..geram tol..huhu