Post

Pengalaman Ditangkap Polis Angkara Bersih 2.0

 السلام عليكم
 peace be upon you


Pakcik mohon banyak-banyaklah buat hangpa yang kerap datang sini, berikan komen, pendapat, teguran dsb.

Insya'Allah mulai tengah malam ni pakcik terjah hangpa ya~
Ok, tamat sudah mini pengumuman. Berbalik kepada topik yang tak panas langsung,



Pakcik di tangkap pihak polis..ini bukan cobaan..ini betul-betul!



Mulanya, hari ni ada jemputan kenduri kawen kawan pakcik kat hotel kat kL. Angkara perhimpunan harap bersih ni, terpaksa menaiki pengangkutan awam.
berhimpit-himpit. nasib baik agak tinggi. mudah 'bernafas'.hehe~

Dalam perjalanan menuju ke hotel tu, sekali lagi dugaan tiba. aaa..di depan pakcik terdapat..


sekelompok lautan manusia yang begitu fanatik dengan 'bersih'



Ah! pakcik redah juga sebab hotel tu terletak selepas di persimpangan jalan. Dalam sibuk melintas untuk ke seberang, tiba-tiba tangan pakcik disentap.



sini kau! jangan nak menyusahkan kami! 



kata enche polis yang tarik pakcik. Pakcik pun tada cakap banyak, terus ikut. erk!! tanpa soal siasat, terus bawak naik jeep!  pergh! sapa tak geram..


Terus pakcik tegur cara polis tu 'uruskan' pakcik. tada cakap banyak, pakcik keluarkan 'lesen' pakcik yang berbentuk kad jemputan kawen.haha~



enche, saya nak pergi majlis kenduri kat hotel sekitar sana tu. kenapa tahan saya?? apa salah saya??   >_<



Ok, alhamdulillah.. Pakcik dilepaskan..dan pakcik cuma nak kata, selepas kena tahan sebelum pakcik sampai ke hotel, 4 kali pakcik di tahan oleh pihak polis..


>_<




P/S : 
moral, menutup kepala dengan kopiah, songkok dsb ikut keadaan. Alhamdulillah.. ada juga anggota polis yang tegur. Syukur pada-Nya..


dik, dah tahu ada perhimpunan haram kat kawasan ni, jangan 'menyerupai' mereka. Kan diri sendiri yang susah.


Senyum Kambing Pakcik :

BERSIH angkara pilihan raya? dunia makin canggih..bukti di-edit guna photoshop pun boleh jadi..


.

11 comments

Sat Jul 09, 10:40:00 pm GMT+8

Huhh.. Kesian pok cik.. Sabor jelah.. Tapi tu lah.. Bila polis tak buat kerja kang 'mereka' ni bising.. Bila dah polis guna kekerasan di katanya polis ni itulah inilah.. Padahal polis terpaksa.. Selamat pok cik tak pape.. Betul jugak kata polis tu.. Hehehe.. Yelah, mana dia nak kenal yang sokong Bersih atau tak kan.. Pape pun, semua dah selamat..

Sat Jul 09, 10:42:00 pm GMT+8

wah ini 1st pengalaman kwn blogger yg kite baca.nasib baik bro dilepaskan he3....

Sat Jul 09, 10:49:00 pm GMT+8

hahaha lawak la pakcik ni hehe
ksian nasib baik kna lepas

Sat Jul 09, 10:50:00 pm GMT+8

kesian pakcik. tapi orang BERSIH ni buat kehidupan seharian terganggu.

p/s : hantar memorandum pon boleh nak setel masalh, tak perlu buat demonstrasi jalanan yang tak bermoral.

Sat Jul 09, 11:16:00 pm GMT+8

errr. nasib baik lepas. heheheeh.

Sat Jul 09, 11:48:00 pm GMT+8

aiyaaak~ pakcik mangsa yg x besalah..hihi

Sun Jul 10, 05:04:00 am GMT+8

sian pakcik. huu. sabo ja la..

Sun Jul 10, 05:40:00 am GMT+8

Ini memang sengaja nak menduga polis ker nih? Hehe...

[U] Dua lagi rekabentuk LOGO mengancam untuk pilihan EqbalZack.com!

[18SX] Cinta malam pertama

[18PGSX] Logorithm's Wordless Wednesday #5 - Pecah kepala!

Sun Jul 10, 10:28:00 pm GMT+8

Alhamdulillah tak ditahan..ho3
jemput singgah
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/pembersih-kah-malaysia.html

Sun Jul 10, 10:34:00 pm GMT+8

nasib baik kena polis baik kalo kena polis buta perut?

Wed Jul 20, 02:21:00 pm GMT+8

kesian kat pak li....

Post a Comment