Post

No Backlink? Entri Pembetulan Ralat Oleh Cikgu Dahlia

 السلام عليكم
 peace be upon you


Entri ni khusus untuk blogger yang faham apa tu splogs, spam indexing dsb.
bagi yang tak faham, rujuk entri lama pakcik kat

>>SINI<<


Tolong !
Jangan baca entri dibawah kalau kamu benar-benar tak faham sangat pasal SPAM. nanti pening, kan susah..


PAKCIK !! tak faham !!


' Spammer ', antara gelaran yang sesuai untuk mereka yang bersifat parasit. eh? parasit yang bagaimana? Ok,Ini parasit yang sangat berkait rapat dengan backlink dan rating google page rank. Nak faham, sila baca entri ni betul2 ok~

Terlebih dulu, pakcik minta maaf la ya kalau dalam entri pembetulan ralat ni pun terdapat ralat pada isi. Sebaik mungkin pakcik akan jelaskan sebab musabab pasal isu NO BACKLINK PLEASE ! dan lebih kepada penekanan terhadap blog.



Merujuk pada entri cikgu dahlia yang >>INI<< beliau ada sebut pasal blog SPAM. Pakcik akan terangkan isu ni berdasarkan dari pengalaman pakcik dan dari maklumat yang pihak google mention pada pakcik seringkas mungkin agar hangpa faham. Ok, term spam ni lebih dikenali sebagai splog dalam dunia blog.  Bab ni terbahagi kepada 2 bahagian.


1) SPAM pada keseluruhan/sebahagian isi blog.
2) SPAM dari pengomen entry.


Google punya algorithm sendiri bagi mengkelaskan kedua-dua jenis kategori ni dalam term SPAM yang mana tak sama 100% dengan ciri-ciri enjin carian seperti yahoo! ni kena ambil tahu bagi yang kerap guna carian selain google.



1) SPAM pada keseluruhan/sebahagian isi blog.


OK; yang ni, terbahagi kepada 2 bahagian :

1-1) Comment moderation
1-2) SPAM based entry


1-1) Comment moderation :


Spam yang ni, merujuk kepada bentuk komen yang diterima yang di-approved oleh admin blog. Komen-komen berbentuk Spam ni,dikelaskan google bot(crawl), yang membawa pengunjung pautan(link) tu ke web atau apa saja servis dalam web yang dikategorikan oleh google crawl bot sebagai tak bermanfaat(useless). kes yang biasa berlaku, porn, piracy, phishing links, etc... link-link ni, merujuk kepada sebahagian atau keseluruhan web(dari link) yang terdapat elemen-elemen diatas. 


point penting untuk hang pa perlu tahu, kebanyakkan komen2 SPAM ni datang dari link yang dihujung pautan domainnya tertera .info atau .ru; maka, jangan approved bila link tu sendiri termasuk dalam kategori spam oleh google sendiri. kalau nak approved juga, ada tekniknya. cara asas,Boleh check sendiri web tu. tapi pastikan tiada isi-isi seperti porn, phishing, dsb. ini dikategorikan google sebagai bersubahat Apabila google mendapati ada link ber-elemen seperti diatas yang terlepas tapisan.



Blog akan dikategorikan sebagai SPAM(bersubahat) sebaik sahaja google crawl jumpa link SPAM ni dalam mana-mana komen yang diapproved oleh admin. Tapi ada tempoh pemerhatian sebelum tindakan ban(blog removed) diberi.




1-2) SPAM based entry :



Ucapkan selamat tinggal kepada blogger copy-paste! ni peringatan untuk mereka yang kerap copy-paste entry 100%. Yang ni, tak berkaitan dengan isu entri ni.. tapi pakcik terangkan sekali imbas untuk hanga kenal. jenis yang ni, boleh kata berplagiat dengan cukup kerap dari sumber web yang punya nilai PR yang tinggi.


point yang lain, selain isu copy-paste entri, ada elemen iklan affiliate, impression banner(satu bentuk iklan juga) dsb pun dikategorikan sebagai spam. Kebanyakkan blog seperti ni, punya link yang gila banyak ke website yang seangkatan dengannya. 


Ok, masuk part yang hangpa perlu faham 100%. sila baca betul-betul sebelum keputusan seterusnya dibuat.


2) SPAM dari pengomen entry :


Cukup dikenali sebagai backlink. google bot mengkelaskan setiap backlink dalam komen yang sama dari sumber akaun yang sama adalah SPAM apabila didapati link tersebut lebih dari 20 kali telah dibuat tak kira di mana-mana ruangan komen blog dsb dalam tempoh 24 jam selepas entry sumber dari backlink tu dibuat. Tapi ianya terkecuali terhadap service tertentu je seperti email, google buzz, dsb (under google).


Backlink yang diberi pula, tak boleh mempunyai elemen-elemen seperti pada (1-1) diatas. Setting dofollow dan nofollow pada blog yang dikomen, ada kaitan dengannya. jika nak dikupas isu ni dengan serius, pakcik kena kaitkan dengan isu hosting, data space, domain, PR, dsb yang mana ini boleh membuatkan pakcik boleh serabut untuk menyusun maklumat mengikut keutamaan isi dan sub-isi.



pakcik cuma nak tekankan kat sini, backlink boleh dibuat,asalkan tak melebihi dari apa yang google benarkan. sebab ia mempengaruhi google index yang mana depa nak pastikan apa yang pelayar web cari, benar-benar mengikut kehendak apa yang mereka cari. 


mass backlink yang kaw2 ni, secara lazimnya antara penyebab PR pemberi komen ber-backlink tu boleh meningkat naik walaupun pada dasarnya, ianya cuma SPAM based jer.. faham2 la kan blog mana yang diberikan keutamaan..dah tentu la PR yang tinggi. 


Bagi kes nescafe ais, kesnya hampir sama dengan blog pakcik . Berkait rapat dengan fungsi domain, hosting dan web space indexing. Pakcik cuma buat andaian berdasarkan apa yang pakcik tahu.


Antara contoh SPAM yang berjaya dibuat oleh pengomen, dalam blog Beliau. Tengok berapa banyak komen ber-backliink yang diterima bila satu-satu segmen dibuat. fikir dan renungkan. kenapa blog beliau masih beroperasi? sedangkan dah berapa banyak hingga hari ni? 

Dah faham isi diatas? ok, rujuk semula kenyataan cikgu dahlia pasal sharing url dalam komen  dan..renungkan~

kalau kome betul2 nak 'SPAM' backlink untuk entri hangpa, boleh..ada caranya. peraturannya ;


1) Backlink tak boleh mengandungi elemen seperti phishing pada contoh (1-1) diatas 


2) Pergi pada fungsi Dashboard > Settings > Basic > let search engine find your blog ( pilih 'NO' ). Klik 'save'.


Siap. boleh komen dengan backlink macam biasa. tapi pakcik tak jamin samada kantoi dek google bot atau tak sebab google kerap kali update algorithm depa..

takut mencuba? guna ler autobacklink rotator yang widget kecik cinonet tu.

ada pelbagai lagi teknik meng-spam yang diperbaharui dari teknik spings, linkdexing, bomb, dsb. cuma.. kat atas tu dah cukup. pakcik cuma nak tolong hangpa yang nak promosikan entri terbaru dalam komen. cuma satu je..pakcik tamau kamu buat dajal okeh.


pada admin blog, tak salah pun approved komen beserta backlink yang dibuat oleh pengomen, cuma untuk blogspot, ada hadnya. free mana pun, ada hadnya. baca isi kat atas baik2 dan fahamkan. tak faham? tanya der.. 


Ok dah. tada lagi isi. pakcik dah cuba ringkaskan sebaik mungkin. Pasal isu backlink ni, jangan main-main. Ia bersangkut paut dengan banyak hal lain..
tak faham, boleh tanya >>BELIAU<< juga .ni lebih arif. pakcik? IT dan Komputer, bukan bidang pakcik. tahu sekadar mana yang pakcik tahu.

kalau ada isi yang ralat dalam ni, habaq mai kat pakcik okeh

0_0

.

10 comments

Thu Jul 14, 12:52:00 pm GMT+8

perghhh! banyaknya info! ermmm... still guna gak backlink dalam komen bila perlu aje...

Thu Jul 14, 12:54:00 pm GMT+8

kena baca banyak kali baru faham... huhuhu

Thu Jul 14, 01:16:00 pm GMT+8

owhhoo,,terima kasih tuk info ni,,hu,tapi nak kene baca lagi sekali n fhm kan btul2,,hehe,,

tapi semalam tu ade terbaca pasal blog spam tu la,,takot lak nak tinggal2 kan link,,hukk,,

deqna
Thu Jul 14, 02:37:00 pm GMT+8

ada limit? boley cite panjang lebar x?

Thu Jul 14, 03:10:00 pm GMT+8

fadzli,entry saya lak sll kena spam dengan spammer kt komen.
kenapa ya?entry 2 bukan copy paste..
huhu..

Thu Jul 14, 06:53:00 pm GMT+8

wahhhh .. dgn panjang lebar lagi bersungguh sungguh pakcik bg penerangan .. penim jugak tuh nak paham . tak sangka ye besar jugak isu backlink nih ...

mekaseh tuk segala info yg berguna ni ye pc (^^,)

Thu Jul 14, 07:50:00 pm GMT+8

kalo baca sekali, serius sy tak fhm langsung..huhu kena baca berulang kali, baru fhm..thanks ya pakcik :)

Thu Jul 14, 08:19:00 pm GMT+8

maaf.. sy ada sikap malas membaca..=..= ade sesape tolong ringkaskan?hihi

Mon Jul 18, 07:47:00 pm GMT+8

tak paham langsung..:)

Post a Comment