Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan sentiasa bersama hambaku selagimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu. (HR Ibnu Majah)
Post

Sufi Hati..Andai Ku Tahu..

 السلام عليكم
 peace be upon you



Di sepertama malam ku..
Ku lewati di bawah majlis alam semesta di langit aturan-Nya..
Titik-titik infiniti alam yang warnanya wallahu'alam..
Ibarat hati yang senantiasa perlu diistinjakkan..


Di seperdua malam ku..

Lantunan variasi kalam-Nya menggamit batini...
Oleh para persidangan mumayiz yang masih jernih..
Ibarat akil baligh yang menagih lembayung Arasy-Nya..


Di sepertiga malam ku..
Demi melabuhkan hati sufi ku kepada-Nya yang Agung..
Datang kanun kiri seraya mendengar niat bertikhtikad..


" Kembalilah dikau ke alas tidur mu yang lebih enak ! "
Akal yang dangkal ini bentak kerisauan akannya.. 
" SubhanAllah !! berambuslah kau yang menzalimi iman ku! "

Datang kanun kanan seraya menenangkan niat..
" Wama kholaqtul jinna wal insa illa liya' budunn "


kegembiraan amal seraya seperti menyahut redha iman..
" Wa'bud robbaka hatta ya'tiyakal yaqin " 
hati senang menuntun niat demi ibadah pada-Nya saat itu..
Sufi hati..andai ku tahu..berapa banyak pembaziran usia ku..




bagi yang minat berpuisi, jangan segan silu join segmen ni kat SINI~
minta sebar-sebarkannya ya~  tamat malam ni, pukul 11  

>_<

.