Post

Raptai Perpisahan..

 السلام عليكم
 peace be upon you



Sedetik demi sedetik
Galur masa terlalu pantas menyelusuri situasi
Meninggalkan jejak-jejak berbaki

Yang barangkali indah penuh durja
Saat perpisahan mengungkap kematangan hati
Riak muka mengiringi kepayahan rasa

Tuturkanlah bibit mesramu dalam kegembiraan
Selindungkanlah tangis hati mu dalam kesedihan
Laksana pendamba cahaya-Nya diwaktu ini

Sesungguhnya sahabat
Air mata kejujuran ini
sejernih embun pagi yang melata

Bak nafas yang paling nyaman
Menyingkap rahsia keikhlasan
Membuka kembali raptai perpisahan bagi tahun 2011


Daripada Abu Hurairah r.a berkata :
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah nanungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya sahaja. Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah."

Hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tarmizi dan an-Nasa'i


Nur Aishah dan Humairah, tamau ilang lagi macam biskut chipsmore ok!
Pakcik fire macam kat stesen DDe kang~ jangan dok kalut kat rusia tu. yuss dan ML takpe. So..balik~ balik~


grr..haha~

6 comments

Wed Jun 29, 04:19:00 pm GMT+8

http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/06/senaman-kemut-bagi-lelaki.html

Wed Jun 29, 04:30:00 pm GMT+8

dan tetibe teringat shbt2 lama yg jauh terpisah.. T_T

Wed Jun 29, 04:52:00 pm GMT+8

assalamua'laikum

lama tak singgah dsini. puisi tu..indah. untuk sahabat? seperti ditujuka kepada kekasih pun ada :)

Thu Jun 30, 02:35:00 am GMT+8

teringat pada sahabat saya.. rindu mereka T.Tv


pak cik.. suka baca blog pak cik.. banyak hadis yang saya tahu dari blog ni :)



^^

Thu Jun 30, 08:45:00 am GMT+8

sungguh puitis entry kali ini..hehe

Thu Jun 30, 08:56:00 am GMT+8

harini nak berpisah ngan bumi Langkawi..hehe..

Post a Comment