Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Zaid bin Khalid Juhani r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang menyiapkan kelengkapan orang yang menunaikan haji atau orang yang keluar di jalan Allah SWT atau pun mengambil berat tentang ahli keluarga mereka selepas pemergian mereka, atau menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang keluar di jalan Allah yang pergi mengerjakan haji dan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka. (HR Baihaqi)
LULUS atau GAGAL adalah cara lama mengkategorikan seseorang. Cara baru ialah, PENGETAHUAN atau KEJAHILAN
Isra' Mikraj Dari Sudut Teori Saintifik Albert Eistein
السلام عليكم
peace be upon you
Setiap 27 rejab, ulang kisah yang sama. Ada yang hafal dan faham maksud. Bagaimana pula dengan amal? diambil ikhtibar atau sekadar retorik mulut? wallahu'alam..
Apa yang pakcik nak kongsi kat sini berkenaan dengan teori relativiti 'E=mc²' oleh Albert Eistein.
Dilihat secara umum, teori E=mc² bersumberkan peristiwa Isra' dan Mikraj yang mana Albert Eistein mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti Khas kepada Teori Relativiti Umum.
Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Orang Bukan Islam. Hampir tiada langsung yang mempercayai kerana konsep pengiraan:
halaju cahaya = 3 x 108 m/s
Bukti, pakcik cuma bole beri contoh; cahaya yang tanpa henti untuk sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat, mengambil masa kira-kira 46.5 bilion tahun.
Dan mereka beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad S.A.W mengembara dengan hanya 1 malam.
jawapan paling mudah bagi persoalan kat atas, itu semua adalah Kekuasaan Allah S.W.T
Tamat mukadimah. masuk Isi pula :
Apa yang pakcik ingin kupas disini, perkaitan ringkas teori dan peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan tenaga.
Menurut Teori Relativiti Khas E=mc², sesuatu jisim yang bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga. dan tenaga yang terhasil ini jika dikembali kepada jisim asal, akan terdapat ralat/kecacatan pada jisim tersebut. dengan kata lain, bukan dalam keadaan asalnya.
maksud pakcik, sama seperti keadaan bantal berisi kekabu separa padat. cuba buat demo. hayunkan selaju mungkin dengan memegang pada satu bahagian. bagaimana bahagian yang lain? tak sekata kan kedudukan kekabunya?
itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila disentuh pada permukaan kulit, ia kan berubah mengikut bentuk permukaan yang menyentuhnya.
Tapi pada badan Nabi Muhammad S.A.W, tiada sebarang perubahan.bagaimana?? Lagipun, dari segi sains fizik, tiada tersenarai faktor lengkap yang menyebabkan kegagalan teori tersebut. Sebabnya mudah. Allah memelihara badan Nabi Muhammad S.A.W dari segala kecacatan.
Kenapa masih misteri?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
" Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. "
Surah al-Isra' : 60
Sebab, sebelum memulakan perjalanan mikraj, badan Nabi Muhammad S.A.W telah diisi dipenuhkan dengan zat 'Nur' yang penuh misteri, keistimewaan, dan penuh kebijaksanaan. Dan dalam keadaan ni, jasad Baginda, bukan lagi dalam keadaan jisim biasa yang tidak ada kecacatan.
seperti juga cahaya yang kita lihat setiap detik. Ada berlaku kecacatan pada cahaya? bagaimana rupa kecacatan tu?? ada bukti? wallahu'alam..
dan kerana-Nya juga, Nabi junjungan mulia kita selamat kembali ke bumi tanpa sebarang kecacatan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
wallahu'alam.. =)
.
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
12 comments
nice info pkcik.. ;)
kajian sendiri k nih?
keagungan-NYA
subhanallah
Allah maha besar (^_^)
info yg bagus
semua tu adalah kuasa ALLAH.. kan pak cik? :)
^^
kalau org bukan islam..mmg ginie,wak. akan sentiasa mempersoalkan dan mempertikaikan kekuasan ALLAH SWT.
dorg tu tak sedar bumi yg dorg pijak skrg ni adalah milik ALLAH SWT
misteri bg org yg xtaw kan sedangkan semua itu adalah kekuasaan Allah SWT..Apa pun boleh terjadi dengan kekuasaanNya..Nice entry la pakcik^^
memang Allah dah bagitau dalam Al-Quran.nape la masih ada yg kata karut?
hasil kajian ni tengk kt mana?
http://twitter.com/home?status=%20%3Cdata%3Ablog.pageTitle/%3E%20%7E%20%3Cdata%3Ablog.Url/%3E%20
banyak lagi perkara yang takkan dapat dijwab dengan kaedah sains dan logik akal. semua yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan keizinannya.
salam... nice pakcik.. salam Isra' mikraj.. :)