Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang dari kejahatan. (HR Tirmizi)
Post

Bahaya Tergesa-Gesa~

 السلام عليكم
 peace be upon you



Sketsa pagi hari :

Sketsa 1 ( luar rumah )


Pakcik 1 : 
cepat la! nanti terlambat !! 

Pakcik 2 : 
Rileks la.kita kan ada motorsikal.kereta? kasi tinggal der.mencelah kan..lagipun awal lagi ni..

Pakcik 1 : 
loyer buruk lak! jangan terhegeh-hegeh kat situ! cepat!

Pakcik 2 :
Ok2...jap. Hang siyes ke nak pegi awal macam ni? nanti orang kata apa pula bila kita cepat sangat..

Pakcik 1 :
pedulikan apa orang nak kata! first impression ok! lagipun kamek tak suka lewat! mudah-mudahan sampai awal. ameen..


Pakcik 2 :
amboi~ speaking lak orang sarawak ni. Ok~ terpulang. dah tanya tadi..




Sketsa 2 ( Highway )



Pakcik 1 :
kenapa sejuk betul pagi ni? kamek bawak slow jer..


Pakcik 2 :
hang lupa? kan tak pakai baju sejuk. tadi kenapa tak bawak? la ni jawabnya berbaju opis je la..di tambah lagi dengan..

Pakcik 1 :
Sudah! jangan banyak bunyik lak kat belakang tu.diam!

Pakcik 2 :
baru jer nak cakap..

Pakcik 1 :
kamek tau you nak cakap apa. diam sudah !



Sketsa 3 (  ruang legar tingkat bawah, pejabat )

Pakcik 2 : 
orang lain tengok kita tu..

Pakcik 1 :
Pedulikan mereka. lagi 19 minit. alhamdulillah..awal seperti yang diharapkan.

Pakcik 2 :
berbaloi ke datang awal? lagi 18 minit..

Pakcik 1 :
hello pakcik~ dari segi ketepatan masa, persediaan kita, kualiti kena jaga.
baru orang respek pada kita. pipinya bagei pantei ditimpak ujan bak kata urang sarawak~

Pakcik 2 : betul..tapi..kuantiti pun perlu..cuba hang tengok diri hang atas bawah..


Pakcik 1 : ....   #$#^%^& !!!  ( seluar boxer )



Dah acap kali tengok & alami situasi ni. bila kita tegur, tamau dengar. haha~

pada yang suka tergesa-gesa tu, ambil pengajaran ya.  bukan melarang, tapi bila dalam  keadaan macam ni, akal fikiran akan berada dalam keadaan cemas dan memungkinkan kita leka/ cuai. dan berkemungkinan ada kegagalan dalam  pertimbangan disebaliknya

Apa pendapat kamu? adei..


" Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikkan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa "  

Surah al-Isra' : 11


.

4 comments

Mon Jun 13, 01:09:00 pm GMT+8

lawak jenaka~~~

Mon Jun 13, 02:52:00 pm GMT+8

hehehe...tak nak dgr ckp tu la pasal;)

Mon Jun 13, 05:55:00 pm GMT+8

seluar boxer corak apa?? hahahaha..

Mon Jun 13, 06:28:00 pm GMT+8

hihi , kan da terpakai boxer ;p

anis pon da ltk pakcik dlm bloglist :) sory lmbt . . krg sht . .

Post a Comment