Post

OreO Hitam : Apa itu MAKNA?"

 السلام عليكم
 peace be upon you
Tiada gusar hati sekuat ngauman konserto philharmonik
Jiwa lentasi yang sentiasa membuak-membuakkan senyuman badai
variasi interpretasi emosi yang legasinya bukan di karang olah
Prismatik kehidupan yang digalang tanpa rintihan

Bukan perangkap peraih simpati
Bukan mengharapkan qaseh yang berpantang ajal
Bukan menunggu biotek yang diasak arus permodenan kubra
Tetapi menunggu redha dari doa yang dinobatkan seikhlas Siti Khadijah.

Pergolakan para tubuh yang dahagakan kemanisan nyawa
Silih berganti organ makro bagaikan para syahid berarak menunggu syurga-Nya
Prinsip perwarisan dari si mati yang impak pahalanya tak tertanggung dek dacing dunia....wallahua'alam..

Metamorfosis niat berevolusi ke sekelumit usaha
Kalam usaha yang mengadu domba minta di tawakal sesuci Tawaf Tahiyyat
Redha diruangan Multazam seraya doa sang penanti mustajab masa

"Ya Allah..jika aku ditakdirkan hidup dengan ujian penyakit ini, berikanlah aku  masa ibadah yang lebih panjang agar aku tidak leka atas penyakit dunia.."

"ya Allah..jika aku ditakdirkan pergi dalam keadaan begini, tempatkan aku semulia-mulia peranan ku sebagai Khalifah-Mu ya Rahman..Ya Rahim.." 
nak tagged semua yang baca entri ni..
kalau tag orang-orang tertentu, tak sampai MAKNA
"a meaning to life"

fadzli-RT : writhe in pain

Empunya segmen : Oreo Hitam

5 comments

Sat May 07, 09:44:00 am GMT+8

accepted..kalu buleh tinggal link untuk orang lain..kot2 depa nak join...

Sat May 07, 03:06:00 pm GMT+8

mantapnyee en.fadzli nyerr...:)

saya mcm xde idea je..kalo ade idea sesat mai saya join oki..tp x jnji..tehee...:)

Sat May 07, 08:03:00 pm GMT+8

BAGUSNYA SEGMEN MACAM NI :D

Sun May 08, 08:21:00 am GMT+8

wahhhh...dla kan kalo bleh nk jd sukarelawan nak2 kat spital bhgian kanak2 sbb nak bg smgt kat budak2 yg sakit..gd luck fadzli..penuh makna^^

Mon May 09, 12:07:00 pm GMT+8

sila tuntut hadiah anda...

Post a Comment