Wallahua'lam
blog dalam proses baik pulih pada template/widget..
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir. (HR Muslim)
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda, Biar seganas mana MASALAH menghempas, Tanamkanlah sauh KETETAPAN HATI agar kapal tidak berganjak haluan. Biarlah badai dan ombak itu berhempas pulas,asalakan ianya tidak mampu mencalarkan badan kapal yang tetap dengan haluannya
infosihat: Khidmat Anak Ikan Diperlukan Untuk Rawatan SPA?
as salam..
amboi~
bila sebut je tajuk macam ni, laju je otak ligat memikir benda lain~
sorry~ isinya takde berkaitan dengan gejala sosial ya~
ni nak cerita pasal penyebaran penyakit merbahaya melalui terapi spa ikan.
agak-agak korang, spa ikan ni bagus untuk selamat ke? murah? dan yang penting, bagus untuk kesihatan? kalau korang penggemar spa ikan ni, fikir dua tiga kali lepas baca.
tahun lepas, akhbar Al Khaleej ada mencetuskan rasa tak senang duduk kepada seluruh dunia pasal penggunaan ikan spa ni untuk terapi kesihatan.ada macam-macam isu sampaikan Kementerian Kesihatan Malaysia pun nak pantau kesahihan teknik terapi ni..ada yang kata boleh menyebarkan penyakit HIV dengan Hepatitis dsb melalui air kolam takungan tu dengan ikan-ikan cinonit garra rufa.
sampaikan sekarang ni kat beberapa buah negara dah haramkan tanpa sebab musabab yang kukuh dari segi kesahihan kajian.
persoalannya, boleh ke berjangkit? setakat ni takde pula kajian@tesis yang telah disiarkan kepada umum pasal hal ni. tapi kalau kaki yang direndam tu ada luka yang masih belum pulih, kemungkinan untuk berjangkit tu tetap ada(wallahu'alam) samaada melalui air / ikan. Macam yang kat Kenko Midvalley tu, tokey dia kata air tu disterilkan dengan sinar ultra-unggu 2000 Watt untuk membunuh bateria dengan virus.Masalahnya, semua jenis bateria dengan virus ke?parasit? fungus?pula tu, steril masa bila? kalau air dengan kolam takungan dah steril? ikan?
kalau ada pengunjung tak senonoh korek hidung lepas tu buang dalam kolam? dah tentu ikan makan.lol
setahu saya aa, virus HIV dengan Hepatitis ni lembik bila diluar perumah(host).maknanya cuma boleh tahan beberapa jam je.kalau ikan-ikan dan 'gigit' luka kat kaki pengunjung, dan
'isi'nya masuk ke dalam aliran darah ikan tu, boleh hidup sebelum ia dapat dipindah ke perumahnya, wallahu'alam.takde jumpa lagi jurnal perubatan yang buat laporan pasal ni.kalau korang saintis virologi/marine , boleh la ek tolong terangkan.
tapi, kajian pasal keupayaan hidup(survival) virus HIV dalam air ni, dah banyak terbukti.tapi sekadar dari rujukan high concentration based HIV. HIV yang hidup dalam air paip yang dah diklorin,cuma mampu bertahan selama lebih kurang 1-2 jam je bagi tahap infectivity nya berkurang sebanyak 90% dan berkurang ke 99.99% dalam tempoh 8 jam.tapi tak tau la kalau memang pengunjung pertama tu ada virus HIV,ikan gigit kat luka, tak sampai seminit, ikan tu beralih pula pengunjung lain dan menggigit kat tempat yang ada luka secara kebetulan. boleh berjangkit ke tak, tak dapat dipastikan.. maksud yang mudah, bila luar dari darah/bendalir perumah, automatik 90%-99% keupaayaan penuh HIV hilang.
kalau nak lebih faham, boleh rujuk ke sumber ni pasal dua aspek yang dikaji :
free virus cell dan cell-associated virus.baca kat SINI
tadi ada sebut kan pasal korek hidung kan? hmm..setakat ni juga, takde bukti yang menunjukkan mukus(kahak, kotoran hidung) ni, boleh menjadi agen penyebab kepada pemindahan HIV.cuma setakat ni penyebarannya melalui darah, semen dengan cecair vagina.jadi, jangan risau sangat.tapi jangan juga ambil mudah ok~
tapi kena ingat. kebolehupayaan untuk hidup(survival) HIV dengan Hepatitis, berbeza.
cuma nak korang faham kesan-kesan yang masih belum dapat kita pastikan hasil dari terapi spa ikan ni. kajian masih lagi sedang dijalankan..tunggu dan lihat.tapi kalau ada yang dah dijangkiti dulu, terbukti ia memang patut di-BANNED
kebaikan terapi ni, bagus untuk pesakit yang ada penyakit psiriasis dan eczema (sekadar membuang kulit-kulit mati yang menyakitkan tu) tapi belum ada kajian yang membuktikan ada enzim pada mulut ikan Gurra ni yang menyembuhkan penyakit tu.
kalau betul-betul pengendali menjaga risiko penyebaran penyakit, mereka perlu buat satu sistem.:
1) kaki pelanggan tu rendam/bersihkan dalam larutan antiseptik sebelum dicelupkan ke dalam kolam spa ikan.
2) air dalam kolam takungan betul2 dirawat dengan klorin dengan atibakteria.bukan sekadar sinar ultra-unggu
tapi apa-apa pun, cuma nak tahu kebarangkalian peratusan boleh hidup HIV dengan Hepatitis dalam badan ikan dalam masa-masa tertentu lepas 'menggigit'..
Labels
Tazkirah
Firman Allah SWT
Sarkasis
Motivasi
Ayat dan Surah dalam Al-Quran
Hadith Nabi
Travelog Jihad Terakhir
Motivation
Sarkasis Islamik
Allah SWT Says In The al-Quran
Madah Islam
Review Teknologi
Puisi
Tutorial Blogspot
Akuarium
Baitulmuslim
Hukum
Kata Sahabat Nabi
Kesihatan
Puisi Islamik
Tatatertib Di Masjid
Aquarist
Aquascape
Law Of Today
Tutorial Aquascape
Feqah
KeAgungan Asmaul Husna
Kesalahan Dalam Solat
Perubatan Cara Islam
Petua
Sayings From Prophet Muhammad SAW
Sayings of Prophet Muhammad SAW
Sugar Glider
Tasawuf
kerjaya kimpalan
planted tank
5 comments
as salam..
aik? sampai 3 posting.adoi..
@avan:
tidak menidakkkannya.cuma nak bagitau kemungkinan yang ada. sebab belumk ada kajian yang kukuh.tapi kita kena ambil langkah berjaga2.
dna dengan rna tu duplicate berkali-kali dan akan berterusan.berhenti bila perumah mati ataupun terkeluar dari perumah
harap info ni membantu
=)`
xpnh la lg try spa ikan ni.. bila baca en3 ni trus rsa xnk cuba :p hehehe.. other solution is bela sendiri la ikan tu, buat spa sndri kt umah.. xyah nk share2 ikan tu ngn org lain.. hehehe