Post

info sihat :makan kerang? kotornya...

isi kerang yang bersih lagi aromanya memikat deria hidung lepas dibakarr. ho~

as salam..
korang minat makan makanan laut?
yang jenis dibakar..macam kerang bakar ni~
sedap kan? mesti laaa..kalau tak, kenapa ada banyak gerai2, restoran2 makanan laut kan??
sedap-sedap tu, korang sedar tak ada benda yang tak sedap dalam tu?
korang makan je eh? 
wow!
ingat ni~

bak kata perut(nafsu), "ah! telan je. rezeki tu!pedulikan!"
bak kata hati(iman), "ah! tak boleh! ada kotoran la"
bak kata otak(amal), "ah! er..tak tau..ikut je.."

eh? kotoran?? kat mana?
mai terjah ~!

isi dalaman yang bersih.isi seperti ini yang kita perlukan


er..yang berada dalam bulatan tu la kotorannya (warna hijau gelap)


bahagian yang warna hijau gelap ni, seeloknya, buang.sebab ianya
kekotoran dari laut. ibarat macam korang makan lumpur versi 'bakar'. hehe


ok, korang fikir dan renungkan..
korang makan kotoran dalam kerang tu,
ia membantu tumbesaran korang ke? haa..kena ingat.perkembangan minda dan tumbesaran badan bergantung kepada bahan-bahan yang kita makan.
kata nak jadi cantik, nak badan taff mcam encik BEN~
kena le berusaha ya~
lagipun, Allah memerintahkan hamba-Nya supaya makan benda-benda yang berkualiti
halal pun, tapi kalau ada kandungan yang boleh memudaratkan badan, susah juga.
jadi beringatlah ya. kita nak beribadat kepada-Nya sampai mati. jangan sebab kita makan selamberono, kesannya datang masa kita dah tua nanti. 

ok, last kopek:


Allah S.W.T menjadikan tumbuh-tumbuhan dan binatang sebagai makanan dan minuman kepada manusia kecuali yang memudaratkan atau yang bercampur racun.

Firman Allah(Maksudnya) :


"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah S.W.T telah berikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah SWT yang kamu beriman kepada-Nya"


(surah al-Maidah: ayat 88)


dan..


sesungguhnya akal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang sihat.



p/s: isi kotoran yang tak patut kita makan ni, tak mendatangkan faedah dalam tubuh badan kita, elok dibuang je.kalau rasa malas, makan terus.hoh. kalau nak kekal sihat, ambillah langkah berhati-hati ini ya~

12 comments

Post a Comment