tingkatkan ibadah kamu dengan...
amalan makanan sunnah
ya.sunnah..maksud saya, bukan blogger sahabat kita, siti hasunah (ya.nama yang unik :) ).tetapi merujuk kepada perbuatan dan amalan-amalan para Nabi dan Rasul. kita seperlunya, membersihkan minda kita dari pengaruh barat mengenai cara pemakanan yang telah di kemas kini dari semasa ke semasa.bebaskan minda dari pengaruh barat mengenai pemakanan untuk kesihatan.Islam sendiri sebenarnya telah menganjurkan/menggariskan cara pemakanan yang lebih sempurna.kita telah diberikan akal dan ilmu untuk mengetahui tentang makanan yang sunnah, di mana sudah terbukti dan terjamin keberkesanannya.sudah dinyatakan dalam al-Quran.Tetapi tanpa disedari, kita tertipu oleh mereka sebenarnya..walaupun fakta yang diberikan oleh mereka ada benarnya; tetapi cuba kita renungkan. atas alasan apa kita mengikut 'cara' mereka? pasti ada yang kata ingin kekal cantik, awet muda, badan sihat..suka saya ingatkan saudara, petikan dari kata-kata mutiara Imam Syafie.
"antara ciri-ciri orang yang tertipu itu, ialah: "
-jahil dalam hal agama, alim ilmu dunia.
-murid yang berguru dengan guru, tetapi tidak mengamalkan ilmu dari gurunya.
-beramal tanpa ilmu.
dalam kajian ilmu sains, kesemua (sunnah) makanan tersebut mempunyai khasiat yang lengkap.
kita sebagai umat Islam, fikirlah..bukan untuk kita sahaja.bahkan ini juga akan turut mempengaruhi keturunan kita yang akan datang..wallahu'alam..
Khasiat Makanan Sunnah
kurma
![]() |
kredit : http://kasawari7.blogspot.com/2007/09/buah-kurma.html |
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
kurma secara saintifiknya, kaya dengan protein,serat,vitamin A dan C,zat mineral atau galian seperti besi,kalsium,sodium dan potassium. membantu menyerap tenaga dengan segera selain membantu menguatkan daya ingatan.pengambilan kurma yang berterusan, menjamin kesihatan jasad agar memudahkan kita untuk terus beribadah kepada-Nya.
Habbatus Sauda
![]() |
kredit: anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-habbatus-sauda.html |
merupakan makanan Sunnah yang jarang diketahui oleh orang Islam sendiri kerana 'dikaburkan'boleh musuh-musuh Islam. ia membantu jasad untuk meningkatkaN keimunan samada pasif/aktif.penawar kepada penyakit-penyakit. mengandungi lebih daripada 67 kandungan bahan-bahan aktif bagi setiap biji yang juga membantu 'memperbetulkan' fungsi2 sistem dalam badan seperti kelancaran perjalanan darah dan membantu membersihkan darah.
p/s: hasil usaha pengambilan berterusan ia sebagai makanan rutin dalam sajian sejak 2 tahun lalu, alhamdulillah..jantung saya kembali stabil.syukur kepada-Nya..disarankan juga kepada sesiapa yang ada penyakit paru-paru,hati,buah pinggang,sistem penghadaman, dan otak.sekadar usaha.selebihnya, adalah urusan-Nya.
susu kambing
![]() |
kredit: muhammadsahaja.blogspot.com |
mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus,lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu (walaupun ia berkolustrum).sangat baik untuk tumbesaran kanak-kanak dan juga kepada ibu-ibu hamil.menjelang bulan Ramadhan mahupun hari-hari sunat berpuasa,sesuai diambil ketika berbuka (lebih baik minum dulu dan disertakan sekali sebiji kurma) dan bersahur kerana ia membekalkan tenaga. sifatnya yang menyingkirkan asid dan halus, sesuai diminum untuk meredakan ulser dalam sistem penghadaman dan gastrik.pengambilan yang konsisten,memperbaiki tahap kesihatan.badan tidak lesu.insya'Allah..membantu melaksanakan ibadah tanpa halangan.kelebihannya :
-kaya dengan protein, fosforus,riboflavin (vitamin b2) dan juga potassium.
-alahan laktosa
-bersifat alkali
-tidak membentuk lendir
-kaya dengan mineral selenium dan juga bahan bioorganik sodium.
Madu
![]() |
kredit : chromosome.wordpress.com |
Firman Allah :
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;" ... kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu)". Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia.Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan."
dalam ayat ini, jelas disebutkan, madu adalah penawar yang dapat menyembuhkan penyakit. dari segi saintifiknya, ia mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium,kalium,potassium, sodium,klorin,sulfur,besi dan fosfat.Madu juga mengandungi vitamin B1,B2,C,B6 dan B3 yang komposisinya berubah-rubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah
p/s : sumber dipetik berdasarkan pembacaan hadith,sunnah dan surah. Dan juga perbincangan dengan pengasas Hiraq, puan Raja Mazian Raja Mohamed .terima kasih kak maz..
www.hiraq.net
13 comments
tahu tak..madu juga boleh memerahkan bibir..its like 2 in one kalau makan madu..^^
madu bagus..:)
yang madu tu momoy suka
tapi nak cari yag asli susah sangat
betul ke orang kata kalau madu asli semut tak akan hurung?
macam pelik.
confuse
Mereka ini sangat GOJES !
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?
madu berguna untuk sakit tekak...hehe,...
nice info!!
thanks for the tuto! ehehehe.
yuyu dah ubah. :)
tqvm.
@Amira Anorah
oo...merahkan bibir..patut la bibir amira merah pink? oo..syukran.. :)
@najihah sahami
betul tu~ ;)
sebab tu ada strepsil perisa madu ;D
sama-sama.jangan lupa simpan link untuk rujukan ;)
salam kamu...mula2 baca, terus cari tentang madu..good! ada jugak~ hehe..pernah baca label kat botol madu? Rasulullah pernah bersabda, bukan rumah Muslim jika tiada madu di dalamnya...saya tak ingat riwayat siapa, bunyinya lebih kurang macam tu lah..kalau jumpa, gitau ye...syukran untuk info ni..
suka minum madu...baik utk ksihatan
@siti hasunah binti mohammad
wa'alaikummussalam..terus cari tentang madu? pernah baca kat label-label tu.tapi tak banyak yang letak sabda Nabi, Firman Allah..eh..yang riwayat tu, tentang kurma kalau tak silap. perihal madu, yang ini jugu..
"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."
@aDisH.sHidA
saya juga.cuma, kita kena berhati-hati kalau nak emncari madu asli.sebab madu asli ni susah nak dapat.kebanyakkannya, bukan yang 'asli'.
salam ..
nice info yang diberikan . . .
terima kasih sudi kongsi
=)
salam..terima kasih..tapi yang kat botol tu memang saya jumpa..tapi kena carik la botol madu kat kedai dulu..:D
terima kasih untuk hadith2..
wa'alaikummussalam..
sama-sama sunah ;)
moga cepat2 dapat jumpa botol tu ;)
menanti :)