Post

didikan para Nabi terhadap anak-anak

Sebahagian sejarah kehidupan para Nabi telah disebutkan di dalam al-Quran,menyatakan perihal penekanan aqidah yang diterapkan dalam pendidikan terhadap anak-anak2 seperti; Kisah Nabi Nuh a.s dalam surah Hud ayat 42 yang bermaksud :

"(mereka semua baik)" dan bahtera itu pun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya : "wahai anak ku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir."

ayat ini jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang bapa yang tanpa jemu, berusaha menyelamatkan akidah anaknya daripada kufur kepada Allah. dalam surah al-Baqarah ayat 132 pula, Allah menceritakan wasiat Nabi Ibrahimm a.s dan Nabi Yaakub a.s kepada anak-anak mereka dengan firman-Nya bermaksud :

"Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya : "wahai anak-anak ku! sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". "

dalam surah Luqman  ayat 13, Allah menceritakan nasihat Luqman terhadap anaknya dengan Firman Allah SWT bermaksud :

"dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : " wahai anak kesayangan ku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. "

Rasulullah SAW sendiri pernah mengingatkan Ibnu Abbas dengan sabdanya :

"wahai anak, aku mengingatkan kamu beberapa perkara : 'jagalah(ketaatanmu kepada) Allah, nescaya dia menjaga kamu. jagalah (ketaatanmy kepada) Allah, nescaya kamu dapati Dia dihadapan kamu (syurga-Nya yang menanti).apabila kamu memohon, pohonlah kepada Allah dan apabila kamu minta pertolongan, mintalah kepada Allah... "




terjemahan dan ringkasan dari sumber beliau

6 comments

Tue Jan 04, 03:45:00 pm GMT+8

nice entry..
emak selalu pesan..
apapon yg kita lakukan..walaupon xsempurna seperti amalan nabi2..
tapi sekurangnye..kita berusaha untuk melakukannya..dan sentiasa percaya bahawa..Allah adalah satu2nye tempat tuk bergantung harap

Tue Jan 04, 04:35:00 pm GMT+8

ya betul tu nurul.selagi kita adalah ummat Nabi Muhammad, kita berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seperti idola kita ummat Islam iaitu Nabi Junjungan kita..Nabi Muhammad SAW ;)

jangan putus asa :)

Thu Jan 06, 07:19:00 am GMT+8

entry yg bagos! ^_^
hablum minallah wa hamlum minannas.. dua2 kena jaga, kn??

Fri Jan 07, 04:59:00 pm GMT+8

syukran..ya.dua2 perlu dijaga ;)

Wed Jan 12, 11:28:00 am GMT+8

salam alaik.sunnah Nabi dalam mendidik anak itu perlu diikuti.ikut, tapi dok tau dalil pung, haprak.wallahu'alam

Wed Jan 12, 03:55:00 pm GMT+8

wa'alaikummussalam..
syukran..hm..boleh jadi entri baru ni :)

Post a Comment