Cerita dari pagi buta sampai ke pagi bukan buta
kalau bukan alor setar, destinasi yang dipilih adalah ini |
mentang-mentah la koc hujung.jenuh nak jalan pagi-pagi dalam keadaan yang mamai |
sisi pandangan sudut ke-3 orang yang terakhir berjalan dari koc hujung. |
as salam..
akhirnya sampai jua.
alhamdulillsh..syukur pada-Nya..
ooh..rupa stesen KTMB Sungai Petani sudah banyak berubah.tapi masih dalam proses pembinaan lagi.
nak tunggu jadi seperti sekurang-kurangnya macam kat stesen Tanjung Malim.
balik ke kedah tanpa kenderaan, memang agak sukar sebab masalah pengangkutan, memang tak dapat dielakkan.naik je bas..
adoi..berkamera rupanya bas ni |
.
.
.
dan akhirnya sampai kat kampung.tiada aktiviti menarik setakat ini.cuma nak buat layang-layang ( sebab angin kat sini memang kuat.dan ada perancangan nak pasang turbin angin. tapi versi kompak litar skematik semua dalam kepala.tak pernah terfikir pun nak pasang seunit ), dan aktiviti gotong royong secara berseorangan.
maklum la..sorang-sorang.saya ni jenis tak boleh duduk diam.atok dengan wan, lepas solat subuh je, dah keluar pergi menoreh getah kat ladang.dalam sejam lagi baru balik dari menoreh. rezeki lebih, getah sekerap, banyak la terhasil..tu pun tengok keadaan juga.waktu lalu kat tepi kebun tadi, dah nampak macam nak tumbuh pucu baru.alamatnya, susu getah naik ke atas la..hasil pun kurang.harap-harap, tidak. sedang sibuk menyusun batu bata kat laman, ada pula kala jengking kat celah-celah batu.spesis kecil je.
sedang mengeram rupanya si kala jengking ni. |
ohh.ketika sedang mengambil gambarnya secara dari jarak depan,ia marah. |
dengan tak semena-mena, si anak yang masih kecil, datang menerpa ke depan.melindungi ibunya? |
dan..ah! banyak lagi daun-daun kering belum disapu bersih.. gotong royong dulu..
-out-
bahagian kiri, dalam usaha nak mengumpul dan membakar daun-daun keringj.sambil menyapu, sambil blogging |
19 comments
waah...bole menimbulkan muscle ini macam..
ekekeke.. :D
adehh..beraninya pgg kala jgkg tu walupn anak lagi..takotnya ila...uwawwawa..ila paling takot bntg tu..uawwawwa...
@missSenget
muscle?
haha..betul tu.tapi kena kerap bergotong royong. :D
mau tolong ka.banayk lagi ni. kat bawah jurang tu,ada lagi tuu.huhu
@HonEyBuNNy
kalau dah baca doa selamat, insya'Allah ia takkan apa-apakan kita.dan pandang mata ia. bisa anak ni, kalau kena, biasa je.rasa macam kena gigit semut ipoh yang warna hitam besar tu. yang ibunya, setakat matikan sistem saraf dalam badan.lepas tu, mati.
kat kampung ni, bukan takat kala jengking je. harimau bintang, kucing hutan, babi hutan, ayam hutan, ular-ular, senang cerita, binatang berbisa, makan daging, ada di mana-mana. apa boleh buat.kampung saya ni, hutan. rasanya gunung kot.dah bukan bukit.mungkin.huhu..rumah jiran pun jauh la juga.
macammana kala jengking mengeram..@_@??
macammana kala jengking mengeram..@_@??
@Amira Anorah
mengeram?
bertelur, tunggu anak-anak menetas dari telur atas@ ikut jenis spesis kala jengking tu. dalam gambar, mengeram atas badan ia.sampai la anak-anak ia membesar ;)
sempat lagi blogging ek blogging sambil menyapu....hee....
rindu plak nak naik tren...hee.....
rupanya anak jengking tu kecik sgt
tak pernah tahu pun
Mereka ini sangat GOJES !
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?
@.::: Princess MOMOY :::.
kecil tu, mengikut spesis.macam kat kampung saya ni, yang ni yang paling kecil.paling besar, besar dua tapak tangan.tapi ia banyak 'melepak' dalam kawasan 'rimba'.agak sukar nak jumpa kalau nak cari sendiri :D
salam...woooo...balik kampung..ade bace di tempat lain tentang kamu balik ke kampung..hehe...
fadzli org kedah ek...kat mana tu...
Sunah Mohammad
wa'alaikummussalam..
ohh..ceritera biasa-biasa.
@aDisH.sHidA
eh, saya bukan orang kedah :)
kat sik. kira dekat la juga kalau nak pergi mandi kat sungai.
sini ada kolam semulajadi air panas ulu legong, lata bayu,
lata mengkuang.
eh, bukan kita dah pernah follow ke sebelum ni? or that is other site?
ya.dah.sila rujuk kat entri2 kamu.saya ada terangkan dalam tu.adoi..tersilap taip.patutnya kat sini.
the other site tu, tujuan ujian je.
loooor org sik ke....area mana...ada sedara dok sik nie...ntah2 adik beradik plak kita t :)
comel lah anak kala jengking tu :)
hehehhe.
rajin nye kamo..kmpg dekat mna?
gigi pon dok sp...hehe