Post

telatah kanak-kanak :)

as salam..
syukur kepada-Nya..
hari ini, mendapat pelbagai hikmah..






sekadar gamabr hiasan

bermula dengan telatah seorang kanak-kanak kecil yang comel.
ketika itu, terdapat majlis akad nikah seorang sahabat, bertempat di surau yang berdekatan. kebetulan pula, ada 'sesi' menyembelih kambing untuk dijadikan lauk bagi juadah para hadirin bagi majlis tersebut. dan kebetulan pula, kanak2 tersebut adalah anak kepada sahabat baik saya sendiri.
bait-bait katanya, membuatkan saya terpana seketika. kagum dengan isi kata yang dilontarkan olehnya.berikut adalah kata2 yang keluar dari mulut si kecil ini. ketika atuknya sedang sibuk menyiapkan diri untuk menjalankan salah satu sunnatullah, si kecil ini,memerhati, dan mula bersuara tak kala ayahnya mula bertanyakan satu soalan kepadanya.

ayah : hakim,apa yang kamu buat tu?
anak : hakim tengok atuk sembelih kambing.tapi atuk lupa...
ayah : apa yang atuk lupa tu? kan semua dah  ada?
anak : tu haa.atuk lupa, tak sah kalau sembelih kambing, guna selipar
ayah : hakim belajar dari mana ni? hakim tahu apa maksud 'sah' tu?
anak : tau.ibu yang ajar.
ayah : apa yang ibu kata?
anak : ibu kata, sah itu satu perkara yang takde perkara2 unsur mazmumah.tetap.istiqamah.
ayah : ibu kata macam tu?hakim faham tak?
anak : ha'ah. hakim faham yang mazmumah tu, tapi hakim tak faham habis.hakim tanya ibu,ibu jelaskan.tapi hakim tak faham betul. ibu kata lagi nanti bila hakim dah akil baligh, hakim akan lagi mudah faham ( merujuk kepada umurnya yang masih kecil )
ayah : jadi kenapa pula 'sah' tu dengan atuk nak sembelih kambing?
anak : sebab kalau guna selipar nak sembelih, mana nak putus leher kambing tu. selipar bukan pisau kan ayah?lagipun, atuk tak pakai selipar pun.kan dah kotor kaki atuk.
ayah : kenapa tak boleh putus leher kambing tu kalau guna selipar?
anak : selipar tak tajam. kat leher kambing ada urat merih.kalau tak putus urat tu, kambing tu haram untuk dimakan.
ayah : ooh..tahu dari mana ni?
anak : ibu yang ajar.kan ayah yang suruh hakim tanya macam2 kat ibu.hakim tanya je la.
ayah : ( si ayah terdiam seketika )
...........................

ayah : hakim, ayah nak tahu lagi, kenapa hakim cakap tak sah kalau guna selipar nak sembelih kambing?
anak : hehe.atuk kan pendiam. kalau atuk tak cakap apa2 masa nak sembelih, hakim boleh ingatkan atuk.mana tau atuk lupa.tuntutan kita untuk mengingatkan orang lain.lagipun, kotor kaki atuk.islam mensyariatkan kita untuk menjaga kebersihan kan ayah?pijak tanah jadi kotor.situ ada taik kambing.
ayah : ( si ayah terdiam lagi buat seketika.lalu bertanya lagi )
ayah : yang ini pun, ibu yang ajar?
anak : ha'ah.
ayah :  ( terdiam lagi sekali. lalu menjawab ringkas )
ayah : hakim nak tahu apa lagi?
anak : hakim nak tau macam mana nak jadi seorang mukmin yang Allah redha.
ayah :  ( tersenyum manis seperti mana isterinya yang turut senyum melihat dan mendengar kata2 anak sulungnya itu yang berada berdekatan )

kelihatan suasana  menjadi ceria takkala si kecil ini bersuara menlontarkan kata2 yang membawa pelbagai maksud ..

*si kecil ini cuba mengingatkan atuknya perihal perkara2 yang membuatkan sembelihan itu menjadi tidak sah. cuma penggunaan susunan bahasa melayunya kelihatan 'kabur' pada ayat tersebut. menjadikan kita yang mendengarnya pun, menjadi sedikit keliru. 'guna selipar' itu, merujuk permintaannya kepada atuknya yang tak pakai selipar masa nak sembelih kambing tu.renung2 kan...   :)
------------------------------------------------------

24 comments

Tue Dec 28, 02:09:00 am GMT+8

syuran..
tersentuh..
thanks for sharing this

Tue Dec 28, 11:19:00 am GMT+8

comelnye budak ni!!

----------------------
napa buang shoutbox??

Tue Dec 28, 12:10:00 pm GMT+8

as salam..
masih ada lagi perkara2 yang berlaku disekeliling saya yang ingin saya kongsikan. jika berkesempatan.
ameen..

:)

syukran

Tue Dec 28, 12:23:00 pm GMT+8

tengok depan2 mesti laa lagi cumel.. :)

Tue Dec 28, 12:34:00 pm GMT+8

comel?
syukran.
moga2 nanti bila mish shila dah kahwin, dapat anak comel2.akhlak baik2.ameen..

:)

Tue Dec 28, 02:18:00 pm GMT+8

amiin...

hihihih...

adei..

Thu Dec 30, 12:24:00 pm GMT+8

berapa tahun umur dia??ada benda yang kita boleh belajar dari kanak-kanak rupa-rupanya..

Thu Dec 30, 12:38:00 pm GMT+8

>misssenget :
doa seorang sahabat itu, mujarab tau. apatah lagi jika diwaktu sakit.wallahu'alam..

jangan 'adei2' pula :D

ameen..

:)

Thu Dec 30, 12:42:00 pm GMT+8

>bukan photographer @ norden :

umurnya 4 tahun.berapa bulan tu, saya kurang pasti. saya akan rujuk semula kepada si bapa/ibu :) isya'Allah.. ya.ada benda yang kita boleh belajar dari kanak2 sebenar..

:)

kekuasaan Allah itu tidak terbatas kepada semua kan..dalam diri kanak2 pun Allah boleh tunjukkan.kekuasaan-Nya..subhanAllah..

Thu Dec 30, 01:21:00 pm GMT+8

4 taun da bleh ada berfikir mcm 2..yang dewasa kadang2 terlupe..

err...mcmne tau name??sape pemilik blog ni??

Thu Dec 30, 02:01:00 pm GMT+8

ya. lagipun, anak sahabat saya ini selalu bertanya. apa saja yang dia lihat, kalau masih baru.mesti dia akan tanya.walaupun susunan bahasanya agak tunggang langgang kadang2..alhamdulilah...moga2 pabila besar kelak, moga si kecil itu menjadi pemim[in bagi orang2 yang benar..ameen..

macam mana tau nama? sebab ada pada gambar pada banner kamu. :D

Thu Dec 30, 02:02:00 pm GMT+8

siapa pemilik blog ini? seorang insan biasa :)

Thu Dec 30, 02:02:00 pm GMT+8

mashitah muslim ke ni??
kursus reti??ape tu??

Thu Dec 30, 03:50:00 pm GMT+8

adoi..bukan.bukan :)
kursus reti tu, kursus yang dianjurkan untuk kerja2 atas laut ( offshore ) lebih kurang macam tati kat terengganu tu.kursus jangka pendek

Thu Dec 30, 04:25:00 pm GMT+8

alamak..salah orang plak..hehe..budak tu kalau dah diasuh dengan betul dari kecik insyaAllah tak mustahil jadi pemimpin yang hebat...
owh..selamat berkursus dan melancong ke terengganu

Thu Dec 30, 06:56:00 pm GMT+8

insyaAllah, hakim will be a good muslim..
tahniah buat kedua ibu bapa hakim..
teruskan bertinta dengan jayenye yup..

Thu Dec 30, 11:09:00 pm GMT+8

sejuk perut mak yang mengandungkannya...amin...

Thu Dec 30, 11:39:00 pm GMT+8

>aisyah_syahira :

eh?rumet wana?
moga2 begitu la hendaknya.bersama2 kita mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.tak lupa juga umat Islam khususnya :)

kalau kamu tengok si comel tu dekat2, memang geram.nak je cubit2 pipi dia.
pasal solat bila dia tanya, susah juga nak terangkan.maklum la..kanak2 ;)

Thu Dec 30, 11:40:00 pm GMT+8

>chegu :

alhamdulillah..begitu la hendaknya.
ameen..ibunya agak pendiam.tak macam ayahnya. agaknya Hakim ikut cara ayahnya ;)

Thu Dec 30, 11:41:00 pm GMT+8

>norden : huhu.tersasar.takpe2cuba lagi. eh. boleh jumpa ni kat sana. ajak blogger2 lain ;D

Thu Dec 30, 11:55:00 pm GMT+8

hihihi....bagus didikan mak ayah dia...

Fri Dec 31, 03:31:00 pm GMT+8

terengganu 2 kat mane 2??klu free insyaAllah bleh jumpe

Fri Dec 31, 04:02:00 pm GMT+8

>chegu :
insya'Allah..mereka berikan yang terbaik untuk anak mereka.moga pabila besar kelak, mereka menjadi sebahagian dari kalangan orang2 yang benar.ameen..

Fri Dec 31, 04:02:00 pm GMT+8

>norden :
ganu, akt kemaman boleh, kat batu rakit, lagi laa boleh.kat INSTEP.tau?

huhu

Post a Comment