Post

Tanam Akidah Anak sejak Dalam Kandungan


Bukanlah perkara mustahil untuk kita menerapkan pendidikan kepada anak-anak sejak di peringkat janin lagi. Dalam hal ini, Islam mengajarkan beberapa amalan untuk diamalkan oleh ibu-ibu semasa mengandung. antara doa-doa yang digalakkan ialah seperti mengamalkan membaca :

-Sayyidul Istighfar ( penghulu istighfar )
-doa memohon rahmat ( Ali-Imran : 8-9 ) 
-doa memohon zuriat yang baik ( Ali-Imran : 38 )
-doa agar anak tetap menjaga solat ( Ibrahim : 40-41  )
-doa agar anak patuh kepada Allah SWT ( al-Baqarah : 128 ). 

p/s : doa2 diatas, boleh juga diakses melalui widget di blog saya, Al-Quran explorer. syukran

Fenomena gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat hari ni adalah berpunca daripada sikap ibu-bapa yang kurang berdoa (wallahu'alam) semasa membesarkan anak-anak ditambah pula dengan kurangnya didikan agama dan adanya pengaruh persekitaran yang menggerunkan. lihat saja seperti di 'cyber cafe' di kawasan rumah saya umpamanya, perkataan2 'kurang ajar' menjadi perkara biasa yang disebut walaupun yang menyebutkannya, adalah seorang kanak2 kecil.paling menyedihkan, sebelum ini, saya telah menegur seorang budak tadika yang berbahasa SANGAT KESAT kepada saya.3 kali teguran tidak diendahkan, saya lempang2 si kecil itu. dan alhamdulillah.kanak2 itu kini lebih 'waras' jika berkata2(pada orang lain,wallahu'alam). Berbalik kepada isi, ramai juga ibu-bapa yang memberikan didikan tidak seimbang antara jasmani (fizikal), rohani (spiritual) dan minda ( intelektual ). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.






Inilah yang dikatakan kehidupan moden dalam arus global yang begitu mencabar. Mahu tidak mahu, kita harus menyediakan perisai yang kukuh sebagai benteng daripada berlakunya kerosakan kepada sahsiah anak-anak dan dalam masa yang sama, kita tidak boleh membiarkan anak-anak ketinggalan dalam mengejar arus kemodenan sebagai keperluan untuk mereka bersaing dengan masyarakat luar. perisai tersebut adalah akidah yang kukuh yang diharapkan dapat menjadi benteng dalam menghadapai segala pengaruh-pengaruh negatif yang dibawa bersama oleh kemajuan dan pemodenan.






Justeru,diharapkan kepada ibu-bapa, pembaca yang membaca entri ini, agar dapat menginsafi tanggungjawab dan peranan mereka  dalam menerapkan akidah dan pendidikan Islam yang mantap dalam diri dan jiwa anak-anak. mudah-mudahan mereka yang bakal menjadi pelapis untuk memimpin generasi yang akan datang, dapat mengembalikan semula kegemilangan ummah seperti sebelumnya..ameen...
 

p/s: anak-anak yang degil, perlu diberi sedikit 'kekerasan' demi kebaikan mereka dimasa depan.jangan terlalu berlembut, dan jangan terlalu kasar. bertindak sebeum terlambat.Ingatlah..apabila kita telah tiada kelak, doa anak2 yang soleh, sentiasa mengiringi kita disana kelak. 'pertalian' ini tidak akan putus jika kita sentiasa berusaha ke arah-Nya.

5 comments

Fri Dec 24, 02:16:00 pm GMT+8

kene amalkn ni.. :)

Sat Dec 25, 12:08:00 am GMT+8

salam~ nice entry..rujuk juga Tarbiyatul Awlad..

Sun Dec 26, 08:52:00 am GMT+8

wa'alaikumsalam.
syukran..

Wed Dec 29, 08:49:00 pm GMT+8

salam..kagum nye dengan pemikiran kamu.. :')

Thu Dec 30, 11:28:00 am GMT+8

wa'alaikumsalam..
jangan kagum itu, membunuh keimanan mu kepada-Nya.
itu sangat ditakuti oleh orang2 benar.
huuu...

Post a Comment