si kaya anak, si miskin bapa
![]() |
gambar : sekadar hiasan, tiada kaitan dengan entri ini ya :) |
di sebuah kampung, ada seorang yang kaya kedekut. jangankan hendak menderma, dengan dirinya sendiri pun dia sangat kedekut. dia makan makanan yang dicatu. pakaiannya pun lama-lama juga. bukan kerana zuhud, tetapi kerana kedekut. dia masih berjalan kaki ke sana-sini dalam kawasan kampung walaupun sudah mampu membeli sebuah kereta. orang kaya ini memepunyai seorang anak. sebahagian hartanya telah diamanahkan kepada si anak untuk dijaga. perangai anak ini sangat berbeza dengan si ayah. dia sakan membeli pakaian yang mahal-nahal, membeli makanan yang enak-enak dan membeli sebuah kereta mewah. dan meronda ke sana ke mari. orang kampung hairan melihat perbezaan sikap kedua-dua anak beranak itu. suatu hari, ketika si bapa sedang berjalan-jalan di kampung itu, orang kampung pun bertanya.
"tuan, kenapa tuan berjalan kaki sahaja? "
dan beliau membalas,
"ya, selayaknya saya berjalan kaki, saya anak orang miskin. arwah ibu bapa saya dulu orang miskin. " jawabnya.
"tapi anak tuan mampu membeli kereta? " tanya mereka.
"dia lain. dia kan anak orang kaya? sebaliknya, saya anak orang miskin." jawab orang kaya tersebut itu denagn selamba.
"???"
PENGAJARANNYA :
kita boleh merasa miskin atau merasa kaya mengikut sudut pandangan dari fikiran kita sendiri. jika kita memikirkan apa yang tiada, kita akan merasa miskin sentiasa. sebaliknya, kalau kita memikirkan apa yang kita ada, kita akan merasa kaya. Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu!
10 comments
duuhh mr bean..hehe..
nice story..tak tercapai dek akal plak :)
tak tercapai dek akal?
ada lagi ni..
haa..renung2kan la ya nanti :)
insya'Allah..
yang mr bean tu, ada la beberapa gambar tu, berkaitan.huhu
salam..syukran~ da pernah dengar cerita ni sebelum ni~ :) menunggu yang lain pula~
wa'alaikumsalam.
dah pernah :)
menunngu yang lain?
saya nak ceritakan mengenai jazam pula :)
insya'Allah
Jadilah hamba-Nya yang bersyukur...
Allah pasti akan tambah nikmatnya...
Tak nak kedekut - kedekut...
Salah satu tanda kita bersyukur kpd Allah adalah dengan berterima kasih...
So, terima kasih 4 this nice n3...
hmm...masih terfikir-fikir
entry simple tapi maksud mendalam tu
thx sharing
Mereka ini sangat GOJES !
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?
@BaiTiL a'tiQa
sama-sama..dan jangna lupa untuk memperingatkannya kepada yang lain-lain ;)
@.::: Princess MOMOY :::.
maksudnya, apa saja rezeki yang kita dapat dari-Nya, manfaatkan. dan bukan untuk
disimpan' dan 'dikenangkan'. kalau begitu, sampai bila la ekonomi ummat Islam nak maju. 'peram' sorang2.hm..
yer...kadang-kadang ada yang terlampau extreme sangat
terlebih pada dunia
atau akhirat
Mereka ini sangat GOJES !
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
Nak Lagi Pendrive MURAH ?
@.::: Princess MOMOY :::.
ya.dan ini perlu kita risaukan.sebab perkara-perkara ini juga salah satu 'medium' paling mudah, berlakunya syirik tanpa kita sedar sebenarnya