Post

riwayat, jihad dalam peperangan

Pernah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, seorang yahudi telah mempersendakan agama Islam dengan angkuhnya di hadapan Saiyidina Ali.  Akibatnya, Ali yang  terkenal dengan keberanian dan ketegasannya  itu telah marah dan mencabar  yahudi tersebut dan berlakulah pe”pergaduhan antara keduanya. Si yahudi berjuang kerana angkuh dan sombongnya. Sedangkan Ali berjuang kerana Allah untuk mempertahankan kesucian dan maruah Islam. Disebabkan  hebatnya pukulan Ali, maka si yahudi tiba2 terpelanting dan tergolek. Tanpa berlengah lagi, Ali menindih tubuh musuhnya itu dengan kedua-dua tangannya dipegang untuk dimatikan gerakan. Ketika itu nyawa lawannya terancam bahkan hanya menunggu saat-saat untuk dibunuh. Dalam keadaan tidak berdaya, yahudi tersebut terkial-kial hendak melepaskan diri namun  tidak berhasil. Tiba-tiba dia meludahi wajah Ali. Ali terpaku dan terdiam seketika. Tidak lama kemudian, dia melepaskan yahudi tersebut dan berdiri tegak. Dilapkan bekas ludahan yahudi di mukanya. Si yahudi dengan rasa hairan, terus bertanya : “Mengapa engkau tidak membunuh aku?padahal tadi merupakan satu kesempatan yang baik untuk kau melakukannya.” Dengan ringkas, Ali menjawab : “tadi aku menyerang kamu kerana mempertahankan agama Allah dan aku akan membunuh mu kerana engkau menentang Allah. Tetapi setelah engkau meludahi aku, masalahnya bukan lagi kerana agama. Ia telah menjadi masalah peribadi. Aku sangat marah pada mu hingga mahu membunuh mu disebabkan engkau meludahi aku. Maka jika engkau terbunuh, maka perjuangan ku akan sia-sia kerana ia bukan lagi mempertahankan agama Allah tetapi kerana mempertahankan harga diri!” mendengarkan penjelasan tersebut, yahudi merasa sangat kagum dan  barulah d ia mngerti bahawa perjuangan Rasulullah dan orang Islam bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi demi kepentingan agama Allah SWT.